Bab 27

3.6K 75 18
                                    

Adriana melayan perasaan sambil memberi makan ikan-ikan peliharaan majikannya itu.
Duduk seorang diri di jambatan . Termenung..

Risau.. Takut.. Kejadian yang menimpa dirinya 3 tahun yang lepas.. Dia hampir di rogol oleh bekas tunangnya sendiri. Ikram. Tiada sekelumit pun perasaan cinta kepada Ikram. Dia hanya menurut kemahuan keluarga.

Dia sudah cuba untuk mencintai Ikram tetapi tetap tak boleh. Adriana sangat membenci Ikram. Lelaki yang tak layak di jadikan suami.

Adriana hampir jadi pembunuh..

Setelah 3 tahun berlalu. Dia muncul semula. Apa motifnya? Mahu balas dendam ?
Adriana rasa tidak selamat.

Rayyan di dalam bilik. Melihat Adriana yang sedang termenung. Sesekali Adriana menyeka air mata yg mengalir di pipinya.

Ana menangis? Adriana kelihatan seperti mempunyai beban di bahunya. Dia tidak pernah melihat Adriana dalam keadaan begitu.

Baik aku turun tengok Ana kejap. kang tiba2 dia terjun dalam kolam ikan tu . dah la tengah bendera merah. Mati pulak ikan-ikan aku.

"Ehem.. Ana buat apa kat sini, Nampak mcam ada masalah je"

"tak de pape la.. saya hanya bagi ikan-ikan ni makan"

" Tu mata bengkak tu. nangis eh"

Adriana senyum.

" tak de lah.. saya cuma pelik macammana jantan tu ada dekat Cherating haritu.. Kalau awak lewat sikit haritu, saya tak tau apa jadi kat saya sekarang.. Terima kasih tolong saya haritu". Adriana senyum kepada Rayyan.

Rayyan terpukau. Senyuman Adriana kali ni nampak lain. Terpancar keikhlasan di situ.

"hmmm awak tanggungjawap saya Ana. Kalau apa-apa jadi kat awak, susah saya.. boleh saya tahu, apa yang terjadi sebenarnya antara awak dan mamat tu"

Adriana senyap , Dia menarik nafas panjang.

" Keluarga saya tunangkan saya dengan Ikram. Saya tak suka tapi saya terpaksa turuti permintaan keluarga. Dia kerap datang rumah . Saya betul-betul tak selesa. pada satu hari, dia masuk rumah saya senyap-senyap. mak ayah saya keluar. Tinggal saya seorang kat rumah. Dia cuba nak rogol saya... dia dah koyakkan baju saya.. saya lari ke dapur.. saya ambil pisau.. kami bergelut. saya sempat tikam peha kiri dia dengan pisau dan saya lari..."

"saya hampir jadi pembunuh .. sekarang dia muncul kembali. dia mungkin nak bunuh saya..."

Rayyan menarik Adriana ke dalam pelukannya.

"saya tak akan biarkan sesiapa menyentuh awak Ana.. Awak selamat kat sini. Saya akan lindungi awak.. "

Rayyan menyapu air mata Adriana . Diciumnya dahi wanita itu. Adriana tersentak . Mereka saling berpandangan.

"Saya cintakan awak Ana.. dan saya nak jadikan awak isteri saya yang sah.."

Adriana merenung Rayyan lama..
Adakah Rayyan betul-betul mencintai dirinya?

Kahwin dengan dia?Where stories live. Discover now