bab 23

475 94 1
                                    

DENGAN bacaan bismillah, Mariam menyuap masuk nasi ayam ke dalam mulut. Memandangkan tadi dia baru sahaja habis kemas bilik dan tak sempat makan, barulah dia berpeluang untuk makan. Telefon yang berada di atas meja diambil, Mariam pelik. Kalau ikutkan awal pagi nanti bonda dan ayah dah sampai, tapi kenapa tak sampai lagi? Mungkin ayah ada urusan yang tak selesai lagi.

  Mariam menyambung kembali menjamah nasi ayam. Habis sahaja nasi ayam, Mariam mengambil cawan. Baru sahaja mahu minum air, Mariam mengeluh kecil apabila air sudahpun habis. Baru sahaja mahu bangun, langkah Mariam terhenti apabila dia hampir berlanggar dengan salah seorang pekerja istana.

"Eh, maaf ya." Mariam meminta maaf terlebih dahulu.

"Eh tak apa Tengku, tak apa. Lagipun salah saya sebab tak perasan Tengku."

"Ouh ya, by the way kalau awak tolong isikan air dekat saya boleh tak?" soal Mariam. Pekerja istana itu mengangguk, Mariam terus menghulurkan gelas kosong. Gelas kosong tersebut bertukar tangan, Mariam duduk semula. Telefon diambil, baru sahaja mahu melayari internet tingkah laku Mariam terhenti apabila seorang figura mula berjalan mendekatinya.

"Buat apa?" soal satu suara garau, Malik. Mariam mengangkat muka memandang Malik. Senyuman sinis diberi buat abangnya.

"Baiki kereta. Kenapa? Nak join sekali ke?" Mariam meletakkan kembali telefon. Mata dan senyumannya masih lagi statik. Malik cuma mendiamkan diri.

"Abang ada nak cakap satu benda." Malik duduk di hadapan Mariam, Mariam cuma memandang sahaja abangnya itu.

"Abang nak cakap apa? Kalau perkara yang abang nak cakap tu tak penting, tolong jangan bazirkan masa Mariam. Masa Mariam ni mahal, jadi Mariam tak nak bazirkan dengan bincang perkara yang murah." Mariam bangun dari duduknya

"Abang minta maaf."

  Malik juga turut bangun dari duduknya dan memandang Mariam. Rasa bersalahnya terhadap adiknya itu semakin menebal selepas dia tahu apa yang adik dia rasa, itupun dari mulut Aisera. Entah kenapa, lepas dia dapat tahu semua itu dirinya seolah-olah tidak ubah seperti seorang yang zalim. Zalim terhadap adiknya sendiri.

"Minta maaf? Dah kenapa abang minta maaf? Ke abang dah mula rasa sinar keinsafan lepas dengar apa yang kak Aisera cakap? Bagus eh abang, kena dengar dulu apa yang orang cakap, nasihat dekat abang barulah abang tu nak berfikir!"

"Abang minta maaf. Kalau Mariam nak marah abang, marahlah. Tapi tolong maafkan abang. Abang tahu apa yang abang buat, layan adik selama ni salah. Abang merayu sangat-sangat, maafkan abang."

"Abang minta maaf sebab sebelum ni kata-kata yang keluar dari mulut abang semuanya sakitkan hati Mariam."

  Malik menunduk. Mariam terkedu. Sepanjang dia hidup, ini kali pertama dia lihat seorang Tengku Malik Arsalan menunduk dengan penuh penyesalan. Mariam terdiam.

"Maafkanlah abang, Mariam. Memaafkan itu memang susah, tapi itulah yang Rasulullah S.A.W terapkan dalam diri. " kata-kata Aisera yang mencelah secara tiba-tiba membuatkan suasana di antara Malik dan Mariam lagi dingin. Aisera berjalan dan berdiri di sebelah Mariam.

"Akak tak berpihak kepada siapa pun, Mariam. Mariam ada salah Mariam sendiri dan abang pun ada juga salah dia sendiri. Tapi, Mariam kena ingat. Kamu berdua tu adik-beradik, bergaduh tu boleh. Tapi janganlah sampai renggang hubungan silaturrahim tu. Semua orang buat salah dan layak terima peluang kedua." tambah Aisera lagi.

"Jadi, Mariam maafkan abang tak?" soal Aisera. Mariam cuma diam dan memandang Aisera.

