Bab 17

3.4K 73 2
                                    

"Janganla usik. Tengah sedap ni.. "

Terasa bengang dicuit-cuit begitu.. tetapi Rayyan tetap tidak berpaling dan masih menghendap Ana dan Datin Qistina yang berada di kolam ikan. Dia tidak peduli siapa yang mengcuitnya itu.

Terbongkok-bongkok Rayyan menghendap. Dengan punggungnya turut sama bergerak. Ke kiri ke kanan. Seperti goyang inul. Seksi juga. Dengan hanya seluar track dan t-shirt .

" eh dorang dah nak naik tu..baik aku buat-buat dont know.. "

Rayyan menutup langsir dan berpaling ke belakang.

"Oh mak kau langsir. !?. Ya Allah kak Timah kenapa berdiri belakang saya ni. Bagila salam . Ni cuit-cuit . Potong stim la kak Timah ni. "

Kak Timah menyengeh. Menampakkan giginya yang kuning. Bibir yang merah menyala. Bedak 2 inci tebal.

Rayyan memandang Kak Timah sambil mengurut dadanya. Kalau ni je la perempuan yang tinggal dekat bumi, dia sanggup tak kahwin.

"Maaf lah. Kak nampak Rayyan terbongkok-bongkok tadi lihat ke luar. Punggungnya ke kiri..ke kanan.. ke belakang.. ke depan ..ke atas ...ke bawah.. kayak goyang gerudi inul. Para penonton...bapak-bapak..ibu-ibu semuanya... jangan heran kalau Timah sedang goyang...yeahhhh!"

Kak Timah menyanyi sambil menggayakan goyang inul dengan punggungnya yang sudah jatuh seperti sudah beranak 5 itu. goyangannya seperti orang tua nyanyuk.

Loya tekak Rayyan tengok. Kak Timah memang tak malu depan dia.

-------------------------------------------------------
Di Taman..

"Mama. Jom kite masuk ya.. nak dekat senja dah ni. Ikan pun nak tido dah tu . Dah kenyang Ana bagi makan tadi..hehe esok pagi-pagi..kita datang sini lagi. Ana nak ajak mama .. poco-poco sama2. Amacam. Okey tak? Ana expert poco-poco ni"

"Hehe. Apa sahaja untuk Ana. Boleh sahaja . Esok pagi ya. Jom . Tolak mama ye."

" baik mem. Jom.. here we go.."

Di ruang tamu..

Kak Timah masih joget-joget ala orang tua tak sedar diri.. step semua hancur..

"Eii kak Timah ni. Sudah-sudah la tu.. joget macam apa ntah. Rayyan nak naik ni. Joget la sampai subuh. Bye"

Rayyan berkira-kira hendak naik ke biliknya..

Adriana dan Datin Qistina berada depan pintu masuk. Mereka sedang menyaksikan Kak Timah terkinja-kinja.

Adriana nampak Rayyan seperti hendak ke biliknya.

"Timah oi. Kenapa dengan kau ni . Senja-senja macam ni terkinja-kinja. Bawak mengucap Timah oi. Ya Allah nak gugur jantung aku Timah oii.."

Rayyan memberhentikan langkahnya serta merta. Kedengaran Kak Timah sedang di marahi oleh mamanya.

Dia berpaling. Dan .. mata mereka bersatu ,   Adriana dan Rayyan sedang saling berpandangan..mata mereka tidak berkelip..

Datin Qistina pelik.. Rayyan berhenti tiba-tiba.. dia berpaling ke belakang untuk melihat Adriana.. Adriana sedang bertentang mata dengan anaknya.. Rayyan.. adakah mereka? Datin Qistina senyum makna..

Timah yang sedang dimarahi pun berhenti serta merta dan juga menjadi saksi panahan mata Rayyan dan Adriana.

Rayyan..aku benci dengan kau..atas apa terjadi siang tadi ..tak akan dapat aku lupakan..

Ana..kau masih marahkan aku lagi ke.....? Tentang peristiwa siang tadi..?aku hanya bergurau....

"Ehem.. "

Kahwin dengan dia?Where stories live. Discover now