Bab 20

2.9K 59 2
                                    

"Ana.. harini mama rasa nak berehat dalam bilik la.. kita turun ke taman nanti selepas Ana balik dari Kemaman ye?

"Mama ok ke? Mama demam? Meh Ana check sekejap. "

Ana bangun dan mengambil thermometer yang  berada di dalam laci di sebelah katil Datin Qistina. Di ambilnya suhu Datin Qistina.

"37. Mama tak demam . Alhamdulillah. jadi mama nak berehat lah harini ye. Takpe takde masalah. Nanti boleh sambung . Mama pun dah banyak progress . Petanda yang sangat-sangat baik. "

Datin Qistina senyum.

" Jangan risau .. Mama ok je. Ana bersiap lah ya. Jangan lupa baju semua. Nak jalan jauh kang tu. Nanti jangan lupa amik barang tu tau."

Adriana mengangguk. Tidak tahu barang apa yang di maksudkan Datin Qistina. Dia hanya menurut perintah.

Rancangan Adriana untuk beri alasan sakit perut tidak menjadi. Rosak habis planning. Maggie goreng 2 bungkus habis di bedal oleh Rayyan. Dia punyala lapar. Terpaksa tidur dalam kelaparan. Harini kena teman dia pegi Terengganu pula. ah malas la !

Rayyan dah lama bersiap, dan sedang menunggu Adriana di ruang tamu. Adriana turun sambil membawa beg galasnya. Dah seperti budak sekolah je.

"mana beg kau? tak kan tak bawak baju?"

"Ni .. Dalam beg ni". Adriana memusingkan badannya dan menunjuk ke arah beg yang di pakainya.

" aik cukup ke? tak pernah lagi aku tengok perempuan bawak beg macamni . selalu bawak beg 3 4 . kau bawak 1 je. coli jangan lupe . "

Adriana dah agak. Rayyan sengaja betul memalukan dirinya.

"hmm cukupla ni. bukan nak menetap kat sana pun. cukup la 2 3 pasang je pakaian. takdelah orang nak ragut saya ke nanti"

Adriana memang selesa dengan beg galasnya tu. mudah dan selesa.

"siapala yang nak ragut coli kau tu.. memang takde taste langsung la"

"Tuan dah habis cakap ke.. nanti lambat sampai. Bukan saya yg drive. saya peneman je"

Rayyan terus masuk ke dalam kereta dan di ikuti Adriana. Beg galasnya di letakkan di bahagian kaki di tempat duduk hadapan.

"beg letak kat bonet la cik kak oi.. selesa ke macamtu?"

"eh takpe. bukan banyak. 1 je. biar sini eh. senang saya nk amik barang saya. powerbank ke ape ke. mudah dan dekat. depan mata je"

Adriana tersenyum.

"ikut suke awak la Ana oi. Pakai seatbelt tu"

Ana mengikut arahan . Perjalanan mereka pun bermula. Mereka ikut highway. Moga tak sesak la. Nak ke pantai timur selalu sangat sesak, Nasib bukan waktu cuti ataupun perayaan. kalau tidak, rela duduk di rumah sahaja.

Suasana sunyi. Tanpa sepatah pun perkataan dari mulut mereka berdua. Agak canggung. Pertama kalinya Adriana berduaan di dalam kereta bersama lelaki.

Ana memandang ke luar tingkap. Rasa mengantuk mula dah. Dia menguap kecil.

" Mengantuk dah ke ? kalau mengantuk tidur lah. Nanti berhenti kat RnR , aku kejutkan"

" sikit je mengantuk, mungkin lambat tidur semalam'

"  yela .. tidurlah.. "

Adriana membuka zip beg dan mengeluarkan bantal travel yang kecil. Di peluknya bantal tu dan terus terlelap.

Rayyan hanya memerhati tingkah laku Adriana. Sedikit mencuit hatinya. Macam budak-budak Tidur pun nak peluk bantal. Dah kahwin nanti kalau masih peluk bantal, meleleh la air liur laki kau. Getus Rayyan dalam hatinya.

