bab 57

288 46 5
                                    

"Pada jam 6 petang semalam, kerajaan Emerald mengesahkan untuk melancarkan boikot secara besar-besaran terhadap pihak United Kingdom iaitu 'Buy British Last'. Menurut Perdan Menteri Emerald iaitu Y.M Tengku Aisera Qafiyya, menurut baginda, boikot ini adalah bertujuan supaya British tidak memandang rendah terhadap Emerald. Malah menurut baginda lagi, walaupun Emerald adalah negara yang kecil itu tidak bermakna Emerald tidak mampu untuk menekan kuasa dunia." -Berita Emerald.

"Semalam, Perdana Menteri Emerald iaitu Y.M Tengku Aisera Qafiyya mengumumkan bahawa Emerald akan melancarkan boikot secara besar-besaran terhadap British iaitu 'Buy British Last' di mana dari segala aspek sama ada ekonomi, pembekal British akan diletakkan sebagai pilihan terakhir." - Berita Alwaritzi.

"Today, the Prime Minister of Emerald, Her Royal Highness, Aisera Qafiyya announce that Emerald will boycott the United Kingdom due to the problem of fee increases for students and the problem of Emerald Airlines not being allowed to land at Heathrow International Airport." - United States News.


.

.

KERETA yang membawa Aisera mula memasuki perkarangan Pejabat Perdana Menteri sambil diiringi beberapa buah kereta. Sebaik sahaja mereka tiba di hadapan pintu pagar, para wartawan mula berpusu-pusu berjalan ke arah kereta Tengku Aisera. Tidak kira sama ada wartawan tempatan ataupun wartawan daripada luar negara.

  Wartawan pula, masing-masing 'berlari lintang-pukang' untuk berdiri dan menunggu ketibaan Perdana Menteri sebaik sahaja Y.M Tengku Aisera Qafiyya mengumumkan bahawa Kerajaan Emerald akan melancarkan boikot terhadap British iaitu, Buy British Last. Di mana dari semua aspek, pembekal ataupun pihak British akan diletakkan sebagai pilihan terakhir. Dan, sekiranya ada beberapa perkara yang memerlukan campur tangan British, perlu melalui Jabatan Perdana Menteri terlebih dahulu.

"Tengku! Apakah tindakan Tengku sebaik sahaja melancarkan boikot ni?"

"Tengku! Apakah sebab utama boikot ini berlaku?"

  Soalan demi soalan yang mula keluar daripada mulut wartawan dibiar seperti angin berlalu. Pintu kereta dibuka, Tengku Aisera Qafiyya berjalan keluar sambil diiringi beberapa orang pengawal. Masuk sahaja ke dalam pejabat, orang pertama yang Aisera nampak ialah Tun Muhammad Iskandar.

"Assalamualaikum Tun, jemput duduk." pelawa Aisera terlebih dahulu. Tun Iskandar cuma mengangguk lalu duduk.

"Beberapa tahun memerintah Emerald. Kamu okay ke Aisera?" soal Tun Muhammad Iskandar. Tengku Aisera Qafiyya cuma mengangguk.

"Okay, Alhamdulillah. Tapi saya yakin yang sebenarnya tujuan Tun datang ke sini bukannya sebab nak tanya sama ada saya ni okay ke tidak. Tun nak tanya tentang apa tu?"

"Buy British Last. Boikot terbesar setakat ini kerajaan Emerald yang saya pernah saya lihat. Di mana Emerald meletakkan pembekal British sebagai pilihan terakhir. Betul? For what?" soal Tun Iskandar lagi.

"Boikot ini dilakukan bertujuan supaya British tidak memandang rendah terhadap Emerald. Hanya disebabkan Emerald adalah sebuah negara kecil itu bukanlah satu penanda aras yang Emerald tidak mampu menekan kuasa dunia. Saya mohon maaf, tapi saya yakin yang Tun tak akan setuju dengan boikot ini memandangkan Tun adalah pro-barat."

"Tindakan kamu seolah-olah tidak mengenang jasa British yang sedikit sebanyak membantu Emerald merdeka." Nada Tun Muhammad Iskandar mula naik seoktah.

"Emerald merdeka selepas jajahan British. Tapi kita bukannya merdeka sepenuhnya Tun, kita cuma merdeka di atas kertas. Hanya disebabkan British yang bagi kita merdeka, tak bermakna  kita kena terima saja apa yang British lakukan. Sewaktu zaman pemerintahan Raja Arshan Imtiyaz Emerald adalah negara blok barat, sebab tu kita banyak dapat bantuan daripada negara-negara barat. Tapi sekarang ini, pemerintahan generasi baharu dan kita ada polisi baru. Emerald sekarang ni adalah negara natural, bukannya blok timur ataupun barat."

