Bab 53

2.8K 65 35
                                    

Hai semua .. Di sebabkan chapter sebelum ni ramai emo sebab Rayyan rape Ana di sebabkan ketidakpercaya die kepada Ana dan sekarang dia cuba untuk pujuk isteri dia semula.

Adakah Ana akan termakan pujuk Rayyan? Atau  Ana sudah tawar hati?  Apakah nasib Danial ? jom layan sambungannya..

----------------------------------------------------

Masih tiada tanda pintu itu akan terbuka. Rayyan mengambil kunci pendua dan membuka perlahan pintu itu . Kelihatan isterinya duduk seorang diri di koridor.

Rayyan mengatur langkah. Adriana buat tidak dengar dan hanya memandang ke luar.

"Sayang..."

Adriana bersandar pada kerusi, lututnya di naikkan ke kerusi dan tangannya memeluk lutut, senyap tanpa memandang Rayyan yang melabuhkan punggung di sebelahnya. Sesekali air matanya mengalir perlahan dan di seka dengan jari. Pandangannya masih ke depan. Dia rela pandang jalan yang kosong tu daripada melihat Rayyan yang di berdekatannya.

"Sayang.. Abang minta maaf.."

Adriana masih diam dan dia nampak tidak terurus. Wajahnya sugul. Tidak seperti biasa , dia gadis yang periang. even ada masalah akan tetap tersenyum tetapi kali ni dia rasa tidak boleh terima perbuatan Rayyan mencalar maruahnya sebagai wanita dan sebagai isteri!

Rayyan dengan teragak-agak mengambil tangan Adriana dan ingin di usapnya , dengan pantas Adriana menariknya semula. Dia masih takut akan sentuhan Rayyan. Dipukul, di sakiti bahkan kesucian yang dijaga selama ni habis musnah. Ya, dia tak pernah lupa Rayyan itu suaminya tetapi bukan dengan cara memaksa. Merogol!

" Sayang.."

" Saya..kotor.. saya pelacur.. jangan kotor kan diri awak dengan menyentuh saya.."

Airmatanya mengalir deras. Ketar mulut Adriana menutur dan mengetap bibir menahan  tangis. Dia tak nak nampak lemah di hadapan Rayyan tapi gagal. Dia sedih !

Adriana membuka mulut dalam kesunyian dan menyebabkan Rayyan terpampam akan kata-kata yang di keluarkan oleh isterinya.

Sebiji aku kena. Jangan menangis sayang. i feel really bad.

Rayyan ingin menyeka air mata Adriana tapi isterinya memalingkan muka ke arah lain. Dia tidak mahu di sentuh ketika itu.

" Jangan cakap macamtu sayang..Tu kali pertama dan akhir abang berkasar dengan sayang. Abang janji .."

" Sa..saya.. dah layan banyak lelaki.. Awak jangan bazir kan masa dengan bersama saya dan awak dah dapat apa yang awak nak selama ni.. saya minta maaf kalau saya tak dapat memuaskan awak"

"sayang.. please sayang. Abang tak pikir panjang , Abang terlalu ikutkan hati, amarah abang. sayang pukul la abang, abang tak kisah sayang.. please sayang.."

Adriana menepis tangan Rayyan yang ingin menyentuhnya sekali lagi.

"dont touch me Rayyan! im fucking dirty !"

" sayang.."

Adriana bangun , kepalanya rasa berpusing  perut nya rasa sebu dan loya, dia cuba untuk tahan tapi gagal. secara automatik segala isi dalam perutnya di keluarkan. Kosong. kerana Adriana belum menjamah apa-apa makanan sejak dari pagi. Tekaknya perit dan masam. Dia hampir terjatuh tapi sempat di sambut oleh Rayyan.

" Ana! "

Rayyan mendukung Adriana dan perlahan-lahan membaringkan isterinya di atas katil. Adriana berpeluh. Dadanya berombak. Rayyan rasa dahi Adriana .Nasib baik tak demam. Dia megambil tisu di atas meja , dan mengelap bekas muntah di mulut isterinya.

Kahwin dengan dia?Where stories live. Discover now