Bab 58

309 45 2
                                    

Jabatan Kawalan Udara Subang.

MASING-MASING di situ memandang skrin komputer yang memaparkan tahap keselamatan udara Subang, melalui radar dan satelit keselamatan.

"17 ogos, 2027 hari Selasa jam 9 pagi, kawasan udara Lapangan Terbang Subang selamat. Tiada tanda-tanda pencerobohan yang kami peroleh daripada bahagian keselamatan."

Butang ditutup, Tuan Razman bangun dari duduknya sebaik sahaja menerima laporan daripada bahagian keselamatan. Baru sahaja mahu keluar dari pejabatnya, butang yang menunjukkan tahap keselamatan Lapangan Terbang Subang mula berubah warnanya. Daripada warna hijau menjadi warna oren. Tuan Razman cepat-cepat duduk kembali.

"Kod 1, tanda-tanda pencerobohan mula dikenal pasti. Bahagian keselamatan, take any action now!" arah Tuan Razman. Ketua bagi bahagian keselamatam pula, Tuan Muhammad mula memerhati setiap satu skrin komputer di situ.

"Bahagian keselamatan bercakap, tanda pencerobohan mula dikesan."

Kali ini, Tuan Muhammad yang mewakili bahagian keselamatan mula membuka skrin komputer yang menunjukkan kawasan merah, iaitu kawasan ruang udara yang sudah diceroboh. Kamera di satelit di zoom sehabis baik.

Tangan Tuan Muhammad mula menaip nama pesawat yang tertera di situ.

British Supersonic, Concorde.

Butang yang menghubungkan di antara Tuan Muhammad dan Tuan Razman ditekan, talian mula terhubung.

"Its British Supersonic, Concorde. No signs of an attack will be launched. The British Supersonic Concorde only invaded the airspace of Subang Airport without issuing any sign of wanting to attack."

Laporan yang diberikan oleh Tuan Muhammad dihadam sehabis baik. Tuan Razman mengangguk.

.

.

Pejabat Perdana Menteri.

LAPORAN yang diterima olehnya kira-kira 3 jam sebelum tadi dibaca sehabis baik. Dato' Baharuddin bangun dari duduknya. Laporan dipegang, dia berjalan keluar menuju ke pejabat Y.M Tengku Aisera Qafiyya yang beza 2 aras di atas daripadanya. Keluar sahaja daripada lif, Dato' Baharuddin yang merangkap sebagai Timbalan Perdana Menteri berjalan menuju ke arah pejabat Perdana Menteri.

"Dato' nak berjumpa dengan Tengku atas urusan apa?" soal Mariana. Dato Baharuddin beralih memandang Mariana, kertas laporan yang menunjukkan pencerobohan ruang udara di tunjuk sekilas.

Mariana mengangguk.

Dato Baharuddin masuk ke dalam pejabat Perdana Menteri. Tengku Aisera yang baru sahaja selesai mesyuarat online bersama-sama dengan pihak kedutaan Emerald di India, terus bangun dari duduknya.

"Yes? Ada apa? Without any appoinment, I'm pretty sure that there is something that you need to discuss with me as soon as possible. Duduk." arah Aisera. Dato Baharuddin menundukkan sedikit badannya, dan duduk di hadapan Tengku Aisera.

"I'm so sorry sebab ganggu Tengku. But in this case, I need to inform you as soon as possible since kita boleh anggap perkara ini adalah ancaman daripada British." tutur Dato Baharuddin. Aisera pula, sebaik sahaja mendengar nama British terus berubah riak wajahnya.

"Come, give me the report." arah Aisera. Laporan daripada pihak kawalan Lapangan Udara Subang bertukar tangan. Tengku Aisera membuka dan membaca satu-persatu maklumat tentang pencerobohan ruang udara tersebut. Selesai sahaja membaca dan menganalisis maklumat tersebut, Tengku Aisera meletakkan kembali laporan tersebut. Kaca mata ditanggalkan.

"Walaupun pencerobohan udara berlaku, tapi buat masa sekarang ni tiada tanda-tanda yang menunjukkan British akan melancarkan serangan udara di Emerald." tambah Dato Baharuddin lagi. Tengku Aisera mengangguk.

"Yes, for now memang tiada lagi tanda-tanda yang British akan lancarkan serangan. But how about if British serangan tanpa sebarang amaran? Kena ingat, kalau pihak British dah berani nak ceroboh ruang udara Subang ini maknanya British tidak akan teragak-agak untuk serang Emerald." balas Tengku Aisera Qafiyya. Dato Baharuddin mengangguk.
"Jadi sekarang ni, apa rancangan Tuanku?"

