bab 30

416 86 1
                                    

KERUSI ditarik, Mariam duduk di hadapan Aisera manakala Puan Atul pula duduk di kepala meja. Karipap diambil dan dengan bacaan bismillah, Mariam menyuap masuk karipap tersebut. Sambil mendengar Puan Atul dan Aisera berbual, Mariam mengambil Satar Ikan dan disuap masuk ke dalam mulut.

"Kamu cadang nak balik bila Aisera?" soal Puan Atul ingin tahu.

"Lambat lagi rasanya. Cuma budak-budak dengan Malik je lah nanti balik dulu. Lagipun, diorang kan dah nak sekolah." tutur Aisera. Puan Atul mengangguk.

"Kamu pula Mariam? Nak duduk dekat sini lama lagi ke?" soal Puan Atul lagi. Mariam mengangguk.

"Haah, cadangnya nak duduk dekat sini lama lagi sebab Mariam baru je habis sambung belajar. Ingat nak rehat-rehat dulu. Kenapa umi tanya macam tu?" soal Mariam pula. Cawan yang berisikan air teh tarik diambil dan dihirup perlahan.

"Umi ingat nak carikan calon untuk kamu, lagipun umur kamu pun dah 30 lebih. Kamu tak nak kahwin ke Mariam? Tak ada calon tak apa, jangan risau umi tolong carikan."

Uhuk!

Tangan Mariam naik menepuk dadanya, bila Puan Atul sebut fasal kahwin terus tersedak air teh tarik. Manakala Aisera pula sudah berdekah dia ketawakan Mariam. Hah padan muka, puas hati aku.

"Hah itulah, dulu ketawakan akak sangat. Padan muka." celah Aisera. Mariam menjeling tajam.

"Ni tengah hari nanti kamu keluarkan Aisera? Nak pergi pejabat Tuanku?" Puan Atul menyoal Aisera, tangannya mencapai satar ikan goreng dan disuap masuk ke dalam mulut.

"Haah, kenapa umi?"

"Baju kamu dah iron dah? Ke belum? Kalau belum kamu pergi seterika cepat. Umi dah masak sangat dah dengan perangai kamu, suka buat kerja last minute. Lepas tu lambat, itu tak termasuk lagi bergaduh dengan awning tudung." bebel Puan Atul.

Mariam pula membuat muka seolah-olah menganjing Aisera. Padan muka, tadi gelak dekat Mariam sangatkan? Aisera menjeling tajam apabila mata dia dan mata Mariam bertembung. Tahu sangat dah perangai adik iparnya seorang ni.

"Tak apalah umi, kalau macam tu Aisera pergi bersiap dulu." ujar Aisera dan bangun dari duduknya, baru sahaja mahu pergi dari situ langkah Aisera terhenti seketika. Aisera beralih memandang Mariam.

"By the way, sebelum akak terlupa. Petang ni nanti Darian akan datang."

"Kenapa cakap dekat Mariam pula?" soal Mariam pelik. Sejak bila ketika masanya pula kalau Darian nak datang sini kena bagitahu dia?

"Kan Mariam suka mengintai Darian."

Puan Atul terus beralih memandang Mariam.

"Dahsyat betul budak ni."

"Umi! Mariam tak macam tulah!"

.

.

AISERA mula berjalan masuk ke dalam pejabat Perdana Menteri Emerald. Sambil berjalan matanya memandang ayat-ayat Al Quran yang tergantung di dinding. Kalau nak diikutkan sebenarnya suasana pejabat Perdana Menteri Emerald dan Alwaritzi tak adalah beza banyak sangat pun. Sama je, setiap sudut ada ayat Al Quran, dan setiap pejabat Menteri juga akan ada ayat al quran, kecuali menteri yang tidak beragama Islam.

  Tiba di hadapan pejabat Raja Arshan Imtiyaz, Aisera mengetuk pintu terlebih dahulu. Dapat kebenaran untuk masuk, Aisera membuka pintu. Dapat dia lihat Raja Arshan Imtiyaz dan Tun Muhammad Iskandar yang sedang berbual di sofa. Kaki mula berjalan merapati dua figura yang ditakuti kuasa luar itu.

"Aisera macam mana? Sihat?" soal Tun Muhammad Iskandar seraya membuka bicara. Aisera mengangguk sambil tersenyum tipis dan duduk di sebelah Raja Arshan Imtiyaz.

Aisera Arsalan: Bermulanya Kekuatan Empayar Islam ( COMPLETE)  Where stories live. Discover now