Bab 44

1.7K 64 14
                                    

Aduh pedihnyala kaki. Melecet . Pakai sekejap pun dah melecet. Mengeluh Adriana. Pakailah kasut mahal mana pun, pasti melecet juga.

Terima kasih kepada Rayyan, dukung aku sampai depan pintu bilik. Dia offer nak hantar sampai dalam bilik, seram pula aku.

Perlahan-lahan pakaiannya di buka dan Adriana masuk ke tab mandi dan berendam sebentar  dalam hot tub.

selesanya la rasa.. Badan sakit-sakit dah rasa berkurangan. Buih-buih sabun yang wangi, membuatkan Adriana rasa tenang..wangian flora. best nya jadi orang kaya. siapa? aku kah? tak lah. Aku hanya menumpang rezeki orang lain..

-------------------------------------------------------

Rayyan dah siap membersihkan diri. Dia hanya mengenakan t shirt putih dan seluar tidur kotak-kotak. Dia baring dan mengambil telefon bimbit nya yang berada di bawah bantal.

Mana minah ni. Kan aku suruh datang bilik tadi. Dekat sejam, tak kan tak siap-siap lagi tukar baju.

"sayang... lama sangat tu buat apa? tengok porn eh? "

butang send di tekan.

Seminit..
Dua minit...
Tiga minit..

Aik tak balas?

Rayyan check wasap . tak bluetick pun. takkan tidur kot. nak pergi bilik dia? eh tak perlu la. Nanti dia membebel. Buat sakit telinga je dengar. Kang mesti ayat yang sama keluar "Awak jangan cuba-cuba"...

Hmmm takpe kejap lagi dia datang lah kot.

Tok..Tok..

Eh tu mesti buah hati aku. Dengan pantas, Rayyan turun dari katil dan buka pintu biliknya.

" Lambatnya sayang..jenuh....Abang.. Eh Kak Timah...ada apa ya?

Kak Timah tersengih-sengih . Menampakkan giginya. Seram sejuk pula tengok.

"Tuan Rayyan, tolong belikan tepung gandum. Esok Datin nak sarapan cucur udang. Kedai buka lagi baru jam 8 malam. Boleh ya?"

"Tepung gandum. mintak kat jiran boleh tak. pinjam secupak dua atau Kak Timah pergi beli sendiri. Kat depan tu je kedainya."

Aku ada hal penting dengan Adriana ni..

" Tak mahu. Kak Timah takut.. Kalau ada orang nak perkosa Kak Timah macammana nanti?"

"Kak Timah, bangla kat depan tu pun tak selera tengok Kak Timah tau.. Lain la kalau Ana"

"Amboi Tuan Rayyan kasar bergurau ya. Beli 2 kilo je tau"

"Ok saya pergi sekarang"

-------------------------------------------------------

Adriana dah selesai berendam. dekat sejam juga berendam dalam hot tub. Seperkara lagi, nak hilangkan makeup kat muka. Bercinta di buatnya. Guna vaseline mudah sangat , apa sahaja makeup akan tertanggal dengan mudah. Hanya perlukan kapas muka dan vaselline.

Nasib baik tak pekat si Jessy ni solekkan muka aku. Dia kata kulit muka aku flawless.

Ok dah siap buang semua jadah makeup kat muka ni. Rimas.

Adriana hanya bertuala dan keluar dari bilik air. Terdengar bunyi kereta Rayyan keluar.

Eh kereta Rayyan tu kan? Dia pergi mana pula malam-malam ni. Ah lantak lah.

Adriana siap pakai baju tidur Totoro sepasang dengan seluar. Dia baring di atas katil dan mengambil telefon yang berada di sebelahnya.

check wasap. Ada mesej.

Kahwin dengan dia?Where stories live. Discover now