bab 17

635 98 3
                                    

3 bulan kemudian.

HANDSOCK dibawa turun sedikit supaya menutup pergelangan tangannya. Aisera melangkah masuk ke dalam dapur diraja, dapat dia lihat beberapa orang pekerja istana yang sedang sibuk memotong bawang, dan menyediakan bahan untuk memasak. Lagipun sekarang ini baru sahaja pukul 6 pagi, jadi agak sunyi sikitlah.

"Awak sediakan bahan? Nak masak apa nanti?" soal Aisera selamba lalu duduk di sebelah pekerja istana yang sedang memotong bawang. Cepat-cepat pekerja istana tersebut bangun dan menunduk tanda hormat kepada Aisera.

"Maaf Tengku, saya tak perasan Tengku datang dapur."

"Eh, tak apalah." Aisera mengambil pisau dan bawang. Bawang dikupas terlebih dahulu, siap mengupas terus Aisera membasuh bawang dan memotong. Pekerja istana yang daripada tadi berdiri tergamam melihat Aisera.

"Pagi ni menu sarapan apa?" soal Aisera sambil memotong bawang.

"Cef cakap hari ni menu sarapan nasi lemak. Kenapa Tengku? Tengku tak boleh makan nasi lemak ke? Manalah tahu kalau Tengku ada alergik?"

Aisera tertawa kecil sambil menggeleng perlahan.

"Cakap dekat cef, tukar menu. Sarapan hari ni saya sendiri yang akan masak. Saya nak masak bihun goreng. Awak tolong saya ya sediakan bahan." tutur Aisera lalu meletakkan bawang yang siap dipotong ke dalam mangkuk besar.

"Biar betul Tengku nak masak?" soal pekerja istana tersebut seolah-olah tidak percaya dengan kata-kata yang meluncur keluar daripada mulut Aisera. Aisera mengangguk.

"Awak tolong rendam bihun lepas tu awak ambil cili kisar. Panggil lagi beberapa orang untuk tolong awak. Bila bihun dah lembut, awak tapis dan buang air dia ya. Buat lebih pun tak apa, boleh tambah." ujar Aisera sambil memotong bawang. Pekerja istana tersebut cuma mengangguk dan menunduk sedikit sebagai tanda hormat kepada Aisera.

  Siap sahaja menyediakan semua bahan, Aisera membuka bekas yang menyimpan minyak dan dituang ke dalam kuali besar. Sudip di ambil, bawang merah yang siap dipotong di letak sebaik sahaja minyak mulai panas.

"Bagi dekat saya bebola dengan udang." arah Aisera sambil mengacau bawang. Bebola dan udang diletak di dalam kuali dan digaul sebati. Siap sahaja meletak sos, cili kisar dan juga air Aisera menggaul supaya sebati. Jadinya nanti tak adalah macam rasa tu sekejap manis sekejap masin.

  Bihun diletak di dalam kuali. Sebelah tangan Aisera yang memakai sarung tangan memegang kuat kuali, manakala sebelah tangan lagi menggaul bihun dengan cepat. Tambahan pula api sekarang dibuka supaya kuat. Sementara itu pekerja dan cef diraja yang berdiri di belakang cuma mampu memandang sahaja Aisera yang sedang sibuk memasak.

  Masing-masing terkesima dengan Aisera. Bagi mereka selama ini Aisera cuma tahu bergaya dan bersolek sahaja. Tapi tak sangkalah pula dalam dapur pun pandai juga. Bau bihun yang sedang digoreng pun boleh tahan juga.

"Okay, dah siap! Awak semua ambil bahagian awak dulu. Kalau tak cukup bagitahu saya, saya masak lain. Oh ya, awak tolong hidangkan sekejap ya."

  Aisera menyimpan kembali sudip dan melangkah keluar dari dapur diraja. Kakinya menuju ke bilik dia dan Malik. Pintu bilik dibuka dan ditutup semula, Malik yang sedang memakai tie dituju.

"Awak dah nak siap-siap nak pergi kerja ke?" soal Aisera lalu duduk di atas katil. Malik beralih memandang isterinya. Senyuman tipis dihadiahkan kepada Aisera, begitu juga dengan Aisera yang turut membalas senyuman.

"Awak juga ya awak pergi kerja."

"Taklah. Selalunya saya tak keluar pun awal-awal macam ni, tapi sebab hari ni saya sibuk sikit. Ayah pun hari ni pergi pejabat awal juga, tapi tak pastilah pula sama ada ayah dah nak gerak ataupun nanti baru ayah pergi. Lagipun saya kena teman ayah jemput duta US yang nak datang. Jadi agak sibuk sikitlah."