Dah sampai RNR. Waktu menunjukkn jam 8 malam . Niat hati hendak mengejut Adriana tetapi dia hanya merenung wajah ayu Adriana yang nyenyak tidur di sebelahnya.

Dari kening turun ke mata. Hidung dan mulut. sesekali Adriana akan tersenyum kecil. Mimpi apakah? Mimpi basah ke tu. Mula dah Rayyan dengan fikiran gatalnya.

Aish perempuan ni kenapalah suka menggoda aku dengan cara halus macamni. Tak tahan rasa dengan bibir Adriana yg mungil semulajadi tu. Di tahannya perasaan nakal tu.

brtt...brtt..brttt.. getaran telefon bimbit yang berada di dalam poket seluarnya.

Mesej dari Suzy.

"Hai sayang. you kat mana? kenapa senyap je harini? call i k. love u"

Rayyan baca tanpa membalas mesej itu dan terus off kan telefon bimbitnya. Tidak mahu sebarang gangguan.

"eh kita dah sampai ke? Adriana terpisat-pisat dan pandang sekeliling.

"Kat RNR ni baru je sampai. nak pergi toilet ke"

" saya nak solat. dah masuk waktu kan. saya solat dulu ya."

Adriana buka zip beg dan mengeluarkan telekung dan terus berlalu ke surau. Adriana cukup menjaga solat 5 waktunya.

Rayyan hanya diam.

selepas 20minit

"ok dah selesai. awak dah solat ke"

"aku.. dah dah tadi"

"ok. alhamdulillah. jom la gerak. nanti lambat pula sampai"

30minit atas highway..

"kt mana rumah makcik tu? macam dah sesat je kita ni"

"hmmm aku pun tak ingat jalan ni.. dah pukul 12 malam.. nak call pun bateri takde ni.

Rayyan lupe. Bukan bateri habis tapi dia yang off kan telefon bimbitnya.

"cas la kt dalam kereta ni. ade bawak kan portable charger tu?"

"mana ade bawak. tergesa-gesa pagi tadi. hmm kite tidur kt Cherating dulu. esok baru gerak"

Adriana pandang tajam ke arah Rayyan.

" asal lak pandang aku macamtu? lain-lain bilik la.. takkan nak sebilik pulak. tapi kalau sebilik je ok jugak jimat belanje"

Rayyan sengaja mengusik Adriana

"Awak jangan cuba2 nak..."

" cuba-cuba apa? hmm kalau takde pilihan macamne? ade 1 bilik je... terpaksa la kau tidur sebilik dengan aku.."

merah padam muka Adriana. Tak tahu kat mana nak letak muka.

Geli hati Rayyan melihat wajah Adriana yang malu tu.

Sampai je di Cherating resort. Rayyan ke kaunter dan mengambil kunci. Adriana masih di dalam kereta . Dup dap jantungnya, dia takut jikalau perkara buruk berlaku . mohon di jauhkan.

"jom. Bilik kau tingkat 2 bilik no 10" . Rayyan memberi kunci kepada Adriana dan mereka menuju ke bilik masing-masing.

Adriana masuk ke kamarnya. Bersyukur kerana tidak perlu berkongsi bilik dengan Rayyan. Bersungguh-sungguh dia berdoa dan Allah dah makbulkan.

tit..tit...tit.. telefon bimbit Adriana berbunyi menandakan ada mesej di Whatapps nya.

" eh perempuan.. kau tak lapar ke? nak makan apa-apa tak?

Rayyan rupanya. manala dia dapat nombor telefon aku ni.

" nak tolong beli kan ke?"
Adriana membalas mesej Whatapps tersebut.

" yela..MCD eh.. aku keluar kejap. kau duduk dalam bilik. jangan keluar-keluar.. kalau ada orang ketuk pintu, jangan sesekali bukak. aku sampai aku call dulu nanti. Ingat tau, jangan bukak kalau ade yang ketuk pintu. ingat !"

"ye baiklah. saya yang menurut perintah tuan"

Rayyan keluar dari bilik dan terus ke kereta.. dalam hati ada sedikit risau.. Rasa tak sedap hati tapi di tepis perasaan tu.

Kahwin dengan dia?Where stories live. Discover now