Epilog: Buy British Last, Dawn Raid, Palestine Topics in PBB.

468 46 22
                                    

KAKI Aisera mula berjalan keluar daripada pejabat. Keluar sahaja daripada lif, beberapa orang pengawal mula berjalan merapatinya, sekaligus bertugas untuk mengiringinya. Hari ini, Y.M Tengku Aisera Qafiyya akan memberi kenyataan rasmi tentang Serangan Subuh dan Buy British Last yang menjadi tanda tanya.

  Sampai sahaja di ruang pengumuman, pintu mula dibuka dari dalam. Aisera masuk sambil diiringi beberapa orang pengawal, kemudian Aisera naik ke atas pentas yang agak tinggi dan membolehkan Aisera untuk melihat semua wartawan di situ. Mikrofon diperbetulkan sedikit.

"Tujuan saya membuat ataupun melakukan press conference ini ialah saya ingin mengeluarkan kenyataan rasmi berkenaan dengan Serangan Subuh dan Kempen Boikot Buy British Last yang dilaksanakan oleh Kerajaan Emerald baru-baru ini. Banyak sebab dan faktor Kerajaan Emerald bertindak untuk memboikot British

"... Sekaligus tujuan Kerajaan Emerald melakukan Serangan Subuh ataupun Dawn Raid ini adalah untuk memberi peringatan kepada pihak British supaya tidak memandang rendah terhadap Kerajaan Emerald. Hanya disebabkan Kerajaan Emerald adalah bekas tanah jajahan British ianya bukanlah satu alasan kukuh buat kerajaan British untuk memandang rendah dan meremeh-remehkan Kerajaan Emerald." 

"Tuanku! Bagaimana pula hubungan diplomatik Emerald dengan British? Adakah ianya akan memberi kesan sebab Kerajaan Emerald sudahpun membuat satu langkah yang akan memberi kesan kepada hubungan diplomatik." soal salah seorang wartawan di situ.

Aisera berjeda seketika.

"Kalau Pihak British tidak memulakan dan memandang rendah kepada Kerajaan Emerald, Emerald tidak akan mulakan serangan ini. Hanya disebabkan British ialah salah satu kuasa besar di dunia dan juga politik antarabangsa ianya bukan satu penghalang untuk Emerald memberi pengajaran kepada mereka. Tujuan Emerald melakukan boikot ini juga supaya British tidak lagi memandang rendah dan menganggap bahawa Kerajaan Emerald adalah satu kerajaan ataupun negara yang lemah kepimpinannya."

"Saya juga akui dan tidak menafikan sama sekali bahawa Emerald adalah negara kecil. Tapi itu bukan satu alasan untuk British pijak Emerald. Emerald masih lagi ada maruah dan tujuan Boikot Buy British Last dan Dawn Raid dilakukan ialah untuk menunjukkan bahawa Emerald mampu untuk melawan kuasa dunia."

.

.

5 tahun kemudian.

"Jam 8 malam, dunia Islam digemparkan dengan serangan zionis Israel yang bertindak menyerang dan meletupkan beberapa tempat di sekitar masjidil al-aqsa. Ramai orang awam yang cedera dan maut, antara yang maut ialah 10 orang, 9 orang kanak-kanak dan seorang warga emas. "

-Berita Emerald.

"Last night, the zionist Israel

.

2032.

New York.

PESAWAT yang membawa ketibaan Y.M Tengku Aisera Qafiyya mula mendarat di Lapangan Terbang John F. Kennedy Airport. Puluhan orang polis Amerika Syarikat ditugaskan untuk mengiringi dan escort Y.M Tengku Aisera Qafiyya iaitu Perdana Menteri Emerald. Ketibaan Aisera di New York kali ini tidak keseorang tetapi ditemani oleh anak sulung lelakinya iaitu Mikael. Cuma Mikael sahaja yang ikut.

  Pintu pesawat dibuka, polis mula berjalan mendekati pesawat untuk memastikan keselamatan Aisera dan Mikael terjamin. Aisera turun daripada pesawat terlebih dahulu manakala Mikael pula 5 langkah ataupun anak tangga ke belakang memandang itu adalah protokol diraja yang perlu dipatuhi.

  Cecah sahaja kaki Tengku Aisera Qafiyya di bumi Amerika Syarikat, rata-rata polis yang berdiri tidak kiralah polis Emerald ataupun polis Amerika Syarikat masing-masing menundukkan kepala mereka memandangkan itu ialah salah satu protokol diraja baharu yang diperkenalkan oleh Aisera.

Aisera Arsalan: Bermulanya Kekuatan Empayar Islam ( COMPLETE)  Where stories live. Discover now