Tun Muhammad Iskandar cuma diam tidak menjawab. Dalam hati, mahu saja dia marah akan Aisera yang seolah-olah tidak mengikut corak pemerintahan yang dia mahukan. Malah, sepanjang pemerintahan Y.M Tengku Aisera Qafiyya, antara perkara yang jelas dapat dia lihat ialah Aisera mengamalkan ciri-ciri diktator.

Mengawal hak kebebasan rakyat untuk bersuara dan juga media sosial.

"Sepanjang pemerintah kamu, jelas yang mengatakan kamu mengamalkan ciri-ciri diktator. Kamu langsung tak bagi rakyat kebebasan yang meluas untuk menyuarakan pendapat mereka. Media sosial kamu kawal, ini bukannya janji kamu dengan saya, Aisera." Tun Muhammad Iskandar masih lagi tidak mengalah.

Y.M Tengku Aisera Qafiyya tersenyum sinis.

"Saya mengamalkan ciri-ciri diktator untuk kebaikan negara kita juga. Bukannya saya halang sepenuhnya hak bersuara. Ada juga saya bagi hak bersuara, tapi tak semua perkara memerlukan pendapat rakyat. Lagi satu Tun, saya bukannya buat penghapusan etnik sampai Tun nak labelkan saya sebagau diktator. Saya kawal media sosial atas sebab keselamatan juga..."

"... Zaman sekarang adalah zaman viral. Tun nak contoh? Tak perlu cakap banyak, jumpa abang askar atau polis yang hensem-hensem terus ambil video lepastu up dekat tiktok. Dengan harapan ada jodoh, padahal yang polis tadi tu undercover. And one more thing Tun, i really respect you Tun but in this case i know how to handle this."

Aisera bangun dari duduknya.

"Terima hakikatnya yang Emerald semakin maju. Hanya disebabkan Emerald bukan negara besar itu tak bermakna kita tak mampu nak melawan kuasa dunia."

  Fail diambil dan diberikan kepada Tun Muhammad Iskandar. Tanpa membuang masa, cepat-cepat Tun Muhammad Iskandar membuka fail tersebut. Antara isi kandungan fail tersebut ialah pihak British yang menaikkan kadar yuran sebanyak 3 kali ganda kepada mahasiswa Emerald.

Helaian kedua pula diselak.

  Kali ini, beberapa laporan daripada Emerald International Airport dan juga Emerald Airlines berkenaan dengan sekatan yang dilakukan oleh Pihak British. Hasilnya, jualan dan popariti Emerald Airlines jatuh merudum.

Fail ditutup. Tun Muhammad Iskandar meletakkan kembali fail tersebut di atas meja Aisera.

"Sekarang ni Tun fahamkan kenapa saya mulakan boikot ni? Tujuan boikot Buy British Last dilaksanakan ialah, saya tak nak Kerajaan British memandang rendah terhadap kerajaan Emerald."

.

.

AISERA bangun dari duduknya. Wajah Timbalan Perdana Menteri dipandang.

"Tiada respon dari pihak British?" soam Aisera. Timbalan Perdana Menteri cuma menggeleng.

"Mereka masih lagi menganggap yang Emerald cuma tarik tali sahaja. Langsung tak serius dalam nak betulkan hubungan diplomatik di antara Emerald dan United Kingdom. Kemungkinan British juga menganggap bahawa boikot ini tak akan bagi kesan kepada mereka."

Aisera mengangguk apabila menerima laporan yang keluar dari mulut Timbalan Perdana Menteri.

"British masih lagi dengan ego mereka, dan juga memandang rendah terhadap Emerald. Tak apa, kita tengok sejauh mana British mahu bertegas dengan ego mereka..."

Kali ini, Aisera beralih memandang me arah luar tingkap pejabat.

"... Esok, panggil Gabenor Bank Negara dan pengurus pelaburan datang ke pejabat saya. Kita mulakan serangan tu esok."

Timbalan Perdana Menteri mengangguk.

..

.

Sorry lambat updateee.

Istg memang kena banyak buat research bab ni.

Aisera Arsalan: Bermulanya Kekuatan Empayar Islam ( COMPLETE)  Where stories live. Discover now