bab 2

1.1K 187 9
                                    

MALIK melangkah keluar daripada bilik mesyuarat sambil diiringi pembantu peribadinya. Malik menoleh memandang ke Darian yang merupakan pembantu peribadinya.

"Aku nak tengok apa yang kau catat waktu mesyuarat tadi." ujar Malik senada. Darian di sebelah hanya mengangguk. Masuk sahaja ke dalam pejabat, Malik terus meninggalkan blazer miliknya. Lengan baju disinsing sehingga atas siku. Darian cuma memerhati sahaja memandangkan Darian ialah non-muslim.

  Salam dibagi, Malik terus mengangkat kedua- dua tangannya. Berdoa kepada Allah, terkumat kamit mulutnya berdoa. Selesai sahaja mengaminkan doanya, Malik bangun. Sejadah dilipat dan diletakkan di dalam almari kecil.

"Zohor ke Tuan?" soal Darian kurang pasti. Malik mengangguk perlahan sambil tertawa kecil. Walaupun Darian non-muslim, tetapi Darian juga berminat untuk menambah ilmu pengetahuannya tentang Islam.

Semoga Allah memberikan hidayah untuk kamu, Darian.

"Zohor. 4 rakaat." ujar Malik lalu duduk di atas kerusi. Skrin komputer riba dibawa naik. Darian duduk di hadapan Malik. Buku nota dibuka dan ditunjukkan kepada Malik. Terkumat kamit mulut Malik membaca. Malik mengangguk tanda puas hati dengan catatan Darian.

"Ok, bagus. Tak apa, nanti kalau ada soalan nanti aku tanya kau. By the way kalau kau nak pergi lunch, kau lunch dulu jangan tunggu aku. Sebab aku banyak lagi benda yang nak kena settle." ujar Malik lalu memulakan kerjanya. Darian mengangguk lalu melangkah pergi daripada pejabat Malik. Kafe dituju.

  Di sisi lain pula, Malik menyandarkan tubuhnya di kerusi kerjanya. Tie dilonggarkan sedikit. Malik memejamkan matanya, nafas berat terlepas jua.

"Kamu taknak ke kahwin Malik? Tahun ni umur kami dah 29 tahun. Sampai bila kamu nak macam ini? Cukup-cukuplah kamu kenangkan benda yang dah lepas itu." ujar Permaisuri Arya Khadijah.

Malik cuma diam.

"Malik taknak kahwin, bonda. Lagipun cukuplah dengan apa yang dah jadi. Perempuan boleh jadi fitnah buat orang lelaki, dan Malik taknak benda itu terjadi lagi. Malik serik."

"Astrafirghullah Malik! Apa yang kamu cakapn ni? Kamu kena sentiasa ingat Malik yang semua benda ini terjadi ada sebabnya. Bila Allah cakap 'kun! fayakun!' maka jadilah apa yang dikehendaki-Nya. Siapa kita yang nak mempersoalkan takdir? Ish, ini kalau dengar dekat ayah kamu. Bonda tak tahulah." tutur Permaisuri Arya Khadijah separuh menjerit. Mahu terkeluar jantungnya apabila Malik cakap macam itu.

  Sejak daripada itu, bondanya langsung tidak pernah menyoalnya dengan soalan yang sama. Mungkin serik? Malik sendiri tidak pasti. Apa yang Malik fikir kan sekarang ini adalah untuk bekerja dan terus bekerja. Dia malas berfikir soal kahwin.

  Wajibkah untuk kahwin? Lagipun dalam Islam hukum untuk berkahwin adalah harus. Bukannya wajib, tetapi mengapa bondanya terlalu memaksanya? Dia penat mahu menjawab setiap kali bondanya menyoal tentang kahwin.

Kahwin.

  Kadang kadang, Malik sengaja balik lambat supaya Permaisuri Arya Khadijah tidak ada masa untuk menyoalnya. Pernah juga dia balik lambat, dan waktu itu bonda dan ayah sudahpun tidur.

Perempuan mampu menjadi perhiasan dunia, dan juga mampu menjadi fitnah duniawi.

.

.

SIAP sahaja membasuh pinggan mangkuk, Aisera melangkah masuk ke dalam biliknya. Lepas sahaja makan terus Puan Atul masuk ke dalam biliknya, mahu berehat barangkali. Aisera duduk di atas kerusi kecil yang terletak di hadapan meja solek.

  Rambutnya yang paras pinggang ditarik  ke bahagian kiri. Tangan Aisera naik memegang tanda lahirnya di leher, Aisera melepaskan nafas berat. Aisera pelik, kenapa setiap kali mahu keluar, pasti Puan Atul menyuruhnya untuk cover tanda lahir tersebut.

