bab 44

258 45 1
                                    

PINTU kereta dikunci, Mariam mula berjalan masuk menuju ke arah pejabatnya. Sambil berjalan, matanya naik memandang ke arah pejabat. Jam menunjukkan pukul 8 pagi, jadinya tak ramai lagi yang datang kerja.

  Masuk sahaja ke dalam pejabat, Mariam terus duduk di atas kerusi. Fail yang agak berselerak disusun semula. Walaupun tak semuanya fail yang berada di atas meja itu penting, tapi dia tetap periksa juga.

Pintu pejabag diketuk, Mariam terus mengangkat muka.

"Siapa tu?" soal Mariam.

"Raudhah." balas Raudhah, yakni salah satu rakan baik Mariam.

"Masuklah. Tercegat apa lagi dekat luar tu?"

  Pintu pejabat dibuka, seorang wanita yang mengenakan pakaian korporat mula berjalan masuk ke dalam pejabat Mariam sambil membawa satu fail dan juga sebungkus nasi lemak.

"Kau beli nasi lemak dekat aku ke?" soal Mariam. Raudhah mengangguk.

"Haah, aku beli dekat kau. Kenapa? Taknak makan ke? Kalau kau tak nak makan tak apa, aku makan je." tutur Raudhah lalu duduk di hadapan Mariam. Mariam mencebik.

"Aku tanyakan? Kau ni pun."

"Kau jangan tanya soalan bodoh boleh tak?"

"Eh ini bukannya adab dan tatasusila sewaktu berbicara dengan kerabat diraja tau?" tambah Mariam. Raudhah tersenyum sinis.

"Bukan kau ke yang isytiharkan kalau kau dah sarung baju korporat lepastu masuk office tu maknanya kau bukan kerabat diraja? Rasanya kau dah announce kan dalam Instagram haritu? Lupa dah ke?" soal Raudhah dengan nada sinis. Mariam cuma mencebik.

"Kau ada dengar tak baru-baru ni? Ada satu kes yang budak perempuan ni kira-kira dalam 17 tahun, kena rogol dan kena pukul. Polis jumpa dia dalam keadaan yang memang teruk gila." soal Raudhah.

Mariam mengangguk.

"Ada juga aku dengar fasal tu. Tapi mangsa dah sedar dari koma kan? Lepas tu polis pun dah ambil keterangan mangsa dan mulakan siasatan untuk cari suspek." tambah Mariam lagi.

"Aku berani jamin, kes ini akan jadi berat. Tapi, kalau suspek anak orang yang berada dan ada kuasa yang kuat percayalah cakap aku Mariam, kes ni selesai memang cepat. Tapi kau faham-fahamlah sendiri."

Mariam tersenyum sinis. Begitu juga dengan Raudhah. Lumrah sebagai seorang peguam, ada juga peguam yang 'straight-forward' dan ada juga peguam yang tidak 'layak' jadi seorang peguam.

"Undang-undang bukannya untuk melindungi si mangsa. Tapi untuk melindungi mereka yang berkuasa." tutur Mariam.

.

.

CAWAN plastik yang berisikan air kosong diambil, dengan bacaan Bismillah Aisha meneguk air kosong itu.  Buat masa sekarang ini, atas permintaan Aisha sendiri dia mahu berseorangan tanpa siapa-siapa. Walaupun abangnya ada juga menawarkan diri untuk meneman Aisha namun dia menolak sekeras-kerasnya.

  Cermin kecil yang berada di atas meja, diambil. Melalui pantulan cermin tersebut, Aisha menatap wajahnya sendiri. Tangan kanan Aisha naik memegang bibirnya yang pecah dan lebam akibat ditampar dan ditumbuk bertalu-talu oleh Mamat.

"Macam mana aku nak teruskan hidup aku? Dah tak suci, muka pum dah hodoh. Siapa je yang nak ambil aku bekerja?" Aisha meletakkan kembali cermin yang dipegang. Dengan penuh berhati-hati, Aisha bangun dari duduknya. Kaki mula mengatur langkah menuju ke arah tingkap. Tingkap dibuka seluas-luasnya.

  Sejak dia sedar dari koma, fikirannya seolah-olah radio rosak. Tidak berhenti memutarkan detik-detik hidupnya hancur di tangan seorang jantan yang tidak berguna.

"Macam mana kau boleh terus hidup Mamat lepas kau dah hancurkan hidup aku?"

Lelaki.

Sepatutnya ditugaskan untuk menjaga dan melindungi wanita.

