Bab 22

2.8K 60 2
                                    

Aku masih ingat batas-batas hubungan lelaki dan perempuan. Apabila berdua, pasti ada yang ketiga. Iaitu syaitan.

Aku rasa berdosa membiarkan Rayyan menyentuh tubuh ku . Ya Allah. Ampunkan dosaku. Jauhkanlah aku dari zina. Allahu dosa besar.

titt..titt..titt.. notifikasi dari Whatapps.

Rayyan...

" Ana.. maafkan abang atas kelakuan tadi.. abang tak sengaja.. "

Adriana membaca mesej tersebut.. tak tahu nak balas apa.. berdiam lagi baik.. Adriana tidak membalas Whatapps tersebut dan hanya membiarkannya.

Adriana turut rasa terbuai dengan belaian Rayyan tapi segera di tepis. Jika mereka berdua hanyut dengan nafsu masing-masing, maka termasuklah mereka ke lembah maksiat.

Bersyukur kerana Allah menyedarkannya.

Adriana terlelap sampai ke subuh, dia bangun untuk solat subuh. Usai solat, dia duduk di tepi katil. lalu di ambilnya telefon bimbit dan menghantar mesej Whatsapps kepada Rayyan.

"saya nak pergi tengok pantai kejap lagi. Telefon saya tak bawak ya. "

Rayyan terjaga dari tidur dan melihat telefon bimbitnya, ada notifikasi. Adriana menghantar mesej tersebut pada jam 7.15 pagi. sekarang sudah jam 7.30. Rayyan cepat-cepat bersiap dan pergi ke pantai. Risau jika apa-apa berlaku pada Adriana.

Adriana berjalan di persisiran pantai. Segar dengan bauan di situ..

"Hai Ana.. sorang je?"

Adriana memusingkan badan dan mencari ke arah suara tersebut.

mereka saling berpandangan. Jarak mereka hanya 1 meter sahaja.

Lelaki tersebut senyum ke arah Adriana.

Adriana tidak membalas dan hanya merenung ke arah lelaki tersebut.

Lelaki tersebut hendak melangkah ke arah Adriana.

"Berhenti. Jangan datang dekat. Kalau tak, saya akan jerit."

Lelaki tersebut berhenti dan merenung Adriana dengan pandangan tajam . Atas ke bawah.

" Ana makin cantik sekarang.. Cantik betul.. Ana dah....."

"kau siapa.. jangan ganggu isteri aku ! "

Rayyan berlari ke mendapatkan Adriana.

"Sayang kenapa keluar tak ajak abang.. bahaya.. jangan buat abang risau boleh? "

Adriana hanya diam dan senyum kepada Rayyan. Rasa lega . Rayyan menyelamatkannya sekali lagi.

" siapa lelaki ni sayang? "

" oohh ini.. sekampung dengan Ana dulu.. "

"yeke.. takpe kalau macamtu.. jom kita breakfast.. kesian baby dalam perut tu lapar.."

Rayyan menarik tangan Adriana dan mereka berlalu meninggalkan lelaki tersebut.

" Ana.. harini kau terlepas......"

Kahwin dengan dia?Where stories live. Discover now