Bab 7

4.7K 106 2
                                    

dan.... "eh kau ni yang lambat sangat bukak pintu tadi kan....!??".. Rayyan memandang tajam wajah si gadis yang masih lagi terduduk itu. macam pernah tengok je minah ni.

"hmmm..kau ni macam aku  pernah tengok lah..kite penah berjumpa ke sebelum ni?".. soal Rayyan lagi.

Adriana memberanikan diri bercakap. Adriana menggeleng.

"Kot ye pun..bagilah saya bangun dulu".. Adriana berkata tanpa memandang wajah lelaki itu , bangun dan mengipas2 punggungnya..terasa sengal-sengal sendinya akibat jatuh terduduk itu.

Adriana masih berdiri tanpa memandang lelaki itu. tegak macam tunggul.

"eh yang kau diam cam tunggul ni kenapa? jawapla aku tanya ni .!?". tengking Rayyan. die ni memang suka menengking la.. tak sakit tekak ke!

"mungkin encik salah orang.. mungkin pelanduk dua serupa.. maafkan saya..saya ada kerja nak buat.. minta maaf. "

Adriana terus berlalu pergi tanpa melihat ke belakang.. dup dap dup dap jantung dia dek panahan mata si arjuna.. Adriana terus berlalu dan pergi ke taman di perkarangan Villa Qistina itu.

"serious..aku macam penah tengokla minah ni, tapi kat mana ya.. lupe dah aku..lupa pulak nak tanya nama. ah biarlah.. tak penting pun.. ah haus pula.. dapat jus oren sedap juga time panas macam ni". Rayyan turun dan terus pergi ke dapur..membuka peti ais dan mengambil jus oren yang tersedia ada di dalam peti. di hirupnya jus itu.. segarnya!

kak timah pun masuk ke dapur tiba-tiba. mungkin nak masak. Rayyan bertanya kepada kak timah.

"kak timah..saya nak tanya ni..siapa perempuan yang bertudung tu? dia kerja sini ke? sebagai apa?"

"oh..yang itu.. cik Ana. Dato upah dia untuk merawat Datin sampai Datin sembuh. encik Rayyan dah berjumpa dengan dia ke?manis kan orangnya'. laju je kak timah berkata.

" merawat Mama.? yeke? tak adalah ,terserempak macam tu je tadi. nurse ke? ". Rayyan menjawap hanya sekadar berbasa-basi. tidak berminat dia dengan gadis seperti itu. not may taste katanya!

"bukan nurse...alah ape tu..fiso..fisoterapi..alah lebih kurang macam itulah. kak timah pun tak tau sangat. ". terbelit-belit lidah kak timah menyebutnya. nak sebut sangat kan!

Fisioterapi kot. kurus je aku tengok.. larat ke nak rawat Mama aku tu. lembik je nampaknya. baru terlanggar sedikit dah terjatuh. betul-betul macam nangka busuk.. geli hatinya teringat kejadian sebentar tadi.

Di Taman perkarangan Villa Qistina.

Adriana duduk sendirian di bangku yang diperbuat daripada kayu jati. Dia memandang pemandangan sekeliling. cantik dek bunga-bunga . dah macam nursery . siap ada pohon ceri lagi . teringat peristiwa tadi, membuatkan dia rasa seram sejuk. tak sangka, dia akan berjumpa dengan lelaki itu lagi.

dulu, lelaki itu yang membuatkan jantung nya dup dap dup dap. tetapi disebabkan peristiwa kereta lelaki itu dilanggar oleh syeda, dia rasa sebal. angkuh betul lelaki tu! dia berjanji, tidak mahu berjumpa dengan lelaki itu lagi,bayangnya pun tak  nak tengok tetapi sekarang kenapa dia ada kat sini.

apa hubungan dia dengan Datin Qistina? Anak sedara Datin ke? Or tak akan lah dia....... Rayyan yang Datin maksudkan tadi..! Oh My!! Dia ke anak Datin Qistina dan Uncle Sham???

Oh No!!! mesti bukan ni.. bukan bukan!! Adriana menjerit di dalam hatinya. Terasa debaran di dalam hati makin laju. aduh nak gugur jantung ni! Duduk pun rasa tak senang ni.

Dari jauh kelihatan Rayyan masuk dalam perut kereta BMW 5 series nya dan menderum laju keluar dari perkarangan Villa Qistina. Dia tak nampak aku..alhamdulillah.. lega hati Adriana .. di urut-urutnya dada itu. terasa sedikit tenang.

Kahwin dengan dia?Where stories live. Discover now