Bab 64

1.2K 29 17
                                    


" Eh kejap, Taknak bagitau Kak Timah dulu ke? Nanti dia cari kita macammana?"

Adriana terjenguk sana dan sini mencari Kak Timah tetapi kelibatnya tidak kelihatan. Risau juga Kak Timah tinggal seorang takut dia bawa skandal balik rumah 😂.

" Nanti pandailah dia cari kat dalam bilik"

" Hah?"

" Eii blur la Adrian ni. Jomlah"

" Dont call me Adrian. "

" Nama kau kan. Ikut suka aku. Masuk kereta cepat"

" Boss betul la dia ni"

" Apa kau cakap?"

" Tak ada apa.. "

Mereka berdua masuk ke perut kereta dan kereta BMW witu keluar dari Villa Qistina. Masih awal pagi lagi jadi jalan agak lengang mungkin sebab hujung minggu. Adriana membuang pandangannya ke luar tingkap. Bandar KL tak pernah berubah. Kalau tak kuat iman, boleh jadi kejutan budaya.

" Nak pergi Redbox mana ni?"

" Sogo"

" Situ ramai orang lah awak"

" Dah tu.. Kau nak karoke dalam kereta je ke? Eh Ana.. Kita karoke lain kali nak? Kita pergi tempat lain"

Adriana menutup dadanya dengan kedua-dua belah tangannya dan Rayyan rasa pelik dengan reaksi Adriana tiba-tiba sahaja  begitu.

" Tempat lain? awak jangan jangan.. "

" Kau pikir kotor ke Ana ? Kalau aku nak rogol kau, tak perlu dalam kereta,kat rumah je aku dah kerjakan.."

" Eiii awak ni kan mulut !"

Adriana menjengilkan mata. Malu rasanya sebut perkataan tu. Tapi Rayyan selamber je.

" Dah tu.. Nak sangat kena ke?"

" Tak lah! Kita nak ke mana ni?"

" my favourite place"

" Ye lah kat mana?"

" Jangan banyak tanya boleh?ikut je. Dont ask me again"

Adriana mencebik bibir.

" Cantik sangatla muncung kau tu. Aku cium tahu lah"

Adriana menutup bibirnya dengan pantas dan pandang ke luar tingkap. Rayyan seperti biasa akan ketawa. Adriana menoleh ke kanan ke kiri. Tak pernah tengok jalan tu. Dalam hatinya berdoa agar Rayyan tak bawanya ke tempat bukan-bukan.

" Awak yang bawak saya , takkan saya nak tanya pun tak boleh. gila"

Adriana mengambil beg sandang yang berada di kakinya dan di bawanya peluk ke dada. Tak tipu, dia rasa takut tiba-tiba. Rayyan menggeleng kepala melihat gadis itu dalam keadaan cuak.

" ikut je la minah. i hate repeat the same thing. Kau cakap lagi memang aku cium mulut kau. Aku serious ni. Kau tak pernah kena sentuh kan?"

Adriana hanya diam dan menjeling. Malas nak layan Rayyan.

Jahat punya jantan. Ugut-ugut aku.

Tahu takut kau ye perempuan.. Tapi aku mendoakan kau bersuara supaya aku dapat cium kau hahaha.

Perjalanan mengambil masa dalam sejam. Suasana dalam kereta agak janggal. Adriana cuba menahan matanya dari tertidur, dia risau Rayyan buat benda yang tak sepatutnya. Jadi dalam sejam itu, gadis itu hanya melontarkan pandangannya ke luar tingkap. Rayyan pun diam dan hanya fokus kepada pemanduan.

Kahwin dengan dia?Where stories live. Discover now