bab 47

276 55 5
                                    

2 bulan kemudian.

Hari ini merupakan hari terakhir perbicaraan kes rogol Aisha sekaligus hari untuk menetapkan hukuman yang akan Mamat terima. Dan jujur, Aisha sendiri yakin yang Mamat akan dijatuhkan hukuman penjara. 

  Aisha memperbetulkan sedikit tudung bawal hitam yang tersarung di kepalanya. Kedua-du tangan digenggam kuat seolah-olah menyalurkan semangat. Nafas ditarik dan dihembus berkali-kali. Dengan penuh langkah berhati-hati, Aisha keluar dari biliknya.

Abangnya yang sedang duduk di atas sofa didekati.

"Aisha duduk sekejap. Abang nak cakap satu benda." arah Amsyar. Tanpa membantah kata-kata Amsyar, Aisha terus duduk di sebelah abangnya. Kedua-dua tangan Aisha masih lagi saling menggenggam antara satu sama lain.

"Adik okay ke? Kalau adik tak okay takpa, adik duduk je rumah biar abang pergi mahkamah seorang." tutur Amsyar.

Aisha cuma diam tidak menjawab.

"A-adik okay abang."

"Tapi kenapa abang tengok Aisha macam tak okay? Kalau Aisha rasa tak okay tak apa. Janganlah paksa sangat diri tu. Trauma adik pun tak habis sembuh lagi, kalau adik rasa macam tak boleh nak pergi mahkamah, tak apa abang faham. Adik sekarang ni mungkin dah sembuh fizikal, bekas lebam adik pun dah mula hilang, adik pun dah boleh berjalan dengan betul. Tapi emosi adik masih lagi tak sembuh..." Amsyar berjeda seketika. Naik pening juga kadang-kadang dia dengan perangai adiknya seorang ni.

"... Abang bukannya nak patahkan semangat Aisha, tapi Aisha kena ingat yang Aisha dah tak macam dulu. Kalau dulu ya abang faham, Aisha ni suka berdikari, tak nak susahkan abang, tak suka nak bergantung harap dekat abang. Tapi itu dululah Aisha. Sekarang ni abang nak kalau boleh Aisha bergantung harap dekat abang seorang saja. Boleh tak?"

Aisha cuma diam tak berkutik.

.

.

SAMPAI sahaja di mahkamah, Amsyar terus memarkirkan kereta di parkir yang disediakan. Amsyar dan Aisha keluar daripada kereta dan berjalan masuk ke dalam ruang perbicaraan, sampai sahaja di luar ruang perbicaraan, beberapa orang polis yang membawa Mamat masuk ke dalam ruang perbicaraan terlebih dahulu, dan diikuti Datin Azuna.

"Jom adik." Amsyar mula meraih tangan adiknya, mereka berdua melangkah masuk ke dalam ruang perbicaraan. Sementara menunggu kemasukan ketua hakim dan hakim-hakim yang lain, Aisha beralih memandang Mamat buat seketika waktu. Mamat juga turut memandang Aisha, satu senyuman manis diberikan Aisha. Aisha cepat-cepat beralih memandang Datin Azuna pula.

  Sedar akan Aisha yang daripada tadi tidak lepas daripada memandangnya membuatkan dia tidak selesa. Satu jelingan maut diberikan kepada Aisha, Aisha beralih memandang abangnya pula.

"Insya-Allah, adik janganlah risau. Abang ada dengan adik."

  Masuk sahaja Ketua Hakim dan dua orang hakim yang lain, mereka yang berada di situ terus bangun sebagai tanda hormat dan duduk semula. Dan daripada tadi juga, Amsyar perasan akan perubahan ketar Aisha. Kedua-dua tangan Aisha mula menggeletar. Amsyar beralih memandang Datin Azuna, dari gaya pakaian sahaja sudah tahu yang dia mempunyai pengaruh, sekaligus berkuasa.

  Sepanjang perbicaraan akhir berlangsung, Aisha sedaya-upaya menahan tangannya supaya tidak menggeletar dengan lebih kuat. Wajah Amsyar disebelah dipandang, entah kenapa Aisha rasa tak sedap hati. Tambahan pula sakit hati apabila melihat wajah Mamat yang seolah-olah tidak bersalah.

  Hampir 1 jam lebih perbicaraan berlangsung, dan kini sudah tiba masanya untuk Ketua Hakim memutuskan sama ada Mamat bersalah ataupun tidak. Kedua-dua tangan Aisha mula memegang tangan Amsyar. Entah kenapa, saat ini nafas Aisha seolah-olah terhenti.

"Dengan ini, saya memutuskan bahawa..." Ketua Hakim berjeda seketika, kedua-dua anak matanya naik memandang seluruh ruang perbicaraan ini.

"... Mamat bin Dato' Muhammad tidak bersalah memandangkan bukti-bukti yang dikemukakan tidak kukuh dan juga terdapat unsur-unsur penipuan bukti."

Tok!

Tok!

Tok!

Zzap!

  Hampir luluh jantung Aisha. Anak matanya naik memandang Mamat dan Datin Azuna yang sedang berpelukan sambil tersenyum girang. Kedua-dua tangan Aisha yang daripada tadi menggeletar berubah menjadi penumbuk.

Penumbuk yang menyimpan dendam.

Penumbuk yang mahu membunuh.

"A-Aisha." panggil Amsyar. Aisha diam tidak menoleh ke arahnya. Sementara itu peguam bagi pihak Aisha berjalan menuju ke arah mereka, Amsyar bangun dari duduknya.

"Saya minta maaf. Dan juga Inspektor minta Encik Amsyar dan Cik Aisha pergi ke balai polis. Saya beransur pergi dulu, Assalamualaikum." Peguam bagi pihak Aisha melangkah keluar dari ruang perbicaraan tersebut. Tanpa disuruh, Aisha bangun dari duduknya. Baru sahaja mahu keluar, Datin Azuna dan Mamat berjalan betul-betul dihadapannya. Masing-masing menghadiahkan senyuman manis kepada Aisha. Terutama sekali, Mamat.

"Aku menang Aisha." bisik Mamat, cukup untuk dia dan Aisha seorang sahaja dengar.

Keluar sahaja Mamat dan Datin Azuna, Aisha masih lagi statik berdiri. Sekarang ini cuma tinggal mereka berdua sahaja di dalam ruang perbicaraan ini.

Jauh dalam sudut hati Aisha, ada dendam yang dia tanam terhadap Mamat.

'Aku bunuh kau Mamat.'

.

.

SAMPAI sahaja di balai polis, Aisha dan Amsyar berjalan masuk menuju ke pejabat Inspektor Hisyam. Masuk sahaja ke dalam pejabat, dapat Aisha lihat adanya beberapa orang polis, Datin Azuna dan Mamat. Aisha mengangkat  muka memandang wajah Datin Azuna.

Datin Azuna maju beberapa langkah mendekati Aisha. Cek kosong dibawa keluar.

"Macam nilah, apa kata awak ambil cek kosong ni and then awak tulis berapa banyak yang awak nak. Don't worry saya ada duit dan saya boleh bayar asalkan awak tutup mulut awak." sebuah cek kosong diletakkan di atas tangan Aisha. Datin Azuna tersenyum manis, dalam hati sudah berharap supaya dia dapat 'membeli' Aisha.

Aisha tersenyum sinis.

"Saya tak murah Datin. Saya mungkin dah tak suci dan dah tak ada harapan untuk meneruskan hidup. Tapi sekurang-kurangnya saya masih lagi ada maruah sebagai seorang wanita. Apa yang saya pertahankan ni adalah maruah saya sebagai seorang wanita." Tegas sahaja nada Aisha. Datin Azuna tersenyum sinis, tangan kanannya naik memegang bahu Aisha dan dicengkam kuat sedikit.

"Maruah? Kau tu dah tak suci. Tak payahlah nak berlagak macam kau tu masih lagi dara. Kau rasakan ada ke yang nak kahwin dengan kau? Muka kalau cantik tapi kalau dah jadi barang secondhand pun tak guna juga. Kau ambil jelah duit ni, anggap sajalah ni sebagai bayaran tubuh kau tu..."

"... Kau tu dah tak suci. Kau nak aku ulang lagi? Dah. Tak. Suci! Tak payahlah nak berlagak sangat! Ambil dahlah duit ni? Kalau kau mengandung sekalipun, kau guna duit ni untuk gugurkan kandungan. Berapa harga kau? 100 ribu? 200 ribu? Hah tulis sajalah. Apa susah sangat?"

Pang!

  Satu tamparan mengena tepat di pipi kanan Datin Azuna. Datin Azuna terdiam. Aisha maju dua langkah kedepan. Tangan kanannya naik mencengkam kuat sanggul Datin Azuna. Amsyar dan beberapa orang polis yang lain tergamam melihat tindakan Aisha.

"Saya memang dah tak suci. Tapi jangan duit Datin tu boleh beli saya. Saya cuma nak Datin ingat yang saya sekarang ni cuma pertahankan maruah saya sahaja. Bukannya sebab saya nak duit..." Aisha berjeda seketika.

"... Kadang-kadang, sebagai seorang perempuan kita mungkin akan kehilangan segala-galanya termasuklah hilang kehormatan yang kita jaga. Tapi saya nak datin tahu yang, saya tak akan pernah hilang maruah saya. "

"Dan saya juga nak datin tahu, Aisha. Hidup. Bukan. Bergantung. Kepada. Lelaki. Jadi kalau ada lelaki yang tak nak ataupun jijik dengan saya, I don't care. Sebab saya bukannya hidup untuk lelaki. Saya hidup untuk diri saya sendiri."

"Datin dengan Dato' boleh bayar polis dan juga peguam untuk tutup kes saya. Saya tak ada duit dan tak ada kuasa, tapi saya doa supaya Allah balas apa yang Dato' dan Datin buat dekat saya. Tanpa sebarang kata maaf, kau ingat kau boleh beli aku? Aku tak murah. "

Aisera Arsalan: Bermulanya Kekuatan Empayar Islam ( COMPLETE)  Where stories live. Discover now