Bab 35

1.9K 47 3
                                    

kalau suka komen vote k.. kasi la 😘 sikit kat penulis supaya lebih semangat nak berkarya..

salam Ramadhan ke18 .

Mesti tak sabar bila dorang akan berkahwin kan?

relax dulu .. tenang.. kite kasi warm up dulu..

jom sambung..

-------------------------------------------------------

Mereka sampai di William Corner dan mengambil tempat di hujung sekali.

Mereka duduk dan mula membaca menu di hadapannya.

"awak nak makan apa Ana?"

"As usual.. Nasi Goreng Ketam. " Balas Adriana tanpa melihat menu.

Rayyan memanggil pelayan restoren tersebut.

"dik, Nasi Goreng Ketam 2 ya, Ana nak air apa?"

" saya air kosong je, awak selalu pesan air teh o ais kan?"

Rayyan mengangguk.

" Eh jap.. 1 sahaja Nasi Goreng Ketam. nanti awak bawak 1 pinggan kosong ya"

Pelayan itu mengambil pesanan dan berlalu pergi.

" apesal 1 je Ana?"

"sebab 1 dah cukup. Banyak gila nasi die tau tak . Kite kongsi. beli sampai dua pinggan, tak berhabis nanti rugi sangat.. siapa nak makan banyak-banyak tu. "

Waaaa Ana sekarang dah mula nak practice makan berkongsi dengan aku.

Pesanan mereka sampai seperti di pinta, satu pinggan berisi nasi goreng dan 1 lagi pinggan kosong.

"Kita kongsi k, tengok ni banyak nasi dia, awak selalu datang sini tak kan awak tak perasan portion nasi goreng kat sini banyak boleh berkongsi dua tiga orang makan?"

Adriana terlepas cakap, alamak.

Rayyan  merenung Adriana yang dah terciduk.

"Saya nk tanya awak ni Ana, awak selalu lepak sini kan? dan awak.. selalu nampak saya kat sini juga kan?"

Hmm nak jujur ke tak.. jujur sangat nanti malu pula rasa.

"hmm ade la beberapa kali.. tapi saya bukan pandang awak pun. saya pandang makanan saya je..awak jangan nak perasan."

" yeke ni.. kalau tak, bagaimana awak tau saya selalu order teh o ais?"

Alamak...Tertangkap basah..

"Saya.. saya teka je awak.. jap saya asingkan nasi ni"

"Tak perlu.. guna satu pinggan je. saya suapkan. Tangan kanan awak tu sakit"

"Tapi..."

" No tapi tapi.."

"buka mulut tu..saya suapkan"

Adriana baca doa makan dan Rayyan menyuapkan nasi ke mulutnya. Satu suap ke mulut Adriana. satu suap ke mulut Rayyan. Macam pasangan kekasih sejati.

"awak tak geli ke guna sudu yang sama tuk suap saya?"

Adriana menyoal Rayyan sebaik sahaja dia melihat Rayyan makan guna sudu yang sama.

"Awak pulak geli juga ke?"

Adriana menggeleng.

" Saya lapar jadi saya bedal je.. nak ketam tu.. Yang paling besar tu.."

-------------------------------------------------------

Kahwin dengan dia?Where stories live. Discover now