Bukannya menganiaya.

  Aisha duduk di atas katilnya kembali. Telefon yang berada di bawah bantal diambil tapi tidak di on. Sejak dia sedar dari koma, telefon ibarat musuh. Entah kawan sekolahnya tahu ataupun tidak apa yang berlaku kepadanya.

Nak bagitahu sendiri?

Tak. Lambat lagi.

  Tambahan pula, kalau boleh dia tak nak semua orang tahu perkara yang berlaku terhadap dirinya. Memang bukan salah dia, tapi stigma dan pandangan masyarakat. Hari demi hari, telinga Aisha terngiang-ngiang akan tomahan dan hinaan yang dia akan hadapi apabila sudah sembuh sepenuhnya.

"Pakai baju ketat-ketat itu yang kena rogol."

"Mesti tak pandai jaga diri, tak pun jenis liar."

"Orang lelaki mana boleh tahan nafsu dia, sebab tu kena rogol."

Dia takut dan tak bersedia lagi.


.

.

SUDU dan garfu diambil, pinggan yang berisikan mee gorang diambil. Dengan bacaan bismillah, Mamat mula menjamu selera. Sambil menjamu selera, mata Mamat tidak berhenti daripada memandang ke arah telefon. Manalah tahu kalau kes rogol Aisha ditutup? Selama 2 bulan, puas dia menyorok dan tidak keluar rumah. Tapi dia sendiri yakin, ada jaminan kalau dia ditangkap polis dan dia dilepaskan semula.

Kedua-dua ibu bapanya ada pengaruh yang tersendiri.

Nak risau buat apa?

  Selesai sahaja makan, Mamat bangun daripada duduknya. Pinggan dibiarkan tidak diangkat dan diletak ke dalam singki, biarlah nanti maid akan angkat dan basuh. Tanpa melengahkan masa, Mamat terus mengambil helmet dan kunci motor. Baru sahaja mahu membuka pintu, pintu rumah sudah terbuka dari luar. Datin Azuna yakni mamanya memegang erat tangannya.

"Kenapa mama? Tepilah, orang nak keluar ni sibuk je. Sanalah." Baru sahaja mahu keluar, sekali lagi Datin Azuna menahan Mamat daripada keluar.

"Kamu ada buat apa-apa ke Mamat? Apa yang kamu buat ni Mamat?" soal Datin Azuna. Mamat terdiam. Apa yang mama dia maksudkan?

"Maksud mama?" soal Mamat seperti orang bodoh. Tangan Datin Azuna naik menampar kuat lengan Mamat, ditariknya lagi tubuh Mamat supaya lebih dekat.

"Kamu buat apa ni Mamat? Sampai polis semua datang rumah ni. Apa yang kamu dah buat ni?!" Nada Datin Azuna semakin meninggi.

  Loceng yang berbunyi membuatkan Datin Azuna semakin panik. Pegangan tangan di lengan Mamat dilepaskan, Datin Azuna membuka pintu rumah. Beberapa orang polis yang mengenakan pakaian beruniform menyapa pandangan mata Datin Azuna.

"Ya? Cari siapa ya?" soal Datin Azuna.

"Ini rumah Datin Azuna ke? Ibu kepada Cik Mamat? Betul?" soal salah seorang polis itu. Datin Azuna mengangguk.

"Ya saya? Kenapa ya?" soal Datin Azuna lagi.

"Cik Mamat Bin Muhammad adalah suspek bagi kes rogol dan pukul terhadap mangsa iaitu Nur Aisha, kamu akan bawa suspek ke balai untuk siasatan lanjut terlebih dahulu. Harap Datin dapat membantu."

  Serentak dengan itu, dua orang pegawai polis masuk ke dalam rumah dan memegang erat tangan Mamat. Gari dibawa keluar dan kedua-dua tangan Mamat digari. Datin Azuna cepat-cepat menuju ke arah anaknya yang sedang berjalan untuk masuk ke dalam kereta polis.

"Encik! Anak saya tak bersalah Encik! Saya yakin yang anak saya tak bersalah, dari kecil saya dah ajar anak saya untuk beradab! Jangan buat macam ini Encik, maruah saya habis tercalar!"

"Datin, kami harap Datin dapat memberi ruang untuk kami lakukan siasatan dan mengambil keterangan. Apa-apa nanti kita selesai dekat balai."

Aisera Arsalan: Bermulanya Kekuatan Empayar Islam ( COMPLETE)  Where stories live. Discover now