bab 14

3.1K 69 3
                                    

  "Tuan boleh duduk sendiri tak?"
Ana menyoal sambil mencangkung dihadapan Rayyan.

  "Tak boleh.. sakit sangat nak gerak ni. Kau tak nampak ke aku teruk macam ni. Kalau aku boleh duduk aku tak kan mintak bantuan kau la sengall!"

Rayyan ni bising betulla..mintak bantuan orang tapi masih angkuh lagi.. siap membebel lagi.

  "Ya..ya.. tapi macam mana ya.. Tuan dah la dalam keadaan macam ni... camne saya nak tolong ya.. tuan ada idea tak?"

Adriana sengaja menyakat Rayyan. Saja membuatkan Rayyan rasa malu.

  "Er... hmm kau buat la macammana pun.. kau terapi tak kan kau tak tau. Ke kau ni belajar separuh jalan. Mesti kau tak tahu camna nak buat kan? Aku agak dah kau ni poyo je lebih..."

Rayyan da merapu-rapu . Adriana bengang dengarnya.

   "Aippp orang sakit tak boleh banyak bunyi tau. Ada syarat kalau nak saya tolong tuan.. setuju?"

"Er kau ni syarat-syarat bagai. Ahh kau tak nak tolong sudah.. aku mintak tolong driver . Dah tepi kau"

"Pakcik mana ada dia balik kampung.. sekarang ni... cuma saya je yang boleh tolong tuan....."

Adriana mendekatkan wajahnye ke wajah Rayyan. Lelaki itu mengalihkan pandangan nya ke arah lain. Tak bisa menatap mata Adriana . Ada rasa lain.

Eh pandang tempat lain pula..dah masuk perangkap aku ke. Hahaa Adriana ketawa dalam hati. Hati Adriana pun berdebar sebenarnye.

Tak pernah dia sedekat begini dengan Rayyan. Dengan keadaan Rayyan yang tak ubah seperti model tuala mandi. Telan air liur melihat badan yang sasa disamping kulit putih kemerahan.

Suasana sunyi tiba.

  "ok. Apa syarat kau. Tapi jangan lebih-lebih .. melampau sangat syarat kau tu aku tak nak ikut.. huh"

Rayyan berkata tanpa memandang Ana .

Adriana menjarakkan sedikit badan nya dari Rayyan.

  "Okey tuan. Saya mintak tuan jangan bercakap walaupun sepatah perkataan. Eh tak boleh..oh pun tak boleh.. silent. Dan tak payah nak malu-malu..saya da biasa la berdepan dengan keadaan macamni. Tak pelik pun bagi saya. Okey sekarang ni Tuan tunggu sekejap saya nak ambil kerusi roda kat bilih sebelah. Sekejap ya.."

Adriana bangun dan berkira2 hendak keluar mengambil kerusi roda yang terletak di dalam stor.

Dia tak menggunakan kerusi roda milik Datin Qistina, khuatir Datin Qistina akan bimbang. Lebih baik merahsiakan. Lagi pula Rayyan hanya terjatuh. Fikirnya.

  "Eh kejap. Kerusi roda buat apa ..aku bukannya lumpuh pun. Kau nak guna kerusi roda mama ke. Janganla nanti mama risau la... kau angkat je lah aku tak boleh ke?"

Adriana berhenti dan berpaling ke arah Rayyan. Menaikkan keningnya. Gila aku nak angkat.

  "Yala pakai kerusi roda. Saya mana larat la..berat saya 49kg tau. Dekat hospital saya tak angkat seorang, ada pembantu yang tolong. Kalau pinggang saya sakit camna? Tuan bukannya budak kecik. Tunggu la jap ye saya ambil kan. "

Rayyan diam dan melihat Adriana keluar dari biliknya.

Dia membetulkan tuala yang hanya menutupi bahagian sulitnya. Cepat2 pakai seperti biasa meskipun sakit teramat sangat di bahagian pinggangnya. Asalkan tak terlondeh depan Adriana sudah la. Maruahnya perlu di jaga juga.

selepas 2 minit. Adriana sampai dengan kerusi roda. Dia mencangkung dan Kerusi roda itu di parkirkan 45 darjah dari Rayyan . Tayar sudah di lock. Rayyan hanya memerhati perlakuan Adriana . Gadis itu hanya melakukan kerjanya tanpa memandang kiri dan kanan tapi tetap terasa ada mata yang memandangnya.

"ok dah siap . Tayar pun saya dah 'kunci' jadi tak akan bergerak. Sebelah tangan Tuan pegang arm rest ataupun tempat letak tangan ni. Dan .. saya akan angkat Tuan sikit ya. Tahan sikit ye sakit tu. Boleh?"

Adriana memandang Rayyan . Menanti jawapan. Lambat Rayyan menjawap kerana tertawan dengan wajah dan kesopanan Adriana itu. Dup dap jantungnya berdegup.

" Tuan .. Tuan Rayyan.. ?!"

"Ha ya. Boleh-boleh. Jangan kuat sangat ya. Aku ni sensitif sikit."

"ya jangan risau. Mari kita mulakan. Bismillahhirohmanirrohim"

Rayyan meletakkan tangan kirinya pada arm rest kerusi roda itu. Kedua2 tangan Adriana memeluk pinggang Rayyan menyebabkan lelaki tu terpana sebentar.

'Dia nak buat apa ni..?!' Kenapa peluk pula'. Tapi Rayyan hanya membiarkan sahaja.

Jantung Adriana   turut berdebar tetapi ini salah 1 tugasnya sebagai fisioterapi. Tiada niat untuk mengambil kesempatan. Apa yang dilakukan ikhlas dan jujur untuk membantu walaupun sebenarnya dia tersangatla malu dalam situasi begini.

"Ok Tuan. Tangan kiri pegang kuat dekat arm rest tu kuat2 ya. Jika terlepas. Kita berdua akan terjatuh macam nangka busuk tau. "

"Nangka busuk tu kau., bukannya aku.."

Adriana tidak mempedulikan kata-kata Rayyan.

"Saya kira 1 2 3, Tuan cuba melutut dulu lepastu bediri ya. Saya akan bantu. Ingat. Jangan lepaskan tangan kiri tu. "

Fikiran nakal Rayyan tiba-tiba timbul. Jatuh sama-sama kalau aku lepaskan tangan.? Wow. Sounds good..

Tangan Adriana masih berada di pinggang Rayyan.

"Ok. 1.. 2..3. Bangun. "

Adriana membantu Rayyan selepas kiraan ke 3 tetapi...

Kahwin dengan dia?Where stories live. Discover now