Bab 48

1.9K 63 14
                                    

"Tahniah Rayyan dan menantu Papa , Ana.. Cantik sangat harini. Papa gembira sangat. Papa doakan Rayyan akan jadi suami yang baik buat Ana. Ingat pesan Papa, Rayyan dah jadi ketua keluarga sekarang, bukan bujang lagi tau. Ana tanggungjawap Rayyan sekarang . Ada masalah bincang baik-baik. Ana pula, ikut kata suami, sebab syurga tu di bawah tapak kaki suami. tapi kalau Rayyan ada pukul Ana, bagitau Papa tau"

"Terima kasih pa. Rayyan takkan buat macamtu. Rayyan akan jaga menantu Papa ni baik-baik macam Papa jaga Mama "

Rayyan merangkul pinggang Ana.  Kemas. Sambil-sambil tu dia cuba meraba punggung Adriana dan menghadiahkan satu cubitan, membuatkan Adriana rasa terkejut dan tak selesa. Tapi depan Papa Mama takkan nak tunjukkan yang Adriana rasa macamtu. Jadi senyumla mampu.

Jangan ambil kesempatan boleh? Malu orang tengok. Adriana mengumam dalam hati sambil menjeling ke arah Rayyan yang buat muka tak bersalah.

" Baik Pa. Ana akan ingat pesan Papa. Doakan kami ye Pa"

Pandai kau Ana. Kau kena ikut cakap aku. A aku kata , maka A la kau kena ikut.  jangan Bila A aku kata, B yang kau buat. Memang aku 'denda ' kau nanti. Getus Rayyan dalam hatinya.

Geram tengok isterinya . Kemain cantik lagi. Nasib baik ramai lagi tetamu. Nak saja aku angkat kau masuk dalam bilik sekarang Ana.

Datin Qistina memeluk Adriana erat. Rasa kasih dan sayang terhadap gadis itu. Sebuah kucupan ibu kepada anak hinggap di pipi Adriana.

"Mama happy sangat harini sayang. Ya Allah, Kau telah kabulkan doa ku. Alhamdulillah. Mama berdoa hari-hari supaya Ana jadi menantu Mama. Mama bersyukur. Allah dengar doa mama. Rayyan jaga Ana baik-baik . "

"Mama jangan risau.. Rayyan akan tatang Ana ni macam minyak yang penuh. "

Tangan Rayyan masih mengusap punggung Adriana. Kembang kempis hidung Adriana tahan geli. Dia kalih pandangan ke arah Rayyan yang sedang  senyum nakal sambil lidahnya menjilat bibirnya.

Eiii dia ni teruk betul. kat tempat awam macamni. Kalau ada orang perasan , aduhai mana nak letak muka.
-------------------------------------------------------

Pihak lelaki termasuk pengantin lelaki balik ke Hotel kerana esok akan ada majlis bersanding. Jadi, Rayyan masih lagi tak dapat tidur sebilik dengan Adriana. Gadis itu  rasa lega. Lega ke? jangan lega sangat ye Adriana. Kau akan bersama dengan Rayyan selamanya , InsyaAllah.

Usai membersihkan diri, Adriana baring di dalam bilik. Kepenatan melayan tetamu. Esok ade bersanding pula. Kenduri memang sangat memenatkan walaupun tak perlu bergotong-royong memasak.

Harini... Hari terakhir aku tidur seorang diri. Esok.. Arghhhh... Segan bila pikirkan .. Rayyan dah jadi suami aku? Betul ke atau mimpi?

Adriana mencubit pipinya. Sakit! Benar lah .. Dia sudah bersuami. Adriana senyum. Hatinya rasa berbunga riang tapi rasa malu masih menebal. Maunya tak malu. Rayyan suka buat lawak lucah dengannya. Baru-baru ni dia sent gambar naked ke wasap Adriana. Tak senonoh betul perangai tapi seksi juga. Nampak hot. Ah Rayyan punya pasal la ni, Adriana dah terikut perangai Rayyan yang tak betul.

Tit.. Tit..

Hmm wasap masuk. Macam tahu je siapa tu..

"Cik Adriana.. saya ucapkan tahniah atas pernikahan Cik Adriana dengan Tuan Rayyan . Hati saya hancur sangat. saya cintakan Cik Adriana dari hari pertama kita berjumpa. Hati saya sudah terpaut. Saya tak dapat meluahkan perasaan saya sebelum ni kerana waktu sangat singkat. Berita ni membuatkan saya rasa sangat kecewa. Sampai hati Cik Adriana buat saya macamni..Saya cintakan Cik Adriana lebih dari Tuan Rayyan..Saya yakin saya mampu bahagiakan Cik Adriana..semoga Cik Adriana berpisah dengan Tuan Rayyan dan bersama saya."

Kahwin dengan dia?Where stories live. Discover now