bab 13

772 131 1
                                    

KAKI mula menuju ke arah balkoni. Tudung bawal sarung ditarik supaya dia selesa. Aisera memandang pemandangan di luar tingkap. Hari ini, genap seminggu dia berada di Istana Emerald. Bergelar satu-satunya puteri kepada kerajaan Emerald. Keluhan kasar keluar dari mulut Aisera.

Esok, ke semua ahli keluarganya akan berbincang dengan keluarga Malik untuk majlis perkahwinan mereka. Aisera sudah cakap, bab baju pengantin apa semua memang dia nak pilih ikut kriteria dia sendiri. Mujurlah tiada bantahan. Bila difikirkan balik, esok sewaktu perbincangan berjalan dia akan berada di dalam bilik sahaja atas arahan bondanya.

Aisera masuk ke dalam bilik kembali. Walk in wardrobe dituju, sehelai gaun berwarna cream yang dijahit sekali dengan handsock dipandang. Tidak terlalu menonjol. Simple seperti yang dia dan peraturan Alwaritzi dan Emerald inginkan. Longgar, tidak menonjol dan sesuai dengan syarat penampilan wanita di dalam islam. Tudung shawl berwarna hitam turut dipandang lama.

Aisera duduk di atas katil.

Terlafaz saja akad di antara dia dan Malik, maka bermulalah tanggungjawab dia. Sama ada dia mampu ataupun tidak, dia seorang saja yang tahu. Dia tertanya-tanya, mampukah baginya untuk memimpin Emerald? Dia seorang perempuan, bukan mudah bagi ahli kabinet dan juga rakyat untuk menerima bahawa seorang perempuan bakal menjadi pemimpin iaitu Perdana Menteri dan Ratu.

Aisera yakin, dia orang pertama yang akan memecahkan tradisi dan adat keluarganya. Takut? Hampir setiap masa dia takut. Dia takut, andaikata sewaktu pemerintahannya ada seorang rakyatnya yang berlapar kerananya berdosa dia dengan Allah S.W.T. Dan, ayah juga ada berpesan dengannya.

"Jangan jadi pemimpin kalau tak bersedia. Jangan sampai rakyat bunuh diri, berlapar kerana kamu. Kalau itu terjadi, menjawab kamu dengan Allah S.W.T."

Dia tak nak. Aisera sendiri sudah sedia maklum, apabila dia mengambil keputusan untuk menjawat jawatan Perdana Menteri ianya akan menjadi satu tanggungjawab terbesar baginya. Memerintah dengan adil, dan tiada rakyat yang akan sengsara kerananya.

Ketukan di pintu bilik membuatkan lamunan Aisera terhenti. Aisera bangun dari duduknya dan membuka pintu bilim. Seorang pekerja istana yang sedang berdifi di hadapan pintu bilik menundukkan sedikit tubuhnya.

"Tuanku panggil Tengku untuk berbual sebentar di meja makan." tutur pekerja istana itu.

"Okay. Awak pergi dulu."

Aisera menutup kembali pintu bilik. Walk in wardrobe dituju, cardigan warna hitam yang agak loose dan oversize diambil dan disarung ke tubuh. Aisera melangkah keluar dari bilik dan menuju ke meja makan. Sampai sahaja di meja makan, Aisera mengambil tempat di sisi ayahnya.

"Ada apa ayah nak berjumpa dengan Aisera?"

"Ayah nak bercakap pasal hal penting. Pasal jawatan kamu dan juga kamu yang akan ditabalkan menjadi ratu."

"Benda tu Aisera rasa lama lagi, jadi kenapa nak kena bincang sekarang? Kalau ayah nak berbincang dengan Aisera fasal perkahwinan tu, Aisera faham."

"Kalau kita bincang sekarang, Aisera boleh buat persediaan. Nak memerintah negara bukan senang, Aisera. Pastikan rancangan kamu tu kuat dan kukuh, rakyat pun tak teraniaya semasa pemerintahan kamu." tutur Raja Arshan Imtiyaz. Aisera cuma diam mengangguk sahaja.

"Kamu yakin yang kamu boleh jadi pemimpin?"

  Aisera diam. Mulutnya seolah-olah terkunci. Dia langsung tiada jawapan untuk soalan yang diutarakan oleh Raja Arshan Imtiyaz sebentar tadi. Aisera keliru, dia tidak tahu sama ada mahu mengangguk ataupun mengiyakan kata-kata Raja Arshan Imtiyaz.

"Kenapa ayah terlalu yakin dengan Aisera?"

"Sebab ayah tahu yang kamu boleh."

"Jadi itulah jawapan Aisera. Ayah sendiri yakin yang Aisera boleh memimpin negara, jadinya Aisera pun yakin yang Aisera boleh pimpin negara."

Aisera Arsalan: Bermulanya Kekuatan Empayar Islam ( COMPLETE)  Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang