bab 39: Razia Sultan

316 63 0
                                    

KERETA yang membawa Sultan Tengku Aisera Qafiyya mula memasuki perkarangan pejabat Perdana Menteri. beberapa orang wartawan yang daripada tadi setia menunggu mula mengerumuni kereta, begitu juga dengan cameraman. Pengawal peribadi membuka pintu kereta sebaik sahaja kereta berhenti, Aisera keluar dari kereta. Beberapa orang pengawal mula mengawal Aisera dengan ketat.

"Sila beri jalan untuk Tuanku!" Salah seorang pengawal peribadi Aisera mula lantang bersuara apabila Aisera dan pengawal yang lain tidak dapat berjalan kerana wartawan, kameraman dan beberapa orang penyokong Aisera mula mengerumuni mereka.

"Hidup Tuanku!"

"Hidup Tuanku!"

Laungan demi laungan mula bergema. Malas mahu melengahkan masa, pengawal peribadi Ratu Aisera Qafiyya mula menolak mereka yang menghalang laluan Aisera. Sampai sahaja di hadapan pintu masuk pejabat, wartawan yang setia menunggu di situ mula mengambil gambar Aisera yang sedang berjalan masuk menuju ke tempat untuk mengambil gambar.

Menteri-menteri yang lain mula berbaris dan Aisera berdiri di tengah. Flash kamera mula tertumpu kepada barisan menteri. Kemudian, menteri-menteri yang lain mula keluar dari barisan dan cuma tinggal Aisera seorang sahaja.

"Tuanku! Pandang sini!" Laung salah seorang wartawan di situ. Aisera cuma tersenyum, flash camera mula memancari wajah Aisera. Selesai sahaja sesi mengambil gambar. Aisera berjalan sambil diiringi oleh pengawal peribadinya, suara-suara wartawan yang bising menyoal beberapa soalan cuma dibiarkan sahaja.

"Sultanah! Apakah pandangan Sultanah tentang pandangan dunia yang semakin lama semakin memandang serong terhadap Islam?!"

  Aisera berhentu berjalan sejenak. Wartawan dan kameraman yang berada di situ turut berhenti berjalan dan mundur beberapa langkah kebelakang. Soalan itu. Dua perkara yang berjaya menarik perhatian Aisera. Pertama, gelaran yang dipanggil oleh wartawan itu iaitu 'Sultanah' dan isu yang disoal oleh wartawan tersebut.

Tahniah,

Soalan paling 'mahal' yang pernah keluar dari mulut seorang wartawan.

"Sebagai salah seorang Perdana Menteri yang memimpin sebuah negara yang memiliki pengaruh kuat dalam dunia Islam, saya tak akan terlepas pandang hal itu. Islam dituduh dengan perkara yang mereka sendiri tidak buat, dan itu adalah perkara yang salah. Dan mereka, wanita yang beragama Islam dituduh ada bom dibalik hijab yang mereka kenakan. Islamophobia adalah virus yang kesannya lebih bahaya daripada virus yang lain, ianya merebak dengan cepat dan membenci individu yang menganut agama Islam tanpa satu alasan yang kukuh..."

"... Dan berkenaan dengan gelaran saya, saya tahu agak sukar untuk kamu semua memanggil saya. Sama ada mahu memanggil saya dengan gelaran Sultanah, Ratu ataupun Sultan. Saya ingin memaklumkan kepada kamu dan mereka yang akan menonton temubual supaya kamu semua memanggil saya dengan gelaran Sultan. Terima kasih."

"Tetapi kenapa Tuanku? Tuanku kan seorang wanita." soal salah seorang wartawan di situ, wartawan yang lain pula mula mengangguk tanda setuju dengan soalan wartawan itu. Aisera cuma tersenyum tipis.

'Dalam hal ini, dia mengambil kisah Raziya Sultan sebagai contoh untuk fia ikuti.'

"Sultanah dan Ratu membawa maksud sebagai isteri Sultan ataupun Raja. Dan saya berdiri di sini bukannya sebagai isteri Raja dan Sultan. Tetapi saya berdiri di sini sebagai Perdana Menteri bagi Emerald dan Sultan kepada Emerald. Terima kasih."

.

.

MALIK duduk di atas kerusi kerjanya. Matanya dipejamkan sebentar, selesai sahaja mesyuarat bersama jemaah menteri yang lain terus Malik berjalan menuju ke biliknya. Dia ingin berehat sebentar. Tambahan pula sekarang ini, dia dan menteri kewangan yang lain sentiasa berjumpa untuk berbincang berkenaan bajet pada tahun hadapan.
Pintu pejabat Perdana Menteri diketuk dari luar, Malik membuka matanya kembali.

