bab 4

919 160 4
                                    

"Don't you dare to touch her!"

Aisera terus mengangkat mukanya untuk memandang si pemilik suara garau itu. Mata Aisera dijamu dengan satu figura lelaki yang berdiri di hadapannya, dapat juga dia lihat yang tapak tangan lelaki itu seperti berdarah.

"Seorang lelaki tugasnya untuk melindungi orang perempuan, bukannya menghancurkannya." ujar lelaki itu lagi. Walaupun hampir 70% wajah lelaki itu tidak kelihatan, namun cukup untuk membuatkan pencuri itu gerun dengan pandangan matanya.

"Berambus kau dari sini!" jerkah lelaki itu lagi. Tanpa berfikir panjang terus pencuri itu lari pergi daripada situ.

  Aisera cepat cepat bangun, beg tangan miliknya didakap erat. Baru sahaja mahu mengucapkan terima kasih, suara Aisera seperti tersekat apabila matanya terpandang akan telapak tangan lelaki itu. Walaupun dia kawasan ini cahaya lampu agak malap tetapi matanya dapat mengangkat satu cecair mengalir.

Setitis.

Dua titis.

  Darah yang mula mengalir keluar daripada tapak tangan lelaki itu membuatkan Aisera terdiam. Ditambah pula dengan sebilah pisau yang berada di dalam genggaman lelaki itu lagilah Aisera terkedu.

"Awak okay?" soal lelaki itu. Perlahan lahan Aisera mengangguk. Baru sahaja Aisera mahu memegang tapak tangan lelaki itu, cepat cepat lelaki itu berundur setapak ke belakang.

"Eh tak apalah. Awak dah selamatkan saya daripada kena tikam. Biar saya tengok tangan awak." ujar Aisera. Lelaki itu menggeleng.

"Ok tak apa. Kalau macam itu, saya teman awak pergi hospital. Lagipun bahaya kalau awak tak rawat luka awak tu. Kita pergi hospital eh?" soal Aisera. Lelaki itu cuma mengangguk perlahan.

"Malik. Nama saya, Malik Arsalan." ujar Malik secara tiba-tiba. Aisera binging seketika.

"Tak, sebab tadi awak kenalkan diri awak tapi saya tak ambil peduli. Jadi sekarang ini giliran saya pula kenalkan diri saya." terang Malik lagi. Aisera cuma mengangguk.

  Aisera cepat cepat mengangkat tangannya apabila terdapat sebuah teksi yang lalu di kawasan itu. Berhenti sahaja teksi itu terus Aisera melangkah masuk ke dalam teksi, begitu juga dengan Malik.

.

.

"TERIMA kasih sebab selamatkan saya." ujar Aisera lalu beralih memandang Malik yang duduk di sebelahnya. Malik menjarakkan sedikit kedudukan diantaranya dengan Aisera untuk menjaga batas.

"Sama sama. Dan terima kasih juga sebab awak bawa saya pergi hospital." balas Malik. Kali ini Aisera tersenyum tipis.

"Kalau nak dibandingkan dengan apa yang awak bantu saya, saya rasa Saya yang lebih beruntung. Saya berhutang nyawa dengan awak, Malik. Sekali lagi saya berterima kasih dengan awak sebab awak sudi selamatkan saya."

"Tak apa. Lagipun seorang lelaki diciptakan untuk melindungi kaum hawa. Bukannya menyakiti ataupun menghancurkan perempuan. Jadi saya rasa, tak salah untuk saya tolong awak..."

"... Walaupun teruk perangai seseorang perempuan itu, dia perlu untuk dilindungi dan diangkat darjatnya. Bukannya untuk dipijak." sambung Malik. Aisera hanya mengangguk perlahan. Dia terpesona dengan setiap bait kata-kata Malik.

"Sekarang ni pukul berapa?" soal Malik secara tiba tiba. Mata memandang ke arah jam tangan Aisera.

"Pukul 12 tepat. Kenapa? Awak nak saya temankan awak balik ke? " soal Aisera. Malik menggeleng laju dan bangun dari duduknya. Aisera pelik dengan tingkah laku Malik.

"Jom, saya hantarkan awak balik rumah. Lagipun tak elok kalau anak dara tak balik rumah sampai lewat malam macam ni. " ujar Malik lalu melangkah keluar daripada hospital, begitu juga dengan Aisera.

"Awak nak hantar saya balik? Biar betul? Masalahnya sekarang ni tangan awak pun tak habis baik lagi, tahu tak? Inikan pula nak hantar saya. Tak payahlah nak hantar saya. Jangan risau saya boleh balik sendiri." bantah Aisera. Malik cuma diam, hujung bibir Malik ternaik sedikit. Malik melangkah mendekati Aisera, tetapi masih dijarakkan lagi kedudukan diantara mereka berdua.

