Bab 24

2.7K 53 3
                                    

Mereka menuju ke Kemaman. Rumah ibu saudara Rayyan. Ada dalam 20km dari cherating resort.

"actually, nak amik barang apa sebenarnye ni? "
" Ntahla.. aku pun tak tahu.. mama yang suruh.. ikut je la.. coli kot"

Rayyan bersahaja.

"Allahu... kau ni suka sangat coli kenapa? kau amik je la coli Kak Timah tu. Dari semalam lagi , coli coli . "

" haha relax la Ana. Garang betul kau ni. Aku gurau je la. Aku suka sebut coli sebab melambangkan kecomelan tau"

Nak termuntah Adriana, teringat apa yang comelnye dengan coli Kak Timah.

"malas la layan. ntah apa-apa."

Adriana pandang ke luar tingkap. Beberapa deretan kedai menjual makanan pantai timur seperti keropok lekor. Agak menarik perhatian.

Mereka sudah tiba di rumah ibu saudara Rayyan. Rayyan di beri sebungkus bungkusan yg di bungkus rapi. Tertanya2 juga apa isi di dalamnya. Ibu saudara memeluk dan mencium pipi Adriana dengan mesra. Seperti sudah lama kenal padahal baru pertama kali bersua muka.

Mereka berangkat balik dan sempat membeli beberapa buah tangan untuk di bawa pulang.

Adriana terlelap seperti biasa sambil memeluk bantalnya. Rayyan berhenti di RNR pada jam 2 petang. Adriana pun terjaga sekali. Dia mahu solat zuhur.

Mereka senyap di dalam kereta. Adriana melayan perasaan dengan melihat ke luar tingkap. Rayyan memandu seperti biasa.

"Ana.. aku nak tahu.. siapa lelaki pagi tadi tu"

"Hmmm... "

" siapa weh? jangan rahsia la dengan aku. aku yang selamatkan kau tau"

" Bekas tunang"

Terkejut Rayyan.

" kau tak cakap pun kau penah tunang sebelum ni. bila ?"

" tak penting pun.. 3 tahun lepas"

" Hmm sebab apa putus?"

" Saya tak suka dia"

"Oohh.. kena paksa tunang ke?"

" Hmm"

" Putus sebab apa?"

" hmmm..He's trying to rape me"

" Apa ???? Apasal kau tak cakap awal-awal tadi? bagi aku belasah dia"

Rayyan rasa marah membuak-buak..

"kau pun .. An" . Air mata Adriana dah meleleh .

" Eh Ana Ana. maaf. Aku janji tak tanya lagi. Last je aku nak tanya.. nak tau sangat-sangat.. Dia ada sentuh kau tak?"

"tak.. tak sempat.. saya tikam peha dia.. dengan pisau"

" Ana.. aku mintak maaf.. aku tak tahu sampai macam tu sekali dan aku mintak maaf pasal malam tadi. maaf aku tak dapat kawal diri.. "

"Lupekan hal tu.. saya nk tidur.. sampai nanti bagitau ye"

Adriana berpura-pura melelapkan mata.. Terbayang-bayang.. Saat dirinya hampir di perkosa oleh tunang sendiri. Dirinya bernasib baik dan sempat menikam lelaki tersebut.

Berbeza dengan peristiwa semalam. hampir hanyut dengan sentuhan Rayyan. Namun,
Kesuciannya masih terjaga dan hanya untuk suami yang mencintai dirinya.

Dia membawa diri ke Kuala Lumpur dan melanjutkan pelajaran. Walaubagaimanapun peristiwa hitam itu sukar di lupakan. Lelaki durjana. Kenapa masih ditemukan dengan dia lagi? Allahu. Lindungi lah Aku.

Kahwin dengan dia?Where stories live. Discover now