Bab 69

1.5K 32 13
                                    

Hai guys. Sorry la update lambat macam kura-kura. Aku sekarang ni tengah buat novel baru . So take time la sikit. So kalau cerita ni dah habis nanti, tak da lah korang lupakan aku 😢😢..Haha teruskan follow k. Last chapter nanti baru aku bagitau novel baru.

Dan.. tempat aku pun terkena banjir.. Doakan ya.. Pray For Jelebu, N9.

Dahi Adriana sudah berkerut menahan sakit yang tidak terhingga. Peluh sudah membasahi wajah. Rayyan yang berada di sebelahnya tidak melepaskan genggaman isterinya yang semakin kuat. Apabila contraction datang, Adriana akan sedikit mengerang menahan kesakitan. Menimbulkan rasa simpati di hati sang suami.

" Abang.. Sakit...."

" Ya.. Abang tahu sayang.."

" Ampunkan Ana.. Abang.."

" Ana tak ada apa-apa salah dengan abang.."

" Sakit.. Abang.."

Tidak kuat Rayyan melihat isterinya kesakitan begitu. Ingin sahaja dia mengalihkan kesakitan itu pergi kepadanya. Di dalam hati dia berdoa agar sakit Adriana itu dikurangkan dan diberikan tenaga untuk melahirkan zuriatnya.

Tidak lama itu, doktor tiba dan memberitahu sesuatu kepada Rayyan. Dia mengangguk dan menghadiahkan ciuman di dahi isteri tercintanya. Rayyan berkata sesuatu kepada Adriana dan wanita itu tersenyum walaupun dalam kesakitan dan dia keluar dari ward bersalin.

Rayyan duduk di kerusi menunggu dan mengeluarkan telefon bimbitnya. Belakangnya terasa lega dapat bersandar pada kerusi. Ada berpuluh miscalled. Dia mendail nombor tersebut.

" Assalamualaikum..Mama.. Rayyan dalam ward bersalin tadi.. Maaf tak dapat nak angkat call"

"Waalaikumsalam.. Ana macam mana Rayyan? Tak temankan dia ke?"

" Dah tadi Ma. Tapi Ana kena bedah.. Sebab high risk,dia kan baru sedar dari koma.. Lagi pula, dengan kandungannya sekarang, doktor tak syorkan untuk bersalin normal"

"Allahu. Tak apa Rayyan. Asalkan ibu dan anak sihat. Itu yang penting. Jangan lupa solat, doakan isteri tu. "

" Ya Ma. Rayyan nak solat ni. Nanti apa-apa Rayyan call semula ya. Jaga diri Ma. Assalamualaikum"

Selepas panggilan di akhiri, Jessi tiba dengan Zack. Mereka mengambil tempat di sebaris kerusi Rayyan sedang menunggu sekarang.

" Rayyan.. Ana mana? kena bedah ke?"

" Ya..Kesian aku tengok dia menahan sakit.. Aku tak pernah rasa macamni.. Bila isteri sendiri hadapi, aku rasa tak kuat.."

" Kau kena kuat sebab kau suami. Ana perlukan kau.. Doakan dia.."

" Ana dah banyak berkorban buat aku..Entahla.. Aku rasa macam aku tak boleh nak buat apa-apa"

" Tak baik cakap begitu. Ana tu sedang berperang melahirkan hambaNya. Zuriat kau. Besar pahala. Aku nanti pun nak rasa macammana bertarung nyawa melahirkan anak.. Nanti la..InsyaAllah, Kalau di berikan rezeki"

Zack sudah tersengih seperti kerang busuk mendengar kata-kata Jessi sebentar tadi.

" Betul tu Tuan.. Besar pahala puan Ana. Kami hanya mampu berdoa. "

" Terima kasih Jess Zack. Eh Aku solat dulu ya. Korang nak tunggu kat sini ke?"

" Ye.. Kami tunggu kat sini. "

" ok. Aku solat kejap"

Rayyan berlalu meninggalkan mereka berdua untuk menunaikan solat. Setelah Rayyan hilang dari pandangan, Zack kalih pandangannya kepada Jessi yang berada di sebelah.

Kahwin dengan dia?Where stories live. Discover now