bab 25

490 87 1
                                    

TIGA buah kereta yang membawa Y.M Tengku Malik Arsalan, Y.M Tengku Aisera Qafiyya, Y.M Tengku Mariam Atheera, Raja Arshan Intiyaz dan Permaisuri Aishah Qharina mula keluar daripada istana Alwaritzi. Beberapa buah kereta yang ditugaskan untuk mengiringi keluar terlebih dahulu.

  Hari ini, jenazah Raja Muhammad Arsalan dan Permaisuri Arya Khadijah akan tiba di bumi Alwaritzi, sebaik sahaja mereka sampai di lapangan terbang, Malik dan Aisera mula melangkah keluar daripada kereta dan diikuti oleh Mariam, Permaisuri Aishah Qharina dan Raja Arshan Imtiyaz. Dua buah kerusi yang agak besar dan gah dituju sebelum Malik dan Aisera duduk di atas kerusi tersebut.

   Masing-masing yang berada di situ mengenakan pakaian serba putih dan menutup aurat dengan sempurna bagi wanita muslim manakala wanita yang bukan muslim memakai pakaian yang sopan dan tertutup. Ini adalah arahan yang keluar dari mulut Tengku Malik Arsalan.

  Aisera beralih memandang Permaisuri Aishah Qharina yang duduk bersebelah dengannya, senyuman pahit dikuntumkan buat bonda. Bonda pun turut berduka dengan kehilangan Raja Muhammad Arsalan dan Permaisuri Arya Khadijah.

"Aisera kuat." Tangan Permaisuri Aishah Qharina memegang tangan anaknya, begitu juga dengan Aisera yang turut memegang tangan bondanya.

"Bonda pun kena kuat juga."

  Setengah jam kemudian, pesawat berwarna putih dan diiringi beberapa buah jet pejuang buatan Alwaritzi tiba dan mendarat. Semua mula bangun, ahli keluarga terdekat dan tentera yang ditugaskan untuk membawa keranda Raja Muhammad Arsalan dan Permaisuri Arya Khadijah juga mula berjalan ke arah pesawat. Dua keranda mula keluar dari perut pesawat, Mariam beralih memandang Malik.

"Mariam tak kuat." tutur Mariam perlahan. Cukup untuk Malik seorang sahaja dengar.

"Mariam kuat. Sebab tu Allah uji Mariam dengan abang macam ni." balas Malik. Perlahan dan sayu. Tangan Mariam naik memegang tangan Malik, Malik cuma membiarkan sahaja.

  Masuk sahaja keranda yang membawa Raja Muhammad Arsalan dan Permaisuri Arya Khadijah, Kerabat diraja dan menteri-menteri yang lain mula masuk ke dalam kereta. Masing-masing mula menuju ke destinasi yang berlainan, cuma kerabat diraja sahaja yang menuju ke jabatan forensik negara.


.

.

MARIAM dan Malik melangkah masuk ke dalam jabatan forensik Alwaritzi, beberapa orang pegawai dan orang atasan forensik mengiringi mereka berdua. Sementara itu, Aisera berjalan di belakang mereka berdua sekaligus ingin memberi ruang kepada dua beradik. Aisera beralih memandang bondanya.

"Lepas ni Malik akan angkat sumpah sebagai Perdana Menteri dan Raja Alwaritzi yang baru, Aisera pula akan jadi permaisuri. Besar tanggungjawab kamu berdua nanti." tutur Permaisuri Aishah Qharina. Aisera cuma diam.

"Memang kamu berdua terpaksa jadi pemimpin dalam keadaan yang begitu mendesak kamu memandangkan Alwaritzi mengamalkan sistem monarki, tapi satu saja yang bonda harap..." Permaisuri Aishah Qharina berjeda seketika.

"... Utamakanlah rakyat, rakyat tak tahu apa yang terjadi. Tapi kamu pernah rasakan apa yang rakyat rasa? Jadi pemimpin bukan mudah, banyak tanggungjawab. Kalau seorang rakyat menderita semasa pemerintahan, menjawablah kamu di sana nanti."

  Kata-kata Permaisuri Aishah Qharina, menusuk dalam hati Aisera. Aisera cuma diam sambil mengangguk. Mariam dan Malik melangkah masuk ke dalam bilik forensik. Sekujur tubuh yang tidak bernyawa dan ditutup dengan kain berwarna putih. Mariam memandang Malik yang sedang memegang kedua-dua bahunya.

"Ni jenazah ayah..." tutur Malik sambil memandang ke arah Mariam. Mariam terdiam. Air matanya mula jatuh, begitu juga dengan Malik. Kain yang menutup seluruh tubuh jenazah Raja Muhammad Arsalan dibuka.

"Ayah... bangunlah, Mariam janji Mariam takkan marah-marah dengan ayah lagi dah. Bangunlah ayah." Tangan Mariam naik memegang wajah Raja Muhammad Arsalan. Sejuk. Terdapat beberapa kesan luka dan calar di wajah ayahnya.

"Ayah, ke... kenapa ayah mungkir janji? Kan ayah dah janji yang ayah nak bawa Mariam pergi bercuti? Tapi ayah pergi 'bercuti' dulu. Kenapa ayah tak ajak Mariam?"