Pelik.

  Aisera bangun dari duduknya dan duduk di atas katil. Entahlah, dia terlalu bosan memandangkan rutin hariannya langsung tidak berubah. Sudah puas Aisera pujuk Puan Atul supaya benarkannya untuk tolong Puan Atul tapi jawapannya tetap sama.

Aisera melepaskan nafas berat buat kali yang kedua.

  Kadang-kadang Aisera teringin juga mahu rasa macam mana perasan bila keluar dengan kawan rapat. Ataupun keluar seorang diri, Aisera yakin yang dia dapat menjaga dirinya sendiri. Tapi itulah, Puan Atul terlalu melindunginya sehinggakan dia langsung tidak boleh keluar berseorangan, kalau nak keluar pasti Puan Atul ikut sekali. Ataupun, dia hanya boleh keluar waktu malam sahaja.

  Aisera keliru dengan Puan Atul. Kadang kadang Aisera sendiri rasa yang Puan Atul terlalu mengongkongnya. Tetapi dalam masa yang sama juga dia sendiri rasa yang Puan Atul melindunginya. Aisera tidak puas hati dengan tindakan Puan Atul, tapi itulah dia cuma mampu pendam sahaja

"Bosanlah macam ni." ujar Aisera. Secara tiba-tiba Aisera mendapat idea, terus Aisera melangkah keluar daripada biliknya. Bilik Puan Atul dituju.

.

.

PERMAISURI Arya Khadijah meletakkan cawan yang berisikan air teh o di atas meja. Wajah rakan sahabatnya yang berada di sebelah dipandang sekilas.

Permaisuri Aisyah Qhairina.

"Itulah lagipun saya ini semakin lama semakin bosan. Suami ada pun, sibuk dengan kerja. Tinggal saya sajalah dekat istana ni sambil ditemani pembantu istana." ujar Permaisuri Aishah Qhairina sambil memandang ke dalam istana tersebut. Permaisuri Arya Khadijah cuma diam sahaja.

"Samalah dengan suami kita. Macam saya pula, nak harapkan si Malik tu? Hurm entahlah. Bila saya suruh dia kahwin dia cakap dia tak nak kahwin. Risau juga saya kadang-kadang." tutur Permaisuri Arya Khadijah dengan nada yang agak perlahan.

Permaisuri Aishah Qhairina cuma diam.

"Kadang kadangkan Arya, saya rasa menyesal. Kalaulah saya sendiri yang jaga anak saya, saya yakin yang sekarang saya dapat tengok anak saya membesar. Kalaulah saya dapat putarkan masa balik." ujar Permaisuri Aishah Qhairina dengan nada perlahan. Dia terlalu kecewa dengan dirinya, dan menyesal.

"Aishah, sudahlah. Janganlah dikenangkan lagi benda tu. Lagipun awak dah janji dengan diri sendiri yang awak taknak meratap lagi dah." pujuk Permaisuri Arya Khadijah. Lagipun, bukannya dia tidak tahu apa yang telah terjadi sehinggakan kawannya itu kesal dengan diri sendiri.

"Kalau anak saya masih lagi ada, mesti saya akan kahwinkan dengan Malik. Lagipun Malik masih lagi tidak berpunya kan, Arya?" soal Permaisuri Aishah Qhairina sambil tertawa kecil di hujung ayatnya. Kali ini, giliran Permaisuri Arya Khadijah pula melepaskan nafas berat.

"Tak tahulah Aishah. Pening kepala saya dengan perangai si Malik ni. Lepas apa yang dah jadi dulu, terus Malik cakap dia taknak kahwin. Sebab bagi dia, perempuan ni boleh menjadi fitnah bagi dia..." Permaisuri Arya Khadijah berjeda seketika.

"... Kadang kadang, nak saja saya ketuk kepala dia dengan sudip yang saya guna untuk masak tu. Ada ke patut fikir macam tu? Ini kalau tahu dekat Arsalan ni, tak tahulah saya. Pening kepala saya, umur pun dah 29 tahun. Takkanlah tak kahwin lagi?" luah Permaisuri Arya Khadijah lagi.

Permaisuri Aishah Qhairina diam.

"Arya, saya sebenarnya ada benda nak cakap dengan awak ni. And saya nak minta pendapat awak juga sebenarnya..."

"Awak nak cakap apa, Aishah?"

"Saya nak cari anak saya balik."

Aisera Arsalan: Bermulanya Kekuatan Empayar Islam ( COMPLETE)  Where stories live. Discover now