Bab 42

1.8K 67 5
                                    

"saya.. saya bukan nak intai awak pun. saya nak balik bilik saya. saya just ternampak pintu bilik awak tak bertutup. Kot-kot awak terjatuh macam dulu ke.. Yang kes tuala terbang tu.. ingat lagi tak? kalau Kak Timah yang tertengok macammana.? ha.."

"Kalau kat Timah tengok kenapa? Dia jaga saya dari kecik. Dia mandikan saya dulu-dulu. bukan luak pun. awak jealouse eh sayang? "

Rayyan mencuba untuk menyentuh dagu Adriana. Tapi macam biasa, laju je tangan Adriana menepis.

"Eh Tak lah. Buat apa nak jealouse. lagi pula, siapa yang stim tengok awak macam tu? tau tak macam apa? macam toyol dewasa . uwekkk !"

Adriana berlari ke biliknya. Risau Rayyan akan mengejarnya dan tanya bermacam-macam soalan lagi. susah nak jawap nanti. budak tu bukan betul pun umur je dah 27 tahun.

"Sengal minah ni. nak intai aku tapi malu nak ngaku. Uwekk konon. Gigit lidah tu tahulah"

Rayyan masuk ke dalam bilik dan mengambil telephone bimbitnya.

-------------------------------------------------------

Adriana mencabut tudung dan baring di atas katil. Ah bestnya. Tilam empuk. Aircond sejuk. Bilik wangi bau macam rumah orang kaya tapi memang kaya pun. Dapat tidur alangkah seronoknya.. Nak lelap mata lah kejap pun jadi lah..

Tut..Tut.

Telephone bimbitnya berbunyi. wasap masuk.

Siapala mesej aku ni. telephone ni tak pernah senyap tahu tak. mesti kejap bunyi kejap bunyi. nak rehat pun tak senang la.

Adriana membuka wasap dan membaca mesej dari wasap tu.

"sayang kalau nak tengok.. abang tak kisah.. abang boleh kasi awak tengok setiap inci tubuh abang.. tak yah intai abang.,abang tahu. awak geram tengok body abang kan? sado kan? jangan malu sayang..nanti awak akan dapat semuanya.."

"pervet ! tak nak! tak sudi tak hingin pun nak tengok !

Meremang bulu tengkuk Adriana baca mesej dari Rayyan . ha amik aku balas .

"ala.. awak dapat nanti confirm tak nak lepas punya. nanti awak tak kasi abang keluar bilik"

"in your dream..bilik kita asing.. Jangan lupa"

"ala sayang..."

"saya kunci bilik "

"Abang ada kunci pendua"

"cancel kahwin"

"Okay-okay.. abang tak kacau lagi. esok jangan lupa. "

"k"

Adriana mematikan perbualan. kalau Rayyan mesej lagi, Adriana tidak mahu membalas. Rayyan sedang naik miang, jangan layan. Nanti bertambah miang dia jadinya. Nak tidurlah kejap.

Eh terupa pula. Esok ada apa dia suruh aku pakai baju baru beli tu? macam ada majlis besar je kat hotel tu. Nak tanya malas la, nanti meleret-leret gatal si Rayyan tu.

-------------------------------------------------------

Garang betul perempuan ni. Dapat kat aku nanti, confirm jinak macam kucing . Meow meow..Sekarang boleh la kata "awak jangan cuba-cuba Rayyan" ...." awak jangan sentuh saya".... "kita tidur bilik masing-masing" . Rayyan mengajuk cakap Adriana yang sering di dengar. Dah dapat nanti, berkali-kali mintak, Tak kasi nanti masam muka Kihkihkih.

Getaran dari telephone bimbit Rayyan . Ada panggilan masuk.

Papa

"Assalamualaikum Papa. sihat?"

Kahwin dengan dia?Where stories live. Discover now