"Abang... Betul ke ayah dah tak ada?" soal Mariam perlahan. Malik mengangguk. Melihat anggukan yang diberikan oleh Malik, tubuh Mariam serta-merta jatuh.

"Ayah... Bangunlah!" Tangan Mariam menggoncang kuat tubuh Raja Muhammad Arsalan yang kaku itu. Air mata yang mula jatuh langsung tidak dikesat. Tangan Mariam naik memegang  pipi ayahnya, sejuk.

"Ayah sejuk eh? Kejap ya." Maria menanggalkan jaket hitam dan diletak ke atas tubuh Raja Muhammad Arsalan. Malik mundur beberapa langkah ke belakang. Mariam memeluk tubuh ayahnya.

"Bangunlah ayah... Mariam janji, lepas ni Mariam akan dengar cakap ayah. Ayah janganlah buat lawak... Ayah dah janjikan yang ayah nak luangkan masa dengan Mariam. Kenapa ayah mungkir janji? Ayah tak sayang Mariam ke?" soal Mariam, perlahan. Cukup untuk dia seorang sahaja yang dengar.

"Tengku." tegur salah seorang orang atasan bahagian forensik, tubuhnya ditundukkan sedikit tanda hormat kepada Malik dan Mariam. Mariam mengangkat muka.

"Ya?"

"Ini..." Lelaki tersebut beralih ke belakang buat seketika.

"... Jenazah Permaisuri."

"Bonda! Bonda pun nak tinggalkan Mariam juga ke?!" Cepat-cepat Mariam berlari mendapatkan jenazah bondanya, namun Malik bertindak dengan memeluk Mariam daripada belakang. Pekerja forensik mula membawa masuk jenazah Permaisuri Arya Khadijah dan diletakkan bersebelahan dengan jenazah Raja Muhammad Arsalan.

"Lepas!" Mariam memijak kuat kaki abangnya membuatkan Malik menjerit kesakitan dan terlepas pegangan tangannya, Mariam berlari mendapatkan tubuh kaku Permaisuri Arya Khadijah. Kain berwarna putih dibuka, wajah kaku bondanya beserta sedikit kesan calar membuatkan Mariam terdiam.

"Bonda? Bonda pun nak tinggalkan Mariam juga ke? Bonda, bonda tak kesian dekat Mariam ke? Bonda bangunlah... Mariam janji lepas ni kalau bonda minta tolong, Mariam akan tolong bonda..." Tangannya naik memegang wajah kaku Permaisuri Arya Khadijah.

"Bonda bangunlah cepat, nanti lepas ni kita berdua dengan kak Aisera menjahit nak tak, bonda? Bonda bangunlah. Janganlah tinggalkan Mariam macam ni. Bonda tak sayang Mariam ke? Kan bonda cakap, bonda nak tengok Mariam berjaya dulu. Bangunlah bonda..."

  Mariam memeluk erat tubuh Permaisuri Arya Khadijah. Air matanya mula jatuh. Dalam hati, dia tidak berhenti daripada mengutuk dan marah dirinya sendiri.

"Bonda, Mariam minta maaf. Maafkan Mariam bonda. Bonda bangunlah."

"Mariam." panggil Malik lalu berjalan menuju ke arah Mariam.

"Bonda dengan ayah tak ada. Sekarang Mariam ada abang dengan kak Aisera je. Abang janji yang abang akan jaga Mariam baik-baik." Malik memeluk Mariam. Kedua-dua adik beradik itu jatuh terduduk di atas lantai.

"Adik tak sempat minta maaf dengan ayah dan bonda, abang..." Mariam memeluk erat tubuh Malik. Tangisannya dihamburkan ke dada Malik. Aisera di luar cuma mampu memerhati sahaja, atas permintaan Malik sendiri dia nak Aisera tunggu di luar sebentar.

"Mariam menyesal... Mariam nak minta maaf dengan bonda dan ayah."

  Esakan Mariam semakin lama semakin kuat kedengaran. Begitu juga dengan Malik. Kedua-dua adik beradik masing-masing memeluk erat, siapa sangka dalam sekelip mata mereka bergelar anak yatim piatu. Mereka hilang ayah dan bonda mereka, rakyat Alwaritzi pula hilang pemimpin mereka.

  Aisera di luar juga turut merah habis matanya akibat menangis. Malik dan Mariam bangun dari duduk, kaki mula melangkah keluar dari bilik forensik. Sambil melangkah, Mariam tidak lepas daripada memandang jasad kaku bonda dan ayahandanya.

  Keluar sahaja mereka berdua, Malik masuk ke dalam bilik forensik kembali. Mariam pula tidak berhenti menangis, tangannya naik memegang cermin yang memisahkan bilik forensik dan luar bahagian bilik forensik, Aisera cepat-cepat berlari mendapatkan Mariam.

"Mariam!" tubuh Mariam didakap erat, Aisera membawa Mariam untuk duduk di atas kerusi yang disediakan.

"Mariam bodoh."

"Mariam nak ayah dengan bonda, Mariam nak minta maaf. "



.

Happy 1K Aisera!

Aisera Arsalan: Bermulanya Kekuatan Empayar Islam ( COMPLETE)  Where stories live. Discover now