bab 4

4.6K 94 6
                                    

Ting..tong..ting..tong..  Adriana menekan butang loceng di sebelah pagar Villa Qistina.

terkocoh-kocoh wanita yang die kenali sebagai kak Timah itu membuka pagar dan memberi laluan kepadanya memasuki kereta di bahagian pakir Villa tersebut. Adriana keluar dari perut kereta dan bersalam dengan kak timah.

"awal cik Ana sampai hari ni. ". kata  kakTimah

"ye.. hari pertama kena lah masuk awal kan.. Uncle Sham ade tak?" tanya Adriana

" ada-ada.. Dato ada di meja makan menunggu cik Ana. silakan masuk". pelawa kak timah.

"assalamualaikum.".  Adriana memberi salam.

"waalaikumsalam. masuk lah Ana. mari sini sarapan sekali.". uncle sham mempelawa  Adriana sarapan sama. padahal  Adriana sudah pun bersarapan Nasi Lemak Udang Galah bersama syeda . perut masih kenyang.

Adriana melihat banyak sarapan yang sedap-sedap di atas meja itu. ada mi goreng,nasi lemak,sandwich, karipap,dan macam-macam lagi kuih muih. air jus oren,susu, nescaffe.. dekat rumah aku air kosong, tak pun teh o . uhuh..  Adriana mengambil tempat duduk berhadapan dengan uncle sham.

"terima kasih uncle.  Ana dah sarapan tadi kat rumah . uncle sarapan la dulu. masih kenyang lagi ni". sopan Adriana.

"eh dah sarapan ke. ingat kan belum. Ana  jamah la sikit, banyak tu..pilih je mana yang Ana nak. ni semua kak timah yang masak. ". kata uncle sham.

Ana pun jamah la sikit mee goreng. sedap juga. Nak makan banyak tapi perut dah penuh dek udang galah.

"uncle banyaknye sarapan.siapa lagi yang makan ni uncle.".  Adriana bertanya. pelik sebab banyak sangat menu.

" kite je lah..siapa lagi,. orang dalam rumah ni bukan ramai pun na. ada uncle,isteri uncle, timah, dan Rosli,pemandu uncle. ". uncle sham menjawap sambil menyuapkan nasi lemak ke mulutnya.

"patutla.. anak uncle mana?'. Adriana bertanya.

"anak uncle .. tak duduk sini,..dia ada rumah sendiri dekat Petaling Jaya.. orang bujang, tak nk nye duduk sekali dengan mak ayah. lebih suka duduk sendiri. bebas katanya. biarlah...asalkan dia pandai jaga diri dan batas dalam pergaulan.". sopan uncle sham menjawap.

Adriana tersenyum,betul kata uncle sham.

"hmm ana.. sekejap lagi kak timah kan tunjukkan bilik Ana ye..lepas tu Ana boleh berjumpa dengan isteri uncle. andai isteri uncle ada mengeluarkan kata-kata kesat,harap Ana tak ambil hati ya. isteri uncle peramah dan baik orang nya,tetapi selepas kemalangan itu dan disahkan lumpuh, isteri uncle jadi pendiam dan suka marah-marah. uncle harap Ana dapat membantu uncle, hanya Ana harapan uncle sekarang ni, uncle yakin Ana mesti boleh.". uncle sham tersenyum. ini seperti sebuah harapan tetapi  Adriana cuba. usaha dahulu.

"insyaAllah,Ana cuba sedaya upaya Ana. Ana tak mahu janjikan apa-apa tapi Ana kan cuba yang terbaik untuk uncle dan isteri uncle.. ".
Adriana pula yang tersenyum selepas menuturkan kata-kata itu. jangan bagi harapan. takut tidak kesampaian.

"terima kasih banyak-banyak Ana. eh da lewat ni. uncle minta diri dulu ya,. uncle ada meeting ni. nanti kita sambung berbual lagi ye . assalamualaikum". waalaikumsalam  Adriana menjawap salam. uncle sham beredar dengan BMW X6 miliknya. uncle sham duduk di belakang. betul-betul gaya seorang bos!

Adriana seorang diri di meja makan. kat timah mungkin ada kerja di dapur, Adriana bangun dan melihat sekeliling. dekorasi yang betul-betul memukau pandangan. ala-ala Inggeris.perabot-perabot semua ala-ala Inggeris. tersusun rapi.

cantik sangat-sangat. betul-betul mewah. perhiasan-perhiasan kristal lagi, mesti mahal. takut nak sentuh, kang terjatuh,pecah, tak pasal-pasal gaji kene tolak berbulan. Ana tersenyum seorang diri. alangkah seronoknya kalau dia dapat memiliki semua ini,. tapi hanya angan-angan. bekerja tanpa cuti pun belum tentu dapat memilik kediaman seperti ini.

Kahwin dengan dia?Where stories live. Discover now