bab 9: Permulaan Segala-galanya

756 148 2
                                    

TONG yang berisi nasi lemak diangkat dan diletakkan di dalam raga. Aisera menunggang motosikal menuju ke gerai nasi lemak. Tiba sahaja di gerai, Aisera meletakkan bakul yang berisi tong, bekas sambal dan bahan-bahan nasi lemak yang lain.

Kain lapik meja dibentangkan di atas meja kayu itu. Satu persatu bekas dibuka dan disusun di atas meja. Tong nasi lemak diletak di atas kerusi. Aisera duduk sementara menunggu pelanggan. Telefon dibawa keluar, jarinya menekan aplikasi instagram.

Satu posting berjaya menarik minat Aisera. Tanpa teragak-agak Aisera membaca artikel yang ditulis. Senyuman mula terukir di bibir. Dia teruja sangat sekarang ini apabila artikel tersebut menyatakan bahawa Permaisuri dan Raja dari kerajaan Emerald akan datang melawat di kawasan sekitar istana Alwaritzi. Aisera membetulkan sedikit baju dan ikatan rambut.

"Harap-haraplah diorang singgah dekat kedai nasi lemak ni. Mana tahu boleh ambil gambar."

Aisera menyimpan kembali telefon apabila pelanggan mula singgah di gerai. Nasi lemak diletakkan di dalam kertas minyak, sambal dan ikan bilis dibungkus dengan nasi lemak mengikut pesanan pelanggan. Selesai sahaja membungkus, Aisera menyerahkan nasi lemak tersebut kepada pelanggan. Duit diambil dan disimpan.

"Umi kamu hari ni tak berniaga ke, Ira?" soal pelanggan tetap tersebut. Aisera mengangguk sambil mengemas mejanya yang agak bersepah.

"Haah. Hari ni umi nak rehat sekejap, sebab semalam umi sakit badan dengan pening kepala. Itu yang hari ni Ira bertukar dengan umi, giliran Ira pula jaga kedai." Aisera menghadiakan senyuman tipis.

"Umi kamu tu makcik tak tahulah nak nasihat macam mana. Boleh saja kalau cuti berniaga 2,3 hari. Tapi itulah, macamlah kamu tak tahu umi kamu tu degil! Daripada zaman muda dulu degil. Ingatkan dah tua-tua ni dia punya degil tu dah berkurang, rupanya sama saja." Aisera tertawa kecil.

"Makcik, ni ada kuih kacang. Makcik tak nak cuba ke?" soal Aisera, manalah tahu pelanggan tetap merangkap kawan baik uminya itu mahu mencuba kuih kacang yang dibuat oleh uminya. Boleh tahan juga kuih kacang umi.

"Bolehlah, kamu bagi dekat makcik kuih kacang 2 ringgit lepas tu donut 2 ringgit." Dompet dibawa keluar. Sekeping duit not RM5 diberi kepada Aisera, Aisera menyambut dan bungkusan plastik yang berisi kuih diberikan kepada makcik tersebut.

"Baki itu simpan. Lagipun seringgit saja."

"Betul ke makcik?" soal Aisera tidak percaya. Kalau betul, seronok dapat pelanggan macam ni. Pelanggan yang tak banyak songeh, banyak mengomen.

"Betul. Dah, makcik pergi dulu."

"Terima kasih!"

"Sama-sama."

.

.

TELEFON dicapai. Puan Atul bangun dari berbaring. Nafas ditarik dan dilepas, memandangkan sekarang ini badannya terlalu sakit jadi agak susah untuk dia bergerak ke sana dan ke sini. Puan Atul bersandar di dinding katil. Telefon dibuka, dah tua ni bukannya ada nak update apa-apa pun. Tapi manalah tahu kalau Aisera ada telefon dia waktu dia tengah tidur tadi.

Puan Atul memejamkan matanya. Fikirannya mula teringat akan satu kejadian yang berjaya mengubah hidupnya.

25 tahun yang lalu.

Tubuh bayi perempuan yang masih lagi kecil didakap erat, dia dan seorang wanita dalam pertengahan umur 20-an bersembunyi di belakang pintu. Keadaan di dalam istana kacau bilau, nyawa mereka bertiga bila-bila masa sahaja boleh diambil. Bunyi tentera Emerald dan tentera kuasa luar berbalas tembakan membuatkan dia semakin gerun.

"Atul." panggil perempuan itu, bonda sebenar kepada Aisera Qafiyya.

"Tolong jagakan anak saya." tutur perempuan itu sebelum bangun dari duduknya. Dua pucuk pistol diambil, satu pistol diselot di belakang baju labuhnya.

Aisera Arsalan: Bermulanya Kekuatan Empayar Islam ( COMPLETE)  Where stories live. Discover now