Bab 58

2K 50 25
                                    

Maaf semua sebab lambat update.. Saya tak sihat.. Mood agak swing..beberapa harini saya rasa tak sedap badan.. Saya cuba yang terbaik ya.. Mungkin kalau ada Rayyan depan mata jadi sihat kot 😜😜😜

3 tahun yang lepas..

"Ana..Ingat lagi tak kawan abah yang sama-sama kerja dengan abah dulu? Encik Rahman.. Ala yang kita pergi kenduri doa selamat kat rumah dia bulan lepas tu la..Ingat tak?"

Soal Mak  Ti yang sedang melipat kain. Adriana sedang terbaring. Kelihatan sangat fokus menonton TV . Siap bawa selimut lagi. Rumah kampung akan sejuk bila malam. sejuk semulajadi. Tak perlu penghawa dingin . Tapi kalau siang, panas dia kalah kawah gunung berapi .

" Apa dia Mak? Encik Rahman ?Hmmm...Kejap nak ingat.. Oh tu..Kenduri bulan lepas. Ingat.. apesal?"

Jawap Adriana malas. Matanya masih tertancap ke tv. Tengah sedap layan K-Drama. Boys Over Flower.

" Abah beritahu Mak yang Encik Rahman nak kahwin kan anak dia. "

"Ooo..Baguslah tu.."

Adriana masih berbasi-basi. Tidak berminat dengan perbualan tu. Nak tengok K-drama tapi diganggu pula. Tengah syok tengok Lee Min Ho. Matanya agak mengantuk, dah beberapa kali dia menguap tapi ditahan . Episod tu wajib di tonton sampai habis. Dia mengeliat. Selimut di kaki di tarik menutupi tubuhnya yang hanya berbaju kelawar yang agak nipis. Rambutnya disanggul tinggi.

Tidur depan tv best juga ni layan drama Korea sampai habis. bestnyala hidup membujang macamni. Tak perlu pikir apa-apa.

" Encik Rahman tu berkenan dengan Ana . Jadi dia nak buat Ana jadi menantu. Ana kan single, Ikram tu pun single juga. "

Dengan pantas Adriana mengalihkan pandangan ke ibunya dan serta merta dia bangun dari pembaringan. Gadis itu bersila.  Tak percaya apa yang dia dengar. Dagunya di tongkat.

"Hah? Nak jadikan Ana menantu dia? Ish tak mahu la Mak, entah siapa-siapa. Bukan Ana kenal sangat pun. Tiba-tiba je nak kahwin. Mengarut lah"

"Ana.. Niat dorang baik. Apasalahnya kan. Ikram tu Mak tengok baik.. Hormat orang tua . Nak bercinta lepas kahwin pun boleh.."

Mak Ti sedang melipat seluar kecik Adriana. dah dewasa pun masih mak lipatkan

"Mak la kahwin dengan Ikram tu. Jangan libatkan Ana"

Sebuah cubitan pantas hinggap di peha Adriana  yang sedang bersila . Gadis itu menggosok tempat yang dicubit. Perit juga. Laju je jari Mak Ti mencari sasaran .

" Amboi mulut dia. Kenapa cakap macamtu? Ana satu-satunya anak Mak Abah tau.. Kami nak tengok anak kami bahagia. Minggu depan dorang datang meminang. Korang tunang terus"

" Mak nak satu-satu anak Mak ni bahagia? Bukan macamni Mak. Nanti Ana dah ada yang istimewa, Ana bawak jumpa Mak Abah ya. Tenang lah Mak. Ana ni baru umur 20 tahun tau.. Nak kahwin? Ish takde la.. Memang tak masuk akal"

" Ana.. Tunang dulu ya..Ikat dulu.. Sebab Mak Abah dah setuju"

" Mak Abah patut tanya Ana dulu.. Sebab Ana yang akan kahwin.. Benda ni bukan perkara main-main. Ana kena bersama dengan dia selamanya tau tak Mak. Ana tak kenal Ikram tu macammana. Entah-entah dia panas baran, suka pukul orang , hisap dadah ke. Bukan kita tahu pun. Ana taknak kahwin "

Kahwin dengan dia?Where stories live. Discover now