Bab 1

1.7K 218 8
                                    

AISERA QAFIYYA.

KAKINYA mula melangkah keluar daripada biliknya dan menuju ke arah dapur. Sambil berjalan dia memandang sekeliling untuk mencari figura uminya. Tiada di ruang tamu dan bilik, dia sudah dapat mengagak yang uminya berada di dapur.

"Umi!" sapanya riang lalu mengambil tempat di meja makan. Sebatang lobak merah diambil dan dipotong menjadi kecil. Sambil menyediakan bahan untuk memasak, dia berbual kosong dengan uminya.

"Umi nak masak apa?" soalnya lalu mengambil sebatang lobak merah lagi. Lobak merah yang sudah dipotong diletakkan di dalam bekas yang disediakan.

"Hari ini umi ingat umi nak masak tomyam campur. Lagipun Ira sukakan makan tomyam campur? Nanti lepas kita dah habis makan, umi nak ajak Ira keluar sekejap pergi beli barang." ujar Puan Atul lalu menghidupkan api dapur, 2 sudi besar pes tomyam diletakkan di dalam periuk yang berisi air.

Dia bangun dari duduknya dan mendekati uminya.

"Tak apalah umi, biar Ira sajalah yang masak. Lagipun nak buat tomyam pum bukannya susah sangat. Senang ja, tak apalah umi pergilah rehat dulu. Lagipun semalam umi balik daripada berniaga lambat kan? Mesti umi penat." ujarnya lalu mengambil senduk dan mengacau larutan air tersebut supaya sebati dengan pes tomyam.

"Betul ke ni Ira?" soal uminya tidak percaya. Dia mengangguk perlahan. Lagipun mudah saja nak masak tomyam, tidak perlu goreng bahan terlebih dahulu.

"Iyalah, kalau macam itu umi masuk bilik dulu. Nak rehat sekejap, lagipun umi sekarang ni asyik sakit badan." ujar uminya lalu melangkah pergi daripada dapur. Dia tersenyum riang memandangkan sekarang ini dia bebas mahu memasak seorang di dapur. Bahan yang terletak di atas meja diambil dan dimasukkan ke dalam periuk.

Aisera Qafiyya.

  Satu nama yang cukup indah yang dinamakan oleh uminya iaitu Puan Atul untuk dirinya. Tahun ini, umurnya menginjak ke 23 tahun. Apa yang membuatkan dia lebih gembira adalah hari lahirnya sudah dekat.

  Selama 23 tahun ini, Aisera sudah diajar untuk memasak, menjahit baju, membasuh baju dengan menggunakan tangan dan melakukan kerja rumah yang lain. Nak atau tak nak, Aisera terpaksa akur juga walaupun hakikatnya Aisera sendiri tak mahu dan malas untuk belajar semua itu.

  Tetapi memandangkan Puan Atul seorang yang tegas dan sangat menjaga tarafnya sebagai seorang wanita. Lebih menarik bagi Aisera, Puan Atul sangatlah menjaga kesihatan luar dan dalam sampaikan di dalam rumah, Puan Atul memang sudah mengajar Aisera untuk memakai kain batik, dan cuma pakai seluar sahaja jika mahu keluar.

Ya, Puan Atul sangat menjaga pantang larang.

  Tipulah kalau pada mulanya Aisera sendiri tidak membantah, ada juga waktu dimana Aisera sendiri tidak tahan dengan pantang larang orang perempuan Puan Atul yang terlalu ketat. Ada masanya Aisera juga curi curi memakai seluar labuh di dalam rumah sewaktu Puan Atul tiada di rumah.

  Dan, Puan Atul juga sangat menjaga batas pergaulannya dengan orang lelaki. Bagi Puan Atul, lebih baik Aisera berkawan dengan orang perempuan sahaja. Tidak ada faedah pun jika Aisera mahu berkawan dengan lelaki, tambahan pula dengan zaman yang semakin moden ini, macam macam boleh berlaku.

  Siap sahaja meletakkan semua bahan masakkan ke dalam periuk, Aisera  menutup periuk dengan penutup periuk tersebut. Aisera melangkah masuk ke dalam biliknya, baju-bajunya yang kotor diambil dan diletakkan di dalam mesin basuh. Butang on ditekan.

  Kemudian, Aisera mengambil penyapu dan penyodok. Ruangan dapur dan ruang tamu disapu memandangkan hari ini, Puan Atul tidak sempat untuk menyapu sampah dan habuk di ruang tamu dan ruangan dapur.

Aisera Arsalan: Bermulanya Kekuatan Empayar Islam ( COMPLETE)  Where stories live. Discover now