bab 18

626 92 1
                                    

KAKI mula melangkah bagi menyamai kedudukan di antara dia dan Malik. Sampai sahaja di hadapan kereta, Aisera memegang tangan suaminya. Malik terus beralih memandang ke belakang.

"Saya tahu yang awak mungkin rasa tak sedap hati, ataupun ada sesuatu yang akan berlaku bila ayah dengan bonda pergi BBC nanti. Tapi janganlah awak tunjuk sangat. Kawal sikit riak muka awak tu. Orang takkan faham apa yabg kita rasa."

Malik diam. Tangannya men98ggengam perlahan tangan Aisera.

"Baik. Terima kasih atas nasihat awak. Nanti awak masuklah bilik, berehat dulu. Lagipun tadi lepas subuh awak langsung tak rehat, nanti penat." pesan Malik. Aisera cuma mengangguk sahaja.

"Saya pergi dulu, Assalamualaikum." Malik melangkah masuk ke dalam kereta. Keluar sahaja kereta yang membawa Malik dari perkarangan istana Alwaritzi Aisera terus berjalan menuju ke dapur diraja.

  Sampai sahaja di dapur, beberapa orang pekerja istana yang sedang memotong, memasak dan menumbuk bahan-bahan untuk makan tengah hari terus tunduk sebagai tanda hormat. Aisera cuma senyum tipis sahaja.

"Tak apa, sambunglah kerja." arah Aisera. Pekerja-pekerja di istana mula menyambung kerja mereka kembali. Aisera mengambil cawan, air mineral di isi ke dalam cawan kosong. Dengan bacaan bismillah Aisera meneguk perlahan air mineral tersebut.

  Kaki mula melangkah keluar dari dapur diraja. Kaki dibawa menuju ke arah bilik, dia nak berehat sebentar. Lagipun selepas subuh tadi dia langsung tak tidut ataupun berehat, jadi agak penat sikitlah. Baru mahu masuk ke dalam bilik, langkah Aisera terhenti apabila suara Mariam memanggilnya.

"Akak." panggil Mariam lalu berdiri di hadapan Aisera.

"Mariam dengan bonda ada benda nak cakap sikit dengan akak. Akak okay kan?"

.

.

"AISERA dengan Malik bergaduh ke?"

  Soalan yang meluncur keluar daripada mulut Permaisuri Arya Khadijah membuatkan Aisera terdiam seketika. Aisera mengangkat mukanya memandang ibu mertuanya dan juga Mariam.

"Taklah. Cuma pagi tadi Malik rasa macam tak sihat sikit." Aisera ukirkan senyuman tipis kepada Mariam dan Permaisudi Arya Khadijah.

"Kalau abang Malik rasa tak sihat kenapa dia berkeras juga nak pergi pejabat?" suara Mariam yang mencelah membuatkan Aisera terdiam seribu bahasa.

"Sebab abang tak naklah nanti ayah sambut duta yang dari US seorang diri. Lagipun bonda dengan Mariam janganlah risau, kami berdua tak bergaduh pun."

"Kalau tak bergaduh tu baguslah. Bonda bukan apa, bonda tak kisah langsung kalau korang nak bergaduh sebab lumrahlah bergaduh dengan pasangan. Tapi kalau bergaduh, janganlah sampai masam muka depan orang. Tak manis. Orang takkan faham keadaan kita, nak gaduh boleh. Tapi jadi profesional."

  Kata-kata nasihat yang keluar dari mulut Permaisuri Arya Khadijah membuatkan Aisera terdiam. Dalam tegas, ada juga kata-kata nasihat yang terselit. Permaisuri Arya Khadijah tidak ubah seperti suaminya juga, Raja Muhammad Arsalan.

"Sebelum bonda terlupa, minggu depan bonda akan ikut ayah pergi ke US. Ayah kamu dijemput ke BBC. "

"Bonda pergi berapa lama?" soal Mariam ingin tahu. Tambahan pula, minggu depan kakak iparnya juga akan pulang ke Emerald. Bosanlah dia nanti.

"Entahlah, bonda pun tak beberapa pasti sangat. Tapi minggu depan Aisera pun dah nak balik Emerald kan?" soal Permaisuri Arya Khadijah. Aisera mengangguk.

"Haah bonda, tapi kalau bonda pergi US lama Aisera boleh je duduk sini lama sikit. Tak adalah Mariam bosan sangat."

  Aisera bangun dari duduknya dan mengambil bekas tupperware yang berisikan kerepek pisang. Aisera duduk kembali di meja makan, air teh tarik dituang ke dalam cawan.

"Betul juga tu. Bonda kan nak pergi lama, kalau kak Aisera ada dekat sini tak adalah Mariam ni bosan sangat." Mariam mengambil kerepek pisang dan disuap masuk ke dalam mulutnya.

"Aisera macam mana? Boleh ke nak teman budak tak matang ni? Kalau tak boleh tak apa, biasalah Mariam ni memang mengada sikit."

