bab 40

317 50 0
                                    

Ceritera Rakyat Alwaritzi.

KAKI mula mengorak langkah keluar daripada kelas. Memandangkan hari ini tiada kelas tambahan, jadi dia pulang lebih awal hari ini. Malas mahu menunggu lebih lama, dia berjalan menuju ke garaj motor terlebih dahulu sementara menunggu kawannya mengambil bekal yang tertinggal di dalam kelas.

Sambil berjalan, Aisha memandang kawasan sekolahnya.

Sekolah dia, sekolah kampung. Tapi tak adalah kampung sangat. Bolehlah kalau dalam ranking negeri ni, kiranya sekolah dia dalam kategori top 5.

  Sebelum ni dia pernah juga sekolah dengan suasana bandar. Tapi, dia tak suka. Tak, dia macam suasana tu terlalu sesak, itu tak termasuk lagi kalau ada apa-apa kemalangan berlaku mulalah orang berkumpul. Padahal berkumpul nak ambik gambar dengan video je. Tapi, tak kiralah sama ada sekolah kampung ataupun sekolah bandar, ada satu perkara yang buatkan Aisha cukup tidak selesa sebagai seorng perempuan.

'Pandangan' penuh nafsu seorang lelaki.

"Aisha! Kenapa tak tunggu aku?!" Aisha terkedu seketika apabila namanya dilaung dengan begitu kuat. Nasib jugalah sekarang ni semua junior dan senior dia yang lain dah balik, tak adalah nak malu sangat.

"Apa kau? Hah lepas ni jerit bagi keluar anak tekak tu." tutur Aisha tidak puas hati. Lily di sebelah cuma tersenyum sumbing. Masing masing mula berjalan menuju ke arah motor, sambil berjalan adalah sesetengah 'hamba Allah' yang panggil mereka.

"Hai!"

"Eh, nak pergi mana tu? Jomlah melepak dengan abang sekejap."

"Amboi sombongnya."

  Aisha dan Lily cuma membiarkan sahaja, malas mahu dilayan. Selalunya kalau perempuan yang melayan perangai diorang ni kebanyakkannya pun jenis sama macam diorang juga. Baru sahaja mahu membelok ke kiri untuk pergi ke motor, langkah Aisha dan Lily terhenti kerana salah seorang dari mereka tiba-tiba sahaja menahan mereka dengan berdiri di hadapan Aisha.

"Apa kau ni?" soal Aisha dingin. Lelaki itu cuma tersenyum nipis sahaja. Coklat Cadbury dihulurkan kepada Aisha.

"Apa ni?" soal Aisha lagi.

"Kau ambillah Aisha, aku beli ni untuk kau."

Aisha menggeleng. Lagipun sebelum ni dah banyak kali dah lelaki di hadapannya ini bagi hadiah, tapi macam biasa. Dia tetap tolak.

"Ambil jelah Aisha, anggaplah ni hadiah aku untuk kau." Lelaki itu masih lagi memaksa-maksa Aisha. Aisha cuma diam, Lily di sebelah pula sudah memberikan satu pandangan jijik dan kotor terhadap lelaki itu.

"Alah Aisha, dia tu nak mengorat kaulah!" Salah seorang dari rakan lelaki itu mencelah. Aisha diam, dan berjalan pergi dari situ. Nasib lelaki tu tak kejar dia.

"Weh Aisha, kau tak rimas ke setiap kali dia jumpa kau je mesti dia nak bagi kau hadiah. Rimas pula aku tengok kau tahu tak?" bebel Lily sambil memakai topi keledar.

"Kau ingat aku tak rimas? Eh akupun rimas kau tahu tak? Dahlah perangai pun teruk. Ingat aku nak ke dengan lelaki macam tu? Kalau setakat nak mengorat lepastu bercinta sana sini tanpa ada tujuan. Eh kau ingat aku ni rumah sewa? Bercinta bertahun-tahun tanpa ada kepastian? Memang taklah!"

"Weh Aisha!"

"Apa kau?"

"Malam ni kau kerja part-time juga ke?" soal Lily ingin tahu. Lagipun memang setiap malam Aisha kerja part-time dekat kedai nasi lemak. Cuma ada beberapa hari dalam sebulan dia tak kerja sebab ada hal lain.

"Kerjalah. Kenapa? Kau nak ikut teman aku dekat kedai ke?"

"Aku rasa malam ni aku tak ikut teman kaulah sebab kerja sekolah aku banyak sangat. Maklumlah dah nak SPM kan tahun ni."

"Okay, tak apalah nanti apa-apa aku call kau." tutur Aisha lalu memulakan perjalanannya pulang ke rumah, begitu juga dengan Lily.

.

.

SATU persatu pinggan diletakkan di atas meja. Mangkuk yang berisi nasi diambil dan diletakkan di atas setiap pinggan kosong, kemudian Aisha meletakkan kacang, timun dan ikan bilis di tepi nasi lemak. Sambal juga tidak dilupakan, satu senduk kecil, satu pinggan nasi. Siap menghidang, Aisha terus angkat pinggan dan hantar ke meja yang memesan nasi lemak. Siap hantar semua nasi lemak, Aisha cepat-cepat berjalan menuju ke arah meja yang belum memesan minuman dan makanan lagi.