"Kalau British masih lagi hantar pesawat untuk ceroboh ruang udara Emerald, arahkan pihak Tentera udara untuk lancarkan serangan kepada pesawat British. Ini juga menunjukkan tanda bahawa Emerald tidak akan teragak-agak untuk melawan."

Dato Baharuddin mengangguk dan menundukkan sedikit tubuhnya sebelum dia melangkah keluar dari pejabat Tengku Aisera Qafiyya.

.

.

GABENOR Bank Negara dan beberapa orang yang memainkan peranan penting dalam pengurusan kewangan negara mula berjalan memasuki bilik mesyuarat yang berada di pejabat Gabenor Bank Negara.

Tun Azman Ali selaku Gabenor Bank Negara Emerald duduk di kepala meja, masuk sahaja beliau ke dalam bilik mesyuarat masing-masing terus bangun dari duduk. Kedua-dua mata Tun Azman Ali memerhati setiap satu susuk tubuh figura yang hadir ke mesyuarat ini. Tiada seorang pun yang tidak hadir.

"Duduk." arah Tun Azman Ali lalu duduk di atas kerusi. Nafas diambil dan dihembus berkali-kali.

"Seperti yang kita semua sedia maklum, semenjak Tuanku Aisera Qafiyya iaitu Perdana Menteri kita mengumumkan bahawa kita melancarkan boikot Buy British Last, iaitu dengan meletakkan British sebagai pilihan terakhir dalam semua aspek..." Tun Azman Ali berjeda seketika.

"... Apabila Tuanku mengumumkan bahawa kita akan memboikot British dari semuas aspek, melainkan ada beberapa perkara ataupun urusan yang perlu melibatkan pihak British akan melalui Jabatan Perdana Menteri terlebih dahulu." tambah Tun Azman Ali.

"Jadi, tujuan saya panggil kamu semua untuk hadiri mesyuarat ini ialah, kita juga akan terlibat dalam kempen memboikot British. Di mana, saya sudahpun berbincang dengan Tuanku. Antara strategi yang akan kita lakukan untuk memboikot bank-bank daripada British ialah pihak Bank Negara Emerald akan mengurangkan hak pembukaan Bank yang berasal daripada British, berkuat kuasa serta merta. Antara sebab-sebabnya ialah selaras dengan polisi anti-British yang dilancarkan baru-baru ini. Faham?" soal Tun Azman Ali. Rata-rata barisan pengarah urusan setiap bank di situ mengangguk akan tanda faham.

"... Dan, strategi yang seterusnya pula ialah wang ataupun aset Emerald yang berada di dalam bank-bank yang berkait rapat dengan British akan dibawa keluar berkuat-kuasa hari ini. Dan juga, tujuan saya panggil kamu semua untuk hadir ke mesyuarat inu adalah untuk tahu, sama ada kamu ada cadangan, sokongan ataupun bantahan terhadap strategi untuk memboikot British ini. Ketiga-tiga perkara ini saya akan terima dan jawab."

"Jadi... anyone?" soal Tun Azman Ali. Matanya naik menumpu terhadap seorang CEO syarikat perbankan yang berkait rapat dengan British, malah salah seorang wakil dari kerajaan British juga merupakan pemegang saham terbesar.

"Bantahan."

"Silakan."

"Macam mana kalau syarikat perbankan saya tidak mahu terlibat dan menolak strategi untuk memboikot ini secara terang-terangan? Maaf, tapi saya lebih mengenang jasa British. And Tun juga tahu yang pihak British banyak membantu saya. Macam mana saya nak terlibat kalau saya sendiri bersahabat baik dengan British? Hanya disebabkan British agak melampau kebelakangan ini, itu bukannya satu peluang untuk melancarkan boikot in. British juga berjasa terhadap Emerald. Tindakan Emerald ini sangatlah tidak rasional dengan memboikot British-"

"Kalau macam itu ubah status kewargenegaraan kamu dan keluar dari Emerald. Emerald tidak memerlukan tokoh pemimpin bodoh seperti kamu."

Tegas sahaja nada Tun Azman Ali.

Aisera Arsalan: Bermulanya Kekuatan Empayar Islam ( COMPLETE)  Where stories live. Discover now