  Aisera dan Permaisuri Arya Khadijah tertawa besar. Lain pula bagi Mariam yang sudahpun merah muka. Tapi ada betulnya juga, Mariam kadang-kadang memang tak matang. Biasalah, anak manja.

"Boleh je bonda."

  Suasana di antara Aisera, Mariam dan Permaisuri Arya Khadijah mula senyap. Malas mahu melengahkan masa Aisera terus meminta diri untuk masuk ke dalam. Maklumlah, penat memasak. Sambil berjalan menuju ke bilik Aisera memandang beberapa potret gambar kerabat diraja Alwaritzi. Malah ada juga gambar sewaktu Malik kecil.

  Pintu bilik dibuka dan dikunci dari dalam. Tudung sarung hitam dibuka dan diletakkan di atas sofa. Remote tv dicapai, siaran yang memaparkan berita semasa dunia dibuka. Sementara menunggu iklan habis, Aisera duduk di atas katil. Tangannya naik memicit dahinya.

"Pada minggu hadapan, Perdana Menteri Alwaritzi, Raja Muhammad Arsalan akan berangkat ke United Kingdom bagi menghadiri wawancara BBC. Antara topik menarik yang bakal disoal ialah tentang gelaran anti semitik dan juga tentang palestin dan Israel."

  Aisera yang sedang memejamkan mata terus terbuka mata dan memandang televisyen yang sedang menyiarkan berita tentang Raja Muhammad Arsalan dan Permaisuri Arya Khadijah yang akan berangkat ke UK pada minggu hadapan.

Aisera terdiam.

Inikah yang Malik terlalu risaukan?

.

.

MALIK dan Raja Muhammad Arsalan mula melangkah keluar daripada kereta. Beberapa pasukan tentera Alwaritzi juga turut berada di lapangan terbang. Pintu pesawat kapal terbang Amerika Syarikat dibuka, terdapat puluhan orang yang ditugaskan untuk mengiringi Presiden Amerika Syarikat keluar terlebih dahulu. Malah, terdapat juga beberapa wartawan daripada luar negara yang turut datang ke Alwaritzi.

"Presiden Amerika Syarikat iaitu Joe Ramsey selamat tiba di Alwatritzi pada jam 5.30 petang, waktu tempatan. Dikhabarkan lawatan Presiden Amerima Syarikat ke Alwaritzi selama 3 hari adalah bertujuan untuk melawat industri pertanian Alwaritzi. Perdana Menteri Alwarizti iaitu Raja Muhammad Arsalan dan anaknya iaitu Tengku Malik Arsalan turut mengiringi kehadiran Presiden Amerika Syarikat." tutur salah seorang wartawan yang bertugas untuk membuat liputan.

  Presiden Amerika Syarikat mula menuruni anak tangga satu persatu. Sampai sahaja di bawah, Raja Muhammad Arsalan menghulurkan tangan untuk berjabat tangan dan begitu juga dengan Malik.

"Welcome to Alwaritzi." tutur Raja Muhammad Arsalan. Presiden Amerika Syarikat mengangguk sambil tersenyum tipis.

"Thank you for welcoming me, Arsalan." balas Presiden Amerika Syarikat sebelum berjalan menuju ke kereta yang disediakan oleh kerajaan Alwaritzi.

"You're welcome." Sambil berjalan menuju ke arah kereta, Raja Muhammad Arsalan dan Presiden Amerika Syarikat, Joe Ramsey berbual. Antara topik yang mereka bualkan ialah hubungan dua hala di antara Alwaritzi dan Amerika Syarikat.

  Masuk sahaja ke dalam kereta, beberapa buah kereta mula mengiringi kereta yang membawa Presiden Amerika, Raja Muhammad Arsalan dan Tengku Malik Arsalan. Memandangkan Malik dan ayahnya naik satu kereta jadi mudahlah untuk mereka berdua berbual. Semasa perjalanan menuju ke kediaman rasmi Perdana Menteri yang khas untuk tujuan rasmi negara, beberapa buah motor dan juga kereta polis yang bertujuan untuk "membuka jalan" berada di hadapan sekali.

  Kereta yang berada di bahagian kiri ditolak supaya masuk ke dalam lorong kecemasan manakala kereta di bahagian kanan pula ditolak supaya rapat ke arah pembahagi jalan. Bahagian lorong tengah yang kosong memudahkan lagi untuk mengiringi kereta yang membawa Presiden Amerika Syarikat, Raja Muhammad Arsalan dan Tengku Malik Arsalan.

  Sampai sahaja di kediaman rasmi Perdana Menteri, masing-masing mula turun daripada kereta. Pengawal yang sudahpun bersiap sedia untuk mengiringi tiga orang kenamaan mula mengiringi. Malah terdapat juga tentera yang ditugaskan untuk mengiringi ke mana sahaja mereka pergi.












.

Sorry lambat update!

By the way, saya update Aisera Arsalan  dengan Rihanna Fierna Darlenr sempena merdeka. Hehe

Aisera Arsalan: Bermulanya Kekuatan Empayar Islam ( COMPLETE)  Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu