bab 48

277 53 5
                                    

PINTU bilik ditutup dan dikunci sebaik sahaja dia habis makan. Sejak keputusan mahkamah diputuskan, Aisha mula mengasingkan diri. Duduk terperap di dalam rumah, tak keluar langsung. Bukannya dia tak tahu, jiran-jiran semua mengata dekat dia. Kononnya dia tak tahu jaga diri, sebab tu dirogol.

Alasan paling bodoh.

  Aisha bangun dari duduknya, kaki mula berjalan menuju ke arah meja belajar. Buku nota yang mengandungi ribuan kata-kata semangat dibaca. Setiap kata-kata semangat dibaca secara kosong, Aisha tersenyum sinis. Buku tersebut dilempar ke dinding. Seolah-olah tidak dapat mengawal dirinya sendiri, Aisha mula mengambil buku teks dan buku latihannya yang lain dan dilempar sekuat hati ke dinding dan lantai. Habis sahaja melempar buku, Aisha beralih ke arah meja solek pula.

Prangg!!

  Habis berterabur barang-barang Aisha di atas meja solek itu. Aisha kemudiannya mengambil bantal dan dihempas ke dinding sambil menjerit sekuat hati. Suara abangnya yang memanggil dari luar dibiar tidak berjawab. Aisha seolah-olah bukan dirinya sekarang ini.

"Arghh!"

Prang!

  Perfume kaca yang diberikan khas sempena hadiah hari jadinya yang ke-16 tahun dilempar sekuat hati. Habis pecah botol perfume itu.

"Kenapa aku tak mati je waktu tu?!"

"Arghh! Siallah semua ni!" Kali ini, tangan Aisha naik menumbuk kuat dinding. Walaupun tangannya mula memerah tetapi dia langsung tak kisah.  Sementara itu Amsyar yang sedang mengemas meja makan pula terus berlari menuju ke bilik Aisha.

  Pintu yang dikunci menyebabkan Amsyar tidak boleh masuk, entah dimana waktu ini jugalah kunci pintu bilik Aisha nak hilang dari pandangan matanya. Sejak 'tragedi' tersebut berlaku, memang Amsyar 24 jam sediakan kunci pintu bilik Aisha sekiranya Aisha bertindak diluar kawalan.

"Aisha!" jerit Amsyar dari luar. Manakala tubuh Aisha terjatuh longlai di atas lantai. Muka Aisha basah dengan air mata, ditambah pula dengan kepala Aisha yang semakin lama memberat seolah-olah menahan ribuan masalah dan juga kesan trauma.

"Aisha!" jerit Amsyar lagi.

"Jangan kacau adik... Kalau macam ni caranya, lebih baik adik mati... Adik pun takkan susahkan abang dah..."

Walaupun perlahan, tetapi Amsyar dapat mendengar ayat yang keluar dari mulut Aisha.

Boom!

Kaki Amsyar mula menendang pintu bilik Aisha.

Boom!

Boom!

Boom!

Boom!

Pintu bilik Aisha mula terbuka, tanpa melengahkan masa cepat-cepat Amsyar masuk ke dalam bilik Aisha. Lampu bilik dibuka, jelas bilik Aisha berselerak. Ditambah pula dengan serpihan-serpihan kaca. Amsyar berlari mendapatkan Aisha, tubuh Aisha dipangku. Dari wajah Aisha, dapat Amsyar lihat yang Aisha banyak menangis sehinggakan matanya sembap.

"Adik kenapa ni adik?" soal Amsyar lalu memeluk tubuh Aisha. Aisha cuma diam tidak menjawab.

"Adik? Aisha, jawablah Aisha jangan bagi abang risau lagi." pujuk Amsyar lagi.

"Adik, kalau adik tak okay janganlah menangis memberontak macam ni. Ceritalah kat abang, jangan risau abang ada je dengan adik.

"Adik minta maaf..." tutur Aisha, sangat perlahan.

"Kenapa adik minta maaf? Adik tak ada buat salah apa pun dengan abang." Air mata yang ditahan oleh Amsyar akhirnya jatuh juga

"Adik dah susahkan abang. Pa-patutnya malam tu adik mati je, adik minta maaf sebab tak da-dapat nak jaga diri elok-elok."

Aisera Arsalan: Bermulanya Kekuatan Empayar Islam ( COMPLETE)  Where stories live. Discover now