bab 16: Royal Simple Wedding.

657 111 6
                                    

TANGAN dibawa ke dada, Malik menghembuskan nafas dan diulang berkali-kali sehinggalah dia rasa tenang sedikit. Songkok yang berada di atas meja diambil. Hari ini, adalah hari di mana dia dan Aisera akan bersatu menjadi suami dan isteri. Sekaligus menyatukan dua buah negara Islam yang berpengaruh.

  Beberapa orang stylist bagi pihak lelaki yang berada di dalam bilik di pandang sekilas. Malik bangun dari duduknya. Dua orang lelaki yang ditugaskan untuk menyiapkannya mula mendekati. Samping yang agak senget diperbetul sedikit.

"Dah siap dah?" soal Malik. Lelaki yang membetulkan samping mengangguk.

"Dah siap dah Tengku."

"Kamu semua keluar sekejap, tinggalkan saya seorang dalam bilik ni." arah Malik. Mereka yang berada di situ mengangguk dan menundukkan sedikit tubuh mereka sebelum melangkah keluar dari bilik Malik.

  Keluar sahaja mereka semua, Malik terus bangun dari duduknya. Tangan yang semakin menggeletar kuat menambahkan lagi rasa debar di dada. Malik duduk di atas katil, kepalanya menunduk sedikit. Tak apa, dalam bilik ini cuma dia seorang sahaja.

"Aku terima nikahnya Tengku Aisera Qaf... Eh sekejap, nama penuh Aisera apa eh? Aisera Qafiyya ke Aisera Safiyya? Aduh!"

  Tangan Malik naik menampar kuat dinding di sebelahnya. Itulah bahananya bila dia tak tanya langsung dekat Aisera fasal nama penuh dia. Macam mana nak tanya dah kalau sebelum kahwin 3 kali saja dia berjumpa dengan Aisera. Kali terakhir dia berjumpa pun waktu dia terserempak dengan Aisera dekat Istana Emerald.

Itupun sebab Aisera yang lari keluar dari bilik.

Akibatnya, kena denda.

Padan muka.

  Kedua-dua tangan Malik naik meraut perlahan wajahnya. Malik bangun dari duduknya dan berdiri di hadapan cermin, matanya naik memandang dirinya melalui pantulan di cermin. Tangan kanan disua ke hadapan seolah-olah dia ingin bersalaman.

"Sahaja aku terima nikahnya Teng... Eh sekejap, kena macam pelik ayat akad nikah aku ni?" soal Malik sendiri. Kenapa eh macam pelik ayat akad nikah? Tak apa kita cuba lain.

"Aku terima nikahnya, Tengku Aisera Qafiyya. Betul tak?"

"Nama penuh Aisera, Tengku Aisera Qafiyya kan?"

"Jap, nanti dekat masjid tok kadi datang tak?"

"Macam mana nanti kalau nak akad nikah tiba-tiba rasa nak membuang tu datang? Teruskan majlis ke pergi membuang dulu? Silaplah pula tak tanya bonda semalam."

  Dan banyak lagi soalan yang Malik sendiri jawab dan balas. Baru sahaja mahu menyoal buat kesekian kalinya, langkah Malik terhenti apabila dia terdengar bunyi ketukan di pintu.

"Siapa tu?!" Nada Malik naik seoktah. Air mineral diambil dan diminum.

"Bakal bapak mertua kamu!"

Uhuk!

  Tangan Malik naik menepuk dada sendiri. Tanpa teragak-agak, Malik terus menuju ke arah pintu. Pintu dibuka dan Raja Arshan Imtiyaz masuk ke dalam bilik, Malik cuma diam memerhati sahaja.

"Malik." Panggil Raja Arshan Imtiyaz, nadanya mula sebak. Tangan naik memegang bahu Malik.

"Ayah tahu yang ayah tak jaga pun Aisera daripada kecil, sempat jaga setahun saja. Tapi ayah yakin, Malik sendiri nampak kan macam mana ayah dengan bonda berusaha nak cari Aisera. Malik nampak kan? Bila bonda dengan ayah jumpa Aisera kami seumpama diberi satu peluang untuk hidup sebagai ibu dan ayah..." Raja Arshan Imtiyaz berjeda seketika. Tubuh Malik ditarik masuk ke dalam dakapannya.

"... Tolong jaga Aisera elok-elok. Andai kata satu hari nanti Malik dah tak sayang dan cintakan Aisera, jangan cakap dekat Aisera. Tapi cakap dekat ayah, lepaskan Aisera dan ayah sendiri yang akan bawa dia balik ke istana. Jaga Aisera, macam mana Malik jaga diri Malik sendiri."

Aisera Arsalan: Bermulanya Kekuatan Empayar Islam ( COMPLETE)  Where stories live. Discover now