"Masuk!" laung Malik dari dalam. Menteri kewangan mula berjalan masuk ke dalam pejabat Malik sambil membawa komputer dan beberapa fail berkenaan dengan bajet yang diperuntukkan pada tahun hadapan.

"Ada apa Dato' datang ke sini?" soal Malik sekadar basa-basi. Menteri kewangan tersebut tersenyum lalu duduk di hadapan Malik.

"Saya minta maaflah kalau saya mengganggu kamu, lagipun tujuan saya datang ke mari sebab nak berbincang berkenaan bajet pada tahun hadapan. Ada sedikit masalah." ujar Menteri Kewangan, iaitu Dato' Rahman Abdullah.

"Masalah dari segi apa? Apa masalahnya?"

"Untuk kesihatan mental, pihak kerajaan memberi bajet sebanyak RM50 juta untuk mereka pada tahun hadapan. Tetapi persatuan kesihatan mental dia dah buat kira-kira untuk segala aktiviti pada tahun hadapan, dan jumlah wang yang diperlukan ialah sebanyak RM70 juta. Tapi saya dah cakap yang kerajaan mampu beri sebanyak RM50 juta sahaja. Kalau kita bagi sebanyak RM70 juta kepada mereka, habis terganggu kita punya bajet nanti." tutur Dato' Rahman Abdullah.

"Apa yang diorang rancangkan sampai memperuntukkan hampir RM70 juta?" soal Malik ingin tahu. Dato' Rahman Abdullah memberikan satu fail kepada Malik. Malik membuka fail tersebut.

"Saya dah bincang dengan persatuan, tapi diorang masih lagi berkeras nak peruntukkan sebanyak 70 juta. Lagi satu, kalau kita kira balik kos yang diperuntukkan pun masih lagi boleh dikurangkan ataupun kita tukar kepada alternatif lain."

"Betullah apa yang awak kata. Lagipun kalau kira balik sebanyak 35 juta yang diperuntukkan hanya untuk mengadakan kempen. Daripada buat kempen macam ni, lebih baik lancarkan kempen secara online. Kos pun jimat. Bila buat kempen macam ni, peratus untuk orang hadir sikit. Lainlah kalau kita buat ekspo, ataupun ada lagi pilihan yang lain macam makanan, peluang perniagaan. Lagipun presiden tu sendiri kena faham, kesihatan mental memang kita kena jaga..."

"... Tapi kalau letak pilihan di antara nak sibuk jaga kesihatan mental ataupun sibuk bekerja, rasa-rasa orang akan pilih yang mana? Dan untuk lancarkan kempen pun boleh dikatakan setiap bulan. Dengan ekonomi sekarang ni orang bukannya ada duit sangat, memang kemasukan ke kempen tu percuma. Tapi minyak dan tol lagi? Benda tu bukannya percuma, tambahan masa pula."

Malik menutup fail tersebut dan berikan kepada Dato' Rahman Abdullah.

"Kita bukannya hidup pada tahun 70-an, 80-an. Kalau waktu tu memang saya akui penggunaan media sosial waktu terhad. Televisyen pun ada yang dah berwarna, ada juga rumah yang masih lagi pakai televisyen hitam putih. Kalau zaman tu kita nak lancarkan kempen setiap bulan pun, mesti akan ada orang datang. Tapi kita sekarang ni hidup pada zaman yang sudah maju. Semuanya di hujung jari, apa susah buatlah live dekat instagram, tiktok dan facebook. Kalau macam tu, lagi orang tengok. Kos pun jimat."

"Itulah. Tak apa, esok saya cuba berbincang dengan presiden persatuan tu lagi. Maaflah ya Malik sebab ganggu kamu."

  Dato' Rahman Abdullah mengambil fail tersebut lalu bangun dari duduknya. Malik juga turut bangun, masing-masing berjabat tangan sebelum Menteri Kewangan itu beransur keluar dari pejabat Malik.










.

.

Sudut Sejarah:

Raziya Sultan adalah pemimpin muslim wanita pertama dalam sejarah Islam. Raziyya Al- din atau lebih dikenali dengan Raziya Sultan adalah Raja Wanita pertama yang memimpin kesultanan Delhi pada tahun 1236- 1240.

Walaupun Raziya Sultan adalah seorang wanita, tetapi beliau tetap menyuruh mereka yang lain untuk memanggilnya dengan gelaran 'Sultan', walaupun pada hakikatnya Raziya Sultan dipanggil dengan gelaran 'Sultanah'. Antara sebab Raziya Sultan menyuruh mereka yang lain memanggilnya dengan gelaran 'Sultan', kerana 'Sultanah' membawa maksud sebagai isteri Raja, ataupun isteri Sultan.

Aisera Arsalan: Bermulanya Kekuatan Empayar Islam ( COMPLETE)  Where stories live. Discover now