Bab 32

1.8K 48 1
                                    

Kalau suka komen eh.. vote sekali. Terima kasih support saya untuk sentiasa berkarya .
Mari ikuti sambungan . Makin mantap dan panas!! 🔥🔥🔥🔥

-------------------------------------------------------

" Ikram.. bagaimana awak boleh ada kat sini? awak keluar sekarang. mak ayah tak de kat rumah. tak manis jiran-jiran tengok"

Adriana cuba mencapai mana-mana kain berdekatan untuk di tutupkan kepala nya yang tidak bertutup. Ikram masuk secara tiba-tiba!

Adriana menunjukkan jarinya ke arah pintu masuk.

Ikram menapak ke pintu masuk dan mengunci nya dari dalam.

" Ikram! dah gila ke? awak keluar sekarang !"

" Tenang la Ana.. Kita kan dah nak kahwin. Tak salah pun tunang awak nak datang melawat kan?"

" Salah ! Kita belum sah lagi. Awak keluar sekarang sebelum saya jerit!"

Ikram terus menerjah Adriana dan menutup mulut Adriana dengan tangannya.

" Baik kau diam ! Kalau tak, aku akan gunakan kekerasan  !"

Ikram mengheret Adriana ke bilik tidur .

Dia mencampakkan Adriana ke atas katil.

Ikram membuka baju nya perlahan-lahan.

" Kau buat apa ni Ikram? Lepaskan aku !

" Shhh sayang.. bagi kerjasama.. kita dah nak nikah dah Ana. tak salah pun. aku tetap jadi suami kau .. tapi sekarang kasi aku cuba dulu.. aku nak tahu, kau masih dara ke tak..boleh?"

Ikram senyum. Adriana ketakutan.

Ikram menindih Adriana. menyebabkan Adriana susah nak bernafas.

" bila depan-depan macamni.. kau cantik sangat Ana. Aku tak tahan tengok je . Aku teringin sangat nak tengok kau tanpa tudung.. sekarang aku dah dapat tengok. Aku nak tengok tubuh kau pulak"

Ikram dengan rakusnya mengoyakkan baju t shirt yg di pakai Adriana sehingga menampakkan sebahagian tubuhnya yang putih melepak, gebu.

"Ana.. Aku betul-betul tak tahan"

Ikram hampir nk mencium badan Adriana tapi tidak sempat, dengan seluruh kekuatan yang ada, Adriana menendang alat sulit Ikram dengan sekuat hati . Tergolek Ikram jatuh dari katil.

"Psiko !"

Dia mengerang kesakitan.

Adriana berlari ke dapur dan mengambil pisau.

"kau cuba datang dekat, aku tikam kau !"

Ikram yang Separuh bogel tak peduli, mengejar Adriana ke dapur dan Adriana terus menikam peha kanan Ikram . Ikram mengerang kesakitan. Adriana keluar dan meminta tolong orang kampung .

Polis datang dan menangkap Ikram. Kenyataan Adriana di ambil tetapi Ikram di bebaskan dengan ikat jamin RM20,000. Pertunangan di batalkan serta merta. Ikram tidak di penjarakan kerana Ikram di sabitkan ada masalah mental oleh keluarganya. Entahla. Undang-undang memang tak adil . Yang berduit lepas begitu sahaja. Dan-dan je ada sakit mental bila buat kesalahan.

Sejak pada itu, Adriana mengambil keputusan untuk sambung belajar di Kuala Lumpur.

Keluarga Adriana berpihak padanya. Mereka menyesal menjodohkan Adriana dengan Ikram. Alhamdulillah , Allah masih menjaga Adriana. Maruahnya masih terjaga. Adriana anak yang baik kerana menuruti orang tua nya.

Adriana tutup pintu hatinya untuk lelaki lain. Dia trauma.

-------------------------------------------------------

Kahwin dengan dia?Where stories live. Discover now