"Awak yakin awak boleh balik seorang? Sedangkan tadi pun awak tak boleh nak jaga diri awak sendiri, inikan pula nak balik seorang. Dah tengah malam pula tu. Awak yakin nak balik seorang diri?" soal Malik tanpa memandang Aisera, malah Malik cuma menunduk memandang ke bawah.

Aisera diam tanpa jawapan.

"Saya teman awak balik. By the way sebelum saya hantar awak balik, kalau saya nak minta berhenti dekat satu tempat boleh tak? Saya harap awak tak kisah." pinta Malik lalu menjarakkan kembali jarak di antara dia dan Aisera.

"Awak nak pergi mana?" soal Aisera bersama kerutan di dahi. Padahal tadi, Malik sendiri yang beria-ria nak teman dia balik. Ini nak singgah satu tempat pula.

"Masjid. Saya nak solat sekejap sebab saya tak berkesempatan nak solat Isya."

.

.

SAMPAI sahaja di hadapan masjid, Aisera dan Malik turun daripada teksi. Malik yang sudah mula melangkah masuk ke dalam masjid dipandang, manakala Aisera pula masih lagu berdiri di hadapan pintu masuk utama masjid.

  Seakan sedar yang Aisera tiada di belakangnya, terus Malik beralih memandang belakang. Aisera yang masih lagi tercegat didekati bersama kerutan di dahinya. Sedikit pelik apabila Aisera tidak masuk ke dalam masjid.

"Kenapa awak tak masuk masjid? Awak tak boleh ke?" soal Malik. Aisera cuma menggeleng tanpa menjawab soalan Malik. Kepala ditundukkan untuk memandang ke bawah.

"Aisera? Awak dengar tak? Kenapa awak tak masuk dalam masjid? Awak tak boleh sem-"

"Sebab saya tak pakai tudung dan saya tak bawa telekung." belum sempat Malik menghabiskan dialognya, Aisera terus memotong kata katanya. Kali ini, giliran Malik pula terdiam. Kemudian, mata Malik terarah kepada satu kereta yang sedang menjual telekung secara car boot sale. Malik terus melangkah pergi ke situ.

  Sepasang telekung yang berwarna putih dan juga sehelai tudung sarung labuh berwarna hitam diambil dan diberikan kepada penjual tersebut. Siap sahaja membayar, terus Malik berlari anak menuju ke arah Aisera.

"Nah. Ambil." plastik yang berisi teleung dan tudung sarung diberikan kepada Aisera. Dengan penuh teragak agak Aisera mengambil. Plastik tersebut bertukar tangan.

"A-apa ni?" soal Aisera pelik.

"Telekung dengan tudung. Kalau awak rasa macam janggal nak masuk masjid sebab tak pakai tudung, pakailah. Lagipun aurat seorang perempuan adalah satu badan kecuali muka dan telapak tangan. Harap awak faham." ujar Malik lalu melangkah masuk ke dalam masjid. Aisera pula cepat cepat memakai tudung yang diberikan oleh Malik sebentar tadi.

  Masuk sahaja ke dalam tempat solat bahagian perempuan, terus Aisera melangkah menuju ke bahagian ambil wudhu. Paip air dibuka, namun langkah Aisera serta meets terhenti apabila dia terpandang akan wajahnya di cermin. Aisera terkedu.

  Wajahnya saat memakai tudung sangat berbeza sewaktu dia tidak mengenakan apa apa hijab. Tangan Aisera terketar ketar. Adakah ini yang dinamakan hidayah daripada Allah S.W.T? Air mata yang mula jatuh seperti angin yang berlalu, Aisera tidak sedar langsung.

  Kenapa selama 23 tahun dia hidup, dia tidak pernah rasa perasan seperti ini? Perasan yang terlalu susah untuk dia ungkapkan dengan kata kata. Seolah olah apa yang dia alami sekarang ini adalah satu mimpi.

"Cik." sapa seorang wanita. Aisera terus beralih memandang wanita tersebut. Senyuman tipis diberikan.

"Air paip terbuka. Kalau cik dah habis ambil wudhu nanti, cik tutup ya." ujar wanita itu lalu melangkah keluar daripada bahagian mengambil wudhu. Dengan bacaan bismillah Aisera mengambil air wudhu.

Aisera Arsalan: Bermulanya Kekuatan Empayar Islam ( COMPLETE)  Where stories live. Discover now