bab 29

439 78 2
                                    

CAWAN yang berisikan air teh diletak dengan penuh berhati-hati di atas meja. Malik menyelak helaian buku yang seterusnya. Walaupun jam sudah menginjak ke pukul 12 tengah malam namun itu bukanlah satu sebab untuk Malik tidak membaca buku.

Memang sudah menjadi hobi buat Y.M Raja Tengku Malik Arsalan untuk membaca buku tanpa mengira waktu. Satu persatu helaian diselak, tanpa Malik sedar, Aisera mula mengambil tempat di hadapannya. Buku tersebut ditutup dan diletakkan di atas meja. Tumpuannya sekarang ini mula beralih ke Aisera.

"Ya? Ada apa awak tiba-tiba datang sini?" soal Malik lembut. Kaca matanya ditanggalkan.

"Lama lagi ke? Dah pukul berapa dah, esok lepas subuh awak sambunglah membaca pula. Rehatlah sama. Cuba fikirkan sikit pasal kesihatan awak tu." ujar Aisera. Malik cuma tersenyum tipis. Dah berapa kali dah Aisera nasihatkan dia, tapi macam biasa. Sama juga, tak ada yang berubah pun.

"Biarlah... Nak buat macam mana dah membaca ni jiwa saya. Takkan awak nak halang pula? Ni, awak pun tak tidur lagi ke? Kenapa tak tidur? Pandai cakap suruh saya jaga kesihatan tapi awak sendiri pun tidur lambat. Macam mana?"

"Saya tidur lambat ni sebabnya saya tunggu awak. Lagipun, saya ada benda nak bincang dengan awak. Itupun kalau awak tak keberatanlah."

"Awak nak bincang apa?" soal Malik sambil membetulkan posisi kedudukannya. Aisera cuma diam, kedua-dua tangannya naik menggenggam sesama sendiri. Malik cuma memerhati.

"Fasal tadi. Kan bonda suruh kita terus terang fasal arwah bonda dan ayahanda awak..."

"Awak nak bangkang ataupun awak nak sokong apa yang bonda suruh kita buat tu?" soal Malik seraya memotong percakapan Aisera.

"Bangkang." balas Aisera, sepatah.

"Kenapa? Apa sebabnya awak nak bangkang apa yang bonda suruh kita buat tu? Tak ada dosa pun kalau kita terus terang."

"Tapi saya tak suka, awak faham tak Malik?" bangkang Aisera.

"Okay, kalau macam tu cuba awak cerita. Kenapa awak tak suka kalau kita berterus terang dengan Mikhail dan Marteen. Kenapa? Why?" soal Malik ingin tahu. Pelik juga dia dengan Aisera kali ini. Selalunya kalau bonda ataupun umi suruh dia buat apa-apa, dia turutkan saja. Tak ada nak membantah pun.

"Awak faham tak, kematian Arwah Raja Muhammad Arsalam dan Permaisuri Arya Khadijah adalah satu kes pembunuhan. Saya tak nak nanti anak-anak saya tahu yang atuk dengan nenek dia meninggal sebab kena bunuh. Takkan awak tak fikir? Awak rasa apa yang diorang rasa?"

"Itu pendapat awak. Itu apa yang awak rasa, tapi sekarang ni awak kena ingat tau Aisera yang cepat atau lambat, Mikhail dan Marteen akan tahu juga. Lebih parah kalau diorang tahu dari mulut orang luar. Awak rasa mana lebih teruk?"

"Lebih baik kita berterus terang Aisera. Lagipun kematian arwah ayah dan bonda bukannya hina sangat, malah semua orang tabik dengan ayah dan bonda. Sanggup berkorban demi Islam. Tak payah nak malu, benda tu sejarah. Kematian Raja Muhammad Arsalan dan Permaisuri Arya Khadijah dah tertulis dalam sejarah Islam. Kenapa nak malu?"

"Generasi zaman sekarang ni, kita kena cerita dekat dia siapa orang yang sanggup berjuang dalam Islam. Siapa yang merosakkan Islam. Siapa yang tegakkan Islam. Biarlah generasi zaman sekarang ni belajar, siapa Kamal Ataturk. Siapa juga, Raja Faisal. Benda tu kita kena ajar. "

"Runtuhnya sesebuah bangsa itu kerana bangsa itu sendiri, dan kesilapan sesuatu bangsa itu akan terjadi jika bangsa tersebut tidak kenal sejarah. Kesilapan akan berulang jika pengetahuan tentang sejarah itu kosong..."