  Aisera mengangguk tanda faham. Lagipun selama 3 bulan mereka berkahwin ni, tak pernah pun rancang nak berbulan madu bagai. Aisera pun kadang-kadang sibuk juga nak kena hadir majlis-majlis diraja sama ada di Emerald atau Alwaritzi. Jadinya kalau dua-dua sibuk tak ada pun masa nak bercuti. Memandangkan minggu ni dia tak ada apa-apa rancangan jadi bolehlah dia datang Alwaritzi.

Ya,

Dia dan suaminya Long Distance Relationship.

"Oh ya sebelum saya terlupa, sebenarnya minggu depan ayah akan pergi ke US untuk BBC dan ayah ada cakap yang dia nak ajak saya. Jadi kalau saya pergi, saya ingat saya nak ajak awak sekali. Are you okay with that?" soal Malik sekali lagi.

Aisera mengangguk.

"Okay. Saya okay saja. Tapi ayah ajak bonda sekali kan? Kalau bonda ada sekali tak adalah sunyi sangat saya nanti. Bolehlah berbual dengan bonda juga."

"Yang tu saya tak beberapa pasti. Lagipun entahlah, saya rasa macam tak sedap hati."

"Tak seda hati? Maksud awak?" Aisera bangun dari duduknya dan merapati Malik. Wajah Malik dipandang lama.

"Saya rasa macam akan ada orang yang mati?"

.

.

SUASANA di meja makan cuma senyap sahaja. Hanya bunyi sudu dan garfu yang berlanggaran sahaja. Aisera beralih memandang Malik yang duduk di sebelahnya. Daripada tadi, selepas Malik katakan apa yang dia rasa terus berubah riak wajah Malik, sudah puas dia pujuk dengan cakap apa yang dia rasa tu cuma perasaan dia saja. Tapi masih lagi risau.

"Sedap akak masak. Nanti bolehlah Mariam minta akak ajar." tutur Mariam lalu meneguk air. Permaisuri Arya Khadijah mengangguk tanda setuju dengan kata-kata Mariam.

"Masa bila Aisera masak? Aisera keluar dari bilik awal ke? Maaflah bonda tak perasan pula, kalau tak bolehlah bonda tolong Aisera masak."

"Eh tak apalah bonda, lagipun setakat nak goreng bihun tu senang saja."

  Mariam cuma diam memerhati abangnya yang daripada tadi murum sahaja wajahnya. Pelik juga, selalunya abang dia yang paling banyak cakap dekat meja makan. Kalau ayah yang diam dia okay saja. Tapi abang yang diam? Eh pelik betul.

"Abang dah kenapa? Diam je." celah Mariam secara tiba-tiba. Aisera yang baru sahaja mahu menyuap bihun terus terhenti, dia beralih memandang suaminya. Malik terus mengangkat muka memandang semua ahli keluarga.

"Haah, betuk juga apa yang Mariam cakap tu. Kamu dah kenapa Malik? Senyap sahaja. Ada apa-apa masalah ke?"

  Malik diam tidak menjawab setiap persoalan yang keluar dari mulut bonda dan adiknya. Sedar akan suasana yang semakin dingin, cepat-cepat Aisera mencelah.

"Sebenarnya hari ni Malik rasa macam pening kepala sikit. Itu yang Malik diam saja."

"Kalau sakit kepala ataupun tak sihat, jangan pergi pejabat. Nak pergi pejabat, tayang muka elok. Jangan nak buat masam muka, tak manis orang pandang. Dah sakit sangat kepala tu, tak perlu ikut ayah jemput Duta US. Rehat."

  Masing-masing mula diam apabila Raja Muhammad Arsalan sudah mencelah. Di sebalik kata-kata yang meluncur keluar terdapat ketegasan yang diselitkan. Malik beralih memandang Raja Muhammad Arsalan.

"Tak apa ayah, Malik okay."

"Kalau okay tak apalah, pergi pejabat. Kadang-kadang badan kita ni kena berehat." Raja Muhammad Arsalan bangun dari duduknya dan diikutiboleh Malik yang turut bangun.

"Aisera." panggil Raja Muhammad Arsalan dengan nada yang lembut.

"Ya, ayah?"

"Terima kasih sebab masak bihun, sedap. Ayah suka. Nanti masak lain ya?"

"Okay ayah."










Nota:

BBC= British Broadcasting Corparation.

BBC ialah penyiar kebangsaan
Inggeris, seperti contoh temuduga dengan Perdana Menteri kita yang ke tujuh iajtu Tun Dr. Mahathir Mohammad.

Untuk rujukan dan fahaman yang lebih mendalam boleh melayari Youtube dan Google.

Maaf andai kata ada maklumat yang silap.

Aisera Arsalan: Bermulanya Kekuatan Empayar Islam ( COMPLETE)  Where stories live. Discover now