Bab 18

2.7K 59 0
                                    

'Rayyan... Rayyan dah ada yang special ke? Kalau ada, bawa la jumpa mama. Mama dah lama nak tengok Rayyan naik pelamin.. Mama nak cucu. "

Adriana yang sedang mengurut kaki Datin Qistina turut tersentak dengan soalan Datin itu. Dup dap. Menanti jawapan Rayyan yang turut berada di situ. Dia masih meneruskan kerjanya tapi bersuara.

'Er..er... ada masa Rayyan bawakan ye.. sekarang tak sesuai lagi.. emm.'

Rayyan melirik kepada Adriana yang sedang mengurut kaki ibunya.

'Mama bukan ape Rayyan. Kalau boleh.. biarlah yang sopan.. jaga aurat..  macam Ana ni kan.. ha sedap mata memandang tu.. jika pandai jaga aurat..insyaAllah boleh jaga semuanya.."

'Mama.. jangan la cakap macamtu.. segan saya..saya hanya melakukan yang wajib je Mama.."

'Mama tahu Ana..Ana tak perlu malu.. Mama cakap benda yang betul..'

Rayyan hanya menjeling kepada Adriana. meluat. Loya tekak . Adriana dipuji. Puiii. Dalam hati Rayyan.

Adriana menyambung kerjanya itu. Dibiarkan sahaja 2 beranak itu berbual. Adriana turun ke bawah untuk mengambil makanan buat Datin.

'Rayyan.. mama lupa pula. Esok ada ke mana-mana tak?'

'Esok? Takde Mama. Kenapa?'

'Esok boleh tak Rayyan pergi jumpa Mak Leha.. tolong ambil barang dengan dia.. boleh ?'

Adriana baru masuk ke bilik Datin Qistina dan terdengar perbualan mereka, barang apa?

'Mak Leha mana? Yang duduk dekat Kemaman tu ke? Jauh tu Mama.. sehari drive mana sampai tu.'

Rayyan menggaru-garukan kepalanya.. malas rasa nak drive.

Jauh mana la Terengganu tu.. dalam Malaysia juga.. ikut highway punyala mudah. malas tu sebenarnya..huh. getus Adriana dalam hati.

'jauh apa nya nak oiii.. bukan ikut jalan kampung. Ikut highway la. Sok Rayyan pergi ya dengan Ana. Mama dah beritahu mak Leha. '

Alamak. Aku kena ikut? Adoiii.

'Ish mama. Ana tak payah ikutla. Tak manis berduaan dalam kereta tu. Ana temankan mama kat rumah je lah boleh? "

Rayu Adriana. Tak mahu dia berduaan berjam-jam bahkan boleh berhari-hari dengan lelaki yang bisa menggetarkan jiwa gadisnya itu. Boleh jatuh tersungkur nanti.

'Ana jangan risau. Rayyan tak akan buat perkara yang tak elok. Mama dah didik dia elok-elok. Mama cubit dia nanti kalau dia kacau Ana. Report kat mama nanti ya..'

Laju Datin Qistina berkata-kata sambil menjeling dan mencubit anak tunggalnya itu.

Rayyan mengaduh kesakitan.

"Aduh mama jangan cubit. Sakit. Tak la mama . Rayyan tak kacau dia la. Lagi pula perempuan ni ada karate. Tak sesuai dibuat bergurau. Kasar. "

Bulat mata Adriana mendengarnya. Depan mak kau berani ya kutuk aku. Siap kau.

'Rayyan... kan mama dah..'

"Ok mama. Sorry. Just a joke. Ok esok Rayyan dan Ana akan pergi rumah Mak Leha tu ya. Jangan risau . Rayyan akan jaga Ana baik-baik macam adik Rayyan sendiri.."

Rayyan mencium tangan ibu kesayangannya.

Kahwin dengan dia?Where stories live. Discover now