"Nak makan apa ya?" soal Aisha lembut. Maklumlah, dengan pelanggan ni kenalah cakap elok-elok.

"Bagi saya teh ais satu, dengan nasi lemak ayam goreng satu. Itu je." tutur pelanggan lelaki itu. Aisha mengangguk dan berlalu pergi dari situ.

"Kak Aton, teh ais satu!" laung Aisha, kak Aton yang sedang duduk terus bangun dan membancuh teh ais. Sementara itu, Aisha mengambil pinggan dan diletak di atas meja. Nasi lemak, kacang, timun dan sambal diletakkan di dalam pinggan. Kemudian satu bakul kayu yang berisikan ayam goreng ditarik supaya dekat jaraknya. Penyepit diambil dan ayam bahagian dada diletakkan di tepi nasi. Pinggan tersebut diangkat, teh ais juga turut diambil dan dihantar ke meja tersebut. 

"Nah bang." tutur Aisha sambil tersenyum tipis.

"Terima kasih ya."

  Aisha berjalan menuju ke kaunter dan duduk di atas kerusi yang kosong itu. Air teh o ais yang dibancuh oleh kak Aton untuk dia, diambil dan diteguk. Dahaga dan penat. Ingatkan waktu mula-mula buka kedai, orang tak ramai sangat malam ni. Tapi tak lama kira-kira dalam 1-2 jam kemudian, ramai juga orang datang.

"Haih, penat Aisha?" soal kak Nah lalu duduk di hadapan Aisha. Aisha mengangguk, lagipun malam ni memang masing-masing. Termasuklah juga Kak Nah, selalunya sambal satu kawah kecil pun kadang habis, kadang tak habis. Ini tiba-tiba malam ni habis, hah mahu tak kelam kabut Kak Nah nak kena masak sambal. Tambahan pula selalunya Kak Nah akan goreng nasi, mee, ataupun bihun. Lagipun dekat kedai ni bukannya ada nasi lemak saja.

"Pelik Kak Nah, tiba-tiba saja hari ni ramai orang. Ke ada orang promote kedai ni, Aisha? Kau kan ada Tiktok dengan Instagram, manalah tahukan?"

Aisha mengangkat bahu tanda tidak tahu.

"Entahlah Kak Nah. Biarlah Kak Nah, mungkin malam ni rezeki Allah nak bagi. Lagipun kan Kak La dah cakap, kalau bulan ni sales lebih Kak Lah nak bagi bonus." balas Aisha. Lagipun, bagus juga kalau ramai orang datang malam ni sebabnya Kak Lah iaitu pemilik kedai makan ni memang dah cakap kalau ramai orang datang Kak Lah nak bagi bonus.

"Hah Aisha, meh Kak Aton nak tanya kau satu soalan." Kak Aton pula duduk di sebelah Aisha.

"Nak tanya apa kak?"

"Kau kan tahun ni dah 17 tahun, kau ada ke rancang nak sambung belajar?" soal Kak Aton ingin tahu, begitu juga dengan Kak Lah.

"Setakat ni, tak ada lagilah nak rancang sambunh belajar. Tengoklah Kak Aton, kalau ada rezeki Aisha sambunglah belajar. Kalau tak ada, kerja teruslah. Lagipun sampai bila abang nak kena tanggung hidup Aisha? Inipun, abang bagi kebenaran nak kerja ni pun dah cukup bagus dah. Abang Aisha pun kena fikir juga pasal diri dia, nanti manalah tahu kalau dia nak kahwin. Mesti guna duit banyak." balas Aisha. Kak Aton dan Kak Nah mengangguk tanda setuju dengan kata-kata Aisha.

"Aisha pun, ada dah ke pasangannya?" soal Kak Nah sambil tersenyum tipis. Aisha cuma menggeleng.

"Tak ada lagilah Kak Nah, lagipun malaslah nak bercinta bagai sekarang ni. Bukannya apa, dengan umur Aisha sekarang ni baik Aisha fokus kerja dulu.
Malaslah Kak Nah, nak bercinta bertahun-tahun tapi tak ada hala tuju. Buat apa? Buang masa, dengan buang duit. Lelaki zaman sekarang ni bukan apa, bila orang perempuan letakkan syarat macam contoh, kena ada rumah dulu, kereta, dan kewangan yang stabil dan dicop materialistik. Padahal, benda tu untuk kepentingan lepas kahwin, tak payahlah kereta mahal-mahal pun. Cukuplah mampu nak tanggung anak dara orang..."

Aisha berjeda seketika.

"... Ini tidak, sikit-sikit nak cakap orang perempuan ni memilih. Padahal kahwin ni seumur hidup, kalau orang lelaki lainlah boleh kahwin banyak. Kahwin tu kalau boleh nak ikut sunnah nabi, tapi bab yang lain macam nafkah isteri tak nak pula ikut agama."

Aisera Arsalan: Bermulanya Kekuatan Empayar Islam ( COMPLETE)  Where stories live. Discover now