"Tapi Mariam bukannya Rasulullah. Mariam manusia biasa, jadi susah untuk Mariam maafkan abang. Abang dengan ayah sama, dua-dua tak sayangkan Mariam."

"Kalau abang tak sayang Mariam abang tak..."

"Tengku! Tengku!" kata-kata Aisera terhenti apabila seorang pekerja istana yang berpangkat tinggi datang berlari ke arah mereka. Tubuh ditunduk sedikit sebagai tanda hormat. Mereka bertiga mulai pelik. Dah kenapa ni? Tambahan pula, wajahnya yang sudahpun basah dengan air mata.

"Tuanku dan Permaisuri dah tak..." kata-kata pekerja istana terhenti apabila suara wartawan di televisyen mula kedengaran. Tumpuan mereka berempat mula beralih ke televisyen apabila terpapar wajah Raja Muhammad Arsalan dan Permaisuri Arya Khadijah.

"Semalam, pada 17 Julai 2016 pesawat yang membawa Raja Muhammad Arsalan dan isteri, Permaisuri Arya Khadijah digodam oleh penggodam barat. Disebabkan sistem kawalan pesawat tidak dapat dikawal, pesawat yang membawa Raja Muhammad Arsalan dan Permaisuri Arya Khadijah terhempas di dasar laut Cina Selatan. Setakat ini kami tidak memperoleh sebarang maklumat yang dikeluarkan oleh pihak Istana."

  Mariam serta merta jatuh terduduk di atas lantai, Aisera terkaku. Malik terus memandang pekerja istana yang masih lagi statik berdiri di situ.

"Tepat jam 5 petang nanti, adakan mesyuarat tergempar. Kumpulkan semua ahli kabinet dan menteri, begitu juga dengan wartawan." tutur Malik dan melangkah pergi dari situ.

.

.

SATU PERSATU tangan Aisera membutangkan kot Malik, Malik daripada tadi sebaik sahaja menerima tragedi yang berlaku terhadap bonda dan ayahandanya cuma diam sahaja. Tanya sepatah, dijawabnya pun sepatah juga.

"Boleh saya tanya awak satu soalan?" soal Aisera sambil membutangkan baju Malik. Malik cuma mengangguk sahaja.

"Apa yang terjadi dekat bonda dan ayah, awak rasa mereka selamat ke?"

Malik cuma diam.

"Saya boleh bagi awak dua jawapan, satu jawapan yang boleh sedapkan hati awak dan satu lagi jawapan yang berbalik ke realiti. Awak pilih." Malik membetulkan sedikit baju kotnya. Aisera diam sambil memandang Malik.

"Dua-dua."

"Okay kalau macam tu, jawapan untuk sedapkan hati awak, awak teruskan berdoa dan bertawakal. Manalah tahu kalau bonda dengan ayahanda terselamat? Insya-Allah mereka sentiasa dalam jagaan Allah S.W.T."

"Kalau jawapan yang berbalik ke realiti pula?" soal Aisera. Malik cuna tersenyum pahit.

"Mustahil untuk bonda dan ayah survive. Lagipun sewaktu kapal terbang terhempas ayah dengan bonda tak sempat nak buat apa. Jadi sekarang ni, apa yang perlu dicari dalam misi pencarian ialah mayat ayah, bonda dan kru kapal. Lagi satu, kotak hitam. Kotam hitam sangat penting untuk mendengar perbualan terakhir di dalam kapal terbang, boleh jadi kotak hitam itu juga memberikan bukti siapa yang rancang semua ini. " balas Malik. Aisera cuma diam.

"Aisera..." Tangan Malik naik memegang bahu isterinya itu. Dia tahu apa yang isterinya rasakan sekarang ini.

"Cepat atau lambat, ayah dan bonda akan pergi juga. Jujur saya cakap yang saya pun tak sangka ayah dan bonda akan pergi dengan cara begini. Tapi memandangkan ayah adalah seorang pemimpin yang terkenal dengan kelantangannya bersuara berkenaan isu Palestin, ramai yang tak suka dengan ayah. Memang negara besar takut dengan ayah, tapi tak mustahil dalam diam ada yang rancang untuk jatuhkan ayah."

"Saya harap lepas ni, kita sama-sama kuat. Lagi-lagi Mariam. Saya tak tahu apa yang Mariam rasa sekarang, tapi jauh di sudut hati saya, saya yakin yang Mariam menyesal."

Aisera Arsalan: Bermulanya Kekuatan Empayar Islam ( COMPLETE)  Where stories live. Discover now