Bab 29

2.1K 55 1
                                    

Azan subuh bergema..

Adriana bangun membersihkan diri, mengambil wuduk dan solat subuh.

usai solat subuh, dia baring di katilnya dan mengambil telepon bimbit.

" siapa wasap aku banyak sangat ni .. nak jual penapis air ke .. "

Adriana membaca mesej dari wasap tersebut

"Ana.. saya mintak maaf"
"Saya gagal tahan nafsu saya.. saya tak niat pun Ana.."
"Ana.. terima kasih tampar saya.. kalau tak, saya tak tahu apa yang saya akan buat kat awak sayang..."
"saya bagitau mama ya.. kita kahwin..."
" Ana.. balas la.. "
"Ana.. tak bluetick.. memang dah tidur ke ni?"
"Ana.. "
"Ana.."

pukul 3 pagi dia wasap .. confirmla aku dah lelap... gila mamat ni.. suka-suka je ajak aku kahwin.. aku tak pernah pun cakap aku suka kat dia..

umur dia macam tu memang patut kahwin.. tapi dengan aku? aih tak kan la.. aku orang biasa... dia? hmmm dia pasti dah ada buah hati.. mungkin dia saja main-main kot...
tapi masa kat kolam ikan tu, dia nampak macam serius.. hmm entahla.. tak faham dengan apa yang dah jadi..

Tapi aku hampir juga tergoda dengan dia dengan kejadian tadi.. kalau tak tampar dia tadi... mesti aku dah hanyut dengan dia.. Mintak di jauhkanla..

Dulu .. aku memang dah lama ada hati dengan dia.. tapi tu dulu.. sejak aku tahu dia salah 1 majikan aku.. aku tepis perasaan tu...
Mana ada orang kaya pandang orang biasa-biasa macam aku.. Aku sedar diri aku siapa..

sedangkan bekas tunang , Ikram pun cuba nak memperkosa aku.. Aku tak suka dia. Sedikit pun tiada perasaan tuk dia. Aku hanya mengikuti kata-kata org tua aku.. Aku hanya menurut . Tapi, Ikram ada niat tak baik. Niat hendak merosakkan kesucian aku. Aku hampir bunuh dia. Kerana hendak mempertahankan diri.

Dan Rayyan, sebelum aku bekerja di rumahnya.. Aku suka melihat dia . tapi dari jauh .. Aku tahu, tak mungkin dia akan pandang perempuan macam aku. tapi sekarang ni, dia meluahkan perasaan dia pada aku.

Aku bermimpi kah?

Aku masih trauma jika ada lelaki menyentuh aku. Aku terbayangkan Ikram dengan niat jahatnya. Tapi apabila Rayyan menyentuh aku, aku rasa selamat, dan aku lebih takut dengan perasaan itu. Aku takut aku hanyut.....Aku takut .. Aku takut aku tak dapat mengawal perasaan aku.

Kalau lah Rayyan tahu, aku dah lama syok kat dia.. dari sebelum dia kenal aku.....

Suratan atau kebetulan?

-------------------------------------------------------

"Assalamualaikum mama.. nak sarapan ape pagi ni? Nak Ana buatkan roti dengan telur hancur , sosej goreng dan kacang panggang tak? "

Datin Qistina tersenyum.

"waalaikumsalam sayang.. boleh je sayang.. mama takde masalah .. apa yang Ana masak Mama makan je."

"Beres boss.. Ana buatkan kejap ye.. Mama rehatla.. ataupun sambil-sambil tunggu sarapan siap, Mama amalkan selawat Saadah. Baca sekali bersaman 600,000 selawat biasa tau Mama. Selawat ni jika di amalkan, akan rasa bahagia, tenang. InsyaAllah. ok Mama, Ana turun siapkan sarapan dulu tau"

Adriana menyalami tangan Datin Qistina dan mencium dahi wanita tersebut.

perbuatan itu spontan, Adriana sendiri tak perasan dia boleh bertindak begitu, tapi apasalahnya, anggap sebagai ibu kan.

Datin Qistina senyum, suka. bahagia. Adriana sering mengingatkannya tentang hal akhirat. Alhamdulillah Syukur kehadrat Allah kerana menemukan Adriana dalam keluarga Datin Qistina.

di dapur....

"Hmm maid takde.. Aku la kena buat semuanya.. nasib baik aku pandai masak"

Adriana cakap seorang diri. Dia sedang menggoreng sosej.

" yeke pandai masak?"

Adriana menoleh ke belakang. Rayyan tercegat disitu.

"Ray..Rayyan..."

Tergagap-gagap Adriana

" iya., kenapa tak balas wasap ?"

"saya cas phone"

" Ana.. abang betul-betul mintak maaf .. Abang tak sengaja.."

Adriana diam. eh tak. oh tak.

"Ana.. dengar tak..abang cakap dengan awak ni"

Adriana menutup api. sarapan dah siap. Dia masih tak membalas pertanyaan Rayyan.

Rayyan menarik tangan Adriana dan menolak nya ke dinding.

" ape yang awak buat ni Rayyan? Awak dah gila ke?"

" Ye aku memang dah gila! Aku gilakan kau Ana! Aku gilakan kau!"

Tangan Adriana masih dalam genggaman Rayyan.

"lepaskan saya . kenapa awak suke berkasar dengan saya ?"

" kau yang buat aku jadi macamni Ana! Aku tak tahu kenapa aku jadi macamni bile bersama kau . Aku rasa nak sentuh kau Ana. Aku nak bersama dengan kau!. Aku cintakan kau Ana."

Rayyan mendekatkan wajahnye ke wajah Adriana. Ingin di kucupnya bibir yang membuatkan naluri lelakinya bergolak.

" ape yang awak rasakan bukan cinta, tapi nafsu. ikutkan nasfu, jadi binasa. Banyakkan berzikir Rayyan. Ingat Allah Rayyan. saya kecewa dengan awak Rayyan "

Ana berlalu sambil membawa dulang sarapan buat Datin Qistina.

Air mata Adriana merembes. tapi cepat-cepat di lapnya, tidak mahu majikkannya itu perasan.

Adriana masuk ke dalam bilik dengan membawa dulang sarapan dan di letakkan di sebelah katil Datin Qistina.

Datin Qistina perasan . Adriana nampak seperti baru lepas menangis tapi dia tidak bertanya.

" Mama makan ya. Ana ada kerja sikit nak buat. ok mama?"

" ye Ana. biarkan dulu kat situ nanti Mama makan, terima kasih sayang"

" sama2 mama. "

Adriana keluar dan terus masuk ke biliknya dengan cepat, dia tidak mahu terserempak dengan Rayyan.

Rayyan di dalam bilik . Baring, fikirannya kosong.

Aku sejak akhir-akhir ni susah nak kawal perasan. Aku berkasar dengan dia. aku paksa dia ikut kemahuan aku. Aku., Aku tak tahu nak buat apa.. Adakah patut aku jauhkan diri aku dari dia?

Hmmmmm

-Tunggu sambungan..

Kahwin dengan dia?Where stories live. Discover now