Bab 8

4.3K 112 5
                                    

Rayyan memakirkan keretanya di kawasan tempat letak kereta VVIP Aveneul Hotel. Dia membetulkan kaca mata hitamnya sebelum keluar dari kereta BMW 5 series miliknya.

"Nurul..aku mengantuk betul la jaga reception ni. nk tido tak boleh, puas aku tahan mata ni. "

"eh jangan. Manager nampak nanti teruk kau kena.. ehh Peah tengok tu. dia dah datang la.. bangun2 cepat"

Peah yang tengah mamai terus berdiri tegak.

"Dato ada? i nak jumpa dia."

soal Rayyan kepada mereka berdua.

"Dato ada. a...ad..ada..buat appoiment tak?"

Peah memberanikan diri bersuara.

"what? appoinment. ? whats for ? you ni pekerja baru ke? you tak kenal i ke? sekejap.. nama you .. Peah? OMG. confirm dari kampung. patutlah.. you Nurul, makesure you ajar budak baru ni ya. i tak nak dia macam ni lagi. i nak dia hafal semua nama staff, termasuk cleaner dkt sini. next time i tanya dia, siap dia kalau cakap tak tahu. tahulah nasib dia"

Rayyan terus berlalu meninggalkan mereka berdua terkulat-kulat.

Peah terduduk sedih. malu diperlakukan sebegitu.

"peah, relax la.. Rayyan tu mmg macamtu. sombong. tak kan kau tak kenal dia. dia kan anak owner Aveneul Hotel ni. "

"penah tapi baru sekali, aku kan shift malam selalunya. cuma aku gugup. aku tak boleh berdiri depan mamat yang hensem macamtu. aku jadi ketar lutut. "

"relax .. maknanya kau kenalah kenal semua staff sini. punyala ramai staff sini, masaklah kau Peah"

Peah hanya mendiamkan diri... sebal hatinya,

-------------------------------------------------------

Rayyan masuk ke dalam lift dan menekan butang nombor 3. di dalam lift itu ada beberapa wanita. mereka berbisik sesama sendiri.

"hensemnya. tak salah aku dia ni pemilik hotel ni. untungnya..mudah-muda dah kaya..bertuah siapa dapat dia"

wanita berbaju kurung bersanggul tinggi berbisik dengan wanita yang berskirt pendek atas lutut . ketat betul pakaiannya.

walaupun perlahan tetapi masih dapat didengari oleh Rayyan.

"betul. tapi bukan wanita jenis macam you all ni. pakai macam tak cukup kain. dengan sanggul tinggi macam pagoda. "

lift terbuka dan Rayyan terus keluar tanpa memandang ke belakang, dia betul-betul tidak menghiraukan perasaan orang lain.

Tercengang mereka berdua tanpa berkata apa-apa. khabar angin tentang sikap anak pemilik hotel ini benar belaka. Rayyan memang seorang yang tidak menjaga bahasa . sikapnya tidak seperti Dato syed mohd shamsul. sungguh berbeza.

Rayyan masuk ke dalam pejabat Papa nya. dia terus ke meja setiausaha Dato syed mohd shamsul.

"i nak jumpa Dato"

"baik. silakan masuk Encik Rayyan"

Rayyan menangguk dan terus berlalu. dia ketuk pintu bilik Pengarah dan selepas mendengar arahan dari bapanya dari dalam bilik dia terus masuk .

"ha Rayyan. duduk dulu ya."

Rayyan mengambil tempat berhadapan bapanya.

"ye pa., ada apa suruh Rayyan datang sini. ada hal mustahak ke?"

"hmm.. ye.. papa ada oustation ke Jepun dalam 2 minggu. start minggu hadapan. jadi papa nak Rayyan duduk rumah papa . temankan Mama. boleh?"

Rayyan diam. dia sedang memikir. malas rasanya dia nak duduk rumah parents walaupun untuk seketika.

" boleh ya Rayyan, kesian Mama. Rayyan kan jarang balik jadi apasalahnya Rayyan tinggal sementara di rumah papa. bukan rumah orang lain. rumah kita jugak . boleh ya Rayyan. nanti Rayyan boleh tengok-tengokkan si Ana yang merawat Mama. tolong apa yang patut"

Rayyan senyum. dia teringat perempuan yang kelam kabut itu. kelakar pula mengingati kejadian yang berlaku di hadapan bilik Mamanya. macam nangka busuk jatuh.

"ha..senyum sendiri ni kenapa? papa ada buat lawak ke..papa serius ni Rayyan. boleh ye"

"hmm baiklah Papa. nanti Rayyan jaga rumah tu sementara papa outstation nanti ya. jangan risau."

lega hati Dato syed mohd shamsul mendengarnya. anaknya itu bukanlah senang dipujuk tapi kali ni mudah pula. pelik pun ada. tapi asalkan Rayyan mahu itupun sudah memadai. risau dia memandangkan tiada lelaki di rumah tu yang boleh menjaga rumahnya.

"terima kasih ye Rayyan. papa tahu papa boleh harapkan Rayyan. "

"sama-sama pa. eh pa. Rayyan minta diri dulu ya. banyak lagi kerja Rayyan tertangguh ni. okey papa. assalamualaikum"

Rayyan menyalami tangan Papanya. dan dia terus keluar dari pejabat pengarah. hatinya terasa di geletek sesuatu tatkla memikirkan perempuan yang merawat Mamanya itu.

"Ana... "

Syed Shafiq Al-Rayyan senyum sendirian semasa melalui reception . membuatkan Nurul dan Peah pelik. tadi datang bukan main masam je muka, ni balik senyum lebar pula. mesti ada sesuatu yang membuatkan hati dia gembira. teka Nurul dan Peah.

Rayyan menghidupkan enjin keretanya dan terus keluar dari Aveneul Hotel. hatinya sedikit girang. siapla kau Ana. Syed Shafiq Al-Rayyan masih lagi tersenyum.



*cerita ni akan bersambung lagi. jadual kerja yang padat membuatkan saya tiada masa untuk menyambung cerita ini.

to be continued .. wait..

cerita ini bertambah menarik selepas ini. ikuti kisah ini dalam chapter yang seterusnya.

thanks!!

Kahwin dengan dia?Where stories live. Discover now