"... Awak kena ingat tau Aisera, ada sebab kenapa kadang-kadang saya ajar Mikhail dan Marteen pasal sejarah tamadun Islam, perang badar dan benda yang berkait rapat tentang Islam. Tak semua benda Mikhail dan Marteem boleh belajar dekat sekolah. Dekat sekolah ada tak diorang ajar pasal tamadun Islam? Ada. Memanglah ada. Tapi cuma sekadar basic sahaja."

Aisera diam.

"Mikhail dan Marteen adalah generasi yang akan datang. Generasi yang akan memimpin Alwaritzi dan Emerald. Cuba awak fikir, Aisera. Macam mana diorang nak memimpin Alwaritzi dan Emerald kalau diorang tak tahu sejarah? Sejarah adalah satu rujukan supaya generasi masa hadapan tidak mengulangi kesilapan yang telah dilakukan."

"Sejarah adalah masa lalu. Tapi itu tidak bermakna kita kena abaikan, sejarah adalah satu petunjuk dan jalan supaya sesuatu peristiwa buruk itu tidak berlaku lagi."

.

.

PINTU bilik ditutup, Aisera berjalan menuju ke arah taman istana Emerald. Sambil berjalan, fikirannya mula terfikir akan kata-kata Malik semalam. Ada betulnya juga, mungkin silapnya sebab tak fikir secara meluas. Sampai sahaja di taman bunga, Aisera duduk di tempat yang di sediakan.

"Sorang je ke akak?" soal Mariam dan mengambil tempat di sebelah Aisera. Aisera mengangguk.

"Mariam datang sini nak brainwash akak juga ke?"

"Kalau akak nak, Mariam boleh je." balas Mariam. Aisera cuma diam tanpa menjawab.

"Akak rasa Mariam mesti marah dekat akak kan, sebab fikir macam tu? Betul?" soal Aisera. Mariam beralih memandang kakak iparnya itu, Mariam mengangguk tanda mengiyakan kata-kata Aisera.

"Mariam terasa. Tapi Mariam faham apa yang akak rasa. Cumanya Mariam pelik, kenapa akak seolah-olah malu? Mariam tak marah. Tapi Mariam terasa dan pelik. Itu je. Lepas je abang terangkan dekat Mariam tadi, barulah Mariam faham."

"Akak mengaku khilaf akak. Tapi akak takut nanti bila Mikhail dan Marteen tahu, diorang terkejut. Itu je."

"Normallah akak, tapi nak buat macam mana. Macam abang cakap, benda tu dah jadi sejarah dan kita patut bangga. Takpalah akak, benda pun dah jadi. Akak pun dah sedar dah khilaf akak. Its okay." Tangan Mariam naik menggenggam tangan Aisera. Aisera cuma membiarkan sahaja.

  Sementara itu di sisi lain pula, Puan Atul berjalan menuju ke arah sampai sahaja di hadapan Aisera dan Mariam. Puan Atul pelik buat seketika. Dah kenapa ni sampai pegang tangan apa semua?

"Aisera, Mariam. Ada apa-apa ke? Kamu berbual apa ni sampai monyot je muka memasing?" soak Puan Atul. Aisera mengangkat muka memandang uminya.

"Tak ada apalah umi, biasalah teringat kenangan sikit. Umi buat apa datang sini? Nak siram pokok bunga ke? Bukan dah siram ke pagi tadi?" soal Aisera bertubi-tubi. Puan Atul tersenyum tipis. Tangannya naik mencubit kuat pipi Aisera.

"Argh! Sakitlah umi!" Aisera menjerit kecil apabila

"Hah tahu pun kamu. Ni, umi datang sini nak aja kamu makan dekat dapur. Umi ada goreng kuih karipap dengan satar ikan. Jomlah, lagipun boleh juga kamu berdua teman umi."

"Nak ajak Mikhail dengan Marteen tak?" soal Mariam. Puan Atul mengangguk.

"Hah ajak je budak-budak tu, lagipun umi goreng banyak ni. Pergi panggil cepat." tutur Puan Atul lalu melangkah pergi dari situ. Mariam mengangguk lalu membuntuti langkah Puan Atul dan  berjalan menuju ke arah bilik anak buahnya. Manakala Aisera pula cuma berjalan perlahan sahaja.

Maklumlah dah jadi mak orang ni, mana larat nak lari-lari bagai ni.

Aisera Arsalan: Bermulanya Kekuatan Empayar Islam ( COMPLETE)  Where stories live. Discover now