Bab 16

3.7K 81 8
                                    

Adriana menangis ..

Dia duduk dan memeluk tubuhnya sendiri..

Dia hanya membiarkan air pancuran membasahi tubuhnya..

Menangis dan terus menangis..

"Bodoh... bodoh.. kenapa kau biarkan lelaki tu sentuh kau., kau dah berjanji tak akan biarkan lelaki lain menyentuh kau selain suami yang sah.. bodoh kau Adriana . Bodoh. Kau dan termasuk dalam perangkap dia... "

Adriana menangis menyalahi dirinya sendiri...

Walaupun jantungnya berdegup kencang, naluri kewanitaanya sedikit tercabar..tapi dia tahu itu salah. Pada orang yang bukin mahram dan pada situasi yang boleh mendatangkan fitnah..

Adriana melihat kuku jarinya.. ada kesan darah.. darah apa ni?
Adriana cuba mengingati kembali. Darah Rayyan..

"Aku cakar dia tadi.. mesti teruk luka tu.. hmm..padan muka. siapa suruh buat macam tu. Biarkan!"

-------------------------------------------------------
Dibilik Rayyan..

Rayyan tersedar lalu bangun dan mandi semula. Rayyan seorang yang pembersih. Dia akan mandi semula walaupun tertidur sebentar.

Usai mandi, dia memakai pakaian dan berdiri di hadapan cermin.

Memakai wangian. Sedikit toner dan pelembap. Lelaki pakai benda2 macam tu? Ahhh. Zaman sekarang. Tak ada masalah la. Hanya untuk jaga kulit. No problem. Bukan pakai bedak seinci . Bukan k-pop ya.

Ketampanan Rayyan adalah sejak lahir kerana Datuknya adalah warga Filipina dan mengahwini nendanya yang Melayu kacukan Belanda. Pokoknya, salasilah keluarganya memang banyak campur-campur.

Selesai bersiap dia berjalan ke pintu biliknya. Kerusi roda masih ada lagi di situ. Dia tersenyum, lucu mengingati semula peristiwa sebentar tadi. Apa khabar la Ana ya. Masih terkejut lagi ke. Haha

Rayyan ternampak benda bersinar bawah kerusi roda itu. Gelang emas? Minah tadi punya ke. Rayyan mengambil gelang tersebut dan memasukkan ke dalam seluarnya.

"Kau nak nanti ambil sendiri dengan aku ya.."

Rayyan senyum dan beredar keluar. Niatnya mahu keluar sebentar minum bersama rakannya.. dia hanya memakai pakaian kasual sahaja.

Adriana sudah berhenti menangis. Dia mandi dan solat taubat. Berdoa moga dijauhkan perkara yang tidak diingini.

Sesudah solat dia duduk di hadapan meja soleknya.
Nasib tak bengkak sangat mata. Dia melihat jam di telefon bimbitnya.

"Pukul 6 petang dah. Cepat masa berlalu. Alamak lupe . Aku kena bawa Datin jalan2 taman la. Adehhh. Takpe keluar je lah. tak keluar nanti lagi la Datin pikir bukan2. Okeh mari"

Adriana memakai tudung dan stokin dan terus berlalu ke bilik Datin.

Adriana mengetuk pintu dan memberi salam.

"Assalamualaikum Datin. Dah siap ke? Kita jalan-jalan ke taman ya.."

Adriana duduk di atas kerusi di sebelah Datin Qistina.

"Eh mama ingatkan tak jadi keluar harini..apa Datin-Datin. Kan mama. Panggil mama ya...ha kan kena dah..hehe"

Datin Qistina mencubit manja pipi kiri  Adriana dan menyebabkan gadis itu ketawa. teringat ibunya di kampung. Pipinya akan di cubit jika  Adriana selalu loyar buruk.

"Hihi Maaf mama. Tersasul. Jom kita turun.."

Datin Qistina mengangguk tanda setuju.

"Mari Ana tolong Mama duduk kat kerusi roda ni. "

Kahwin dengan dia?Where stories live. Discover now