bab 38: Era Pemerintahan Generasi Baharu

344 61 7
                                    

PINTU bilik dibuka, Aisera yang sudah siap memakai baju rasmi berwarna duduk di atas kerusi. Sehelai bawal berwarna hitam dilipat menjadi segi tiga. Selesai sahaja menggayakan dengan gaya muslimah, Aisera bangun daripada duduknya. Beberapa orang stylist mula membetulkan sedikit baju putihnya.

Hari ini, adalah hari untuk Aisera mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri dan Ratu bagi Emerald. Dan buat pertama kalinya juga, Aisera memecahkan rekod sebagai Perdana Menteri dan Raja Emerald wanita pertama. Malah, pakaian yang akan dikenakan oleh Aisera pada hari ini juga ditentukan oleh dirinya sendiri memandangkan tiada protokol dan prosedur pemakaian bagi Perdana Menteri Wanita.

Aisera memilih baju kurung pahang berwarna putih dan dipadankan dengan kasut dan tudung bawal berwarna hitam. Di bahagian bahu pula Aisera meminta supaya kelihatan rata dan tajam sedikit. Antara sebab-sebab Aisera memilih untuk mengenakan baju kurung pahang berbanding baju sut ialah, Aisera sendiri ingin menerapkan elemen 'melayu klasik' dan dalam masa yang sama juga menerapkan elemen 'tegas'.

Siap sahaja semuanya, beberapa orang stylist wanita mula beransur keluar dari bilik. Kini, cuma tinggal Aisera seorang sahaja di dalam bilik. Aisera berjalan menuju ke hadapan cermin, kedua-dua tangannya digenggam kuat. Senyuman mula terukir. Pintu bilik diketuk dari luar, Permaisuri Aishah Qhairina mula berjalan masuk ke dalam bilik.

"Aisera dah siap dah?" soal Permaisuri Aishah Qhairina. Kedua dua tangannya naik memegang lengan Aisera. Permaisuri Aishah Qhairina tersenyum kecil. Senyuman yang menyimpan 1001 makna terhadapnya.

Di hadapannya ini, dia seolah-olah melihat Raja Arshan Imtiyaz di dalam diri Tengku Aisera Qafiyya.

Anak perempuan pertama akan mirip seperti ayahnya.

Dan Aisera mirip seperti ayahnya.

Aura seorang Raja Arshan Imtiyaz berada di dalam jasad Aisera.

"Bonda." panggil Aisera, perlahan dan lembut sekali. Senyuman Permaisuri Aishah Qhairina yang mulai memudar, cepat-cepat terukir kembali. Seolah-olah dia sedar daripada hanyut dibawa perasaan dan fantasi.

"Doa bonda sentiasa mengiringi Aisera, walaupun jasad bonda ditelan tanah. Bonda mungkin akan hilang daripada pandangan mata kamu, tapi doa seorang ibu takkan pernah terputus buat kamu. Jadilah seperti ayahanda kamu, contohi dia. Setiap pemimpin akan ada 'suci" dan 'kotornya'. Ambillah yang baik. Jadikan kesilapan dan kelemahan pemimpin yang lepas sebagai satu pengajaran buat kamu..."

"... Sekotor-kotornya pemimpin, terselit juga sucinya. Tapi itu bukannya satu alasan untuk kamu terus hidup dalam 'kekotoran'. Seburuk apapan pemerintahan kamu, utamakan tanggungjawab kamu sebagai Perdana Menteri. "

"Terima kasih bonda." balas Aisera lalu menarik tubuh Permaisuri Aishah Qhairina ke dalam dakapannya.

"Bonda minta maaf." Kali ini, Permaisuri Aishah Qhairina menguatkan lagi dakapan di antara dia dan anaknya.

"Untuk apa bonda?" soal Aisera. Pelik.

"Kalau ikutkan senarai Perdana Menteri sebelum ni, semuanya lelaki. Tapi kali ini, Aisera perempuan. Bonda yakin, ramai yang pertikaikan kemampuan Aisera."

"Macam mana bonda tahu?"

"Kamu ingat bonda ni tak bersosial? Eh bonda pun ada instagram tau. Tapi tulah, bonda lupa pula username bonda. Media semua seolah olah mempertikaikan kemampuan kamu nak memerintah negara. "

Aisera menahan tawa.

Seriuslah bonda ada instagram?

Arghh Ghisau.

"Takpalah bonda, biasalah mulut orang ni kita mana boleh nak tutup."

.

.

Aisera Arsalan: Bermulanya Kekuatan Empayar Islam ( COMPLETE)  Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz