Bab 15

3.5K 77 0
                                    

Tetapi....

Rayyan sengaja melepaskan tangan kiranya da mengakibatkan mereka berdua terjatuh kebelakang.

"Warghhhh...!"  Adriana menjerit.

Dada  Adriana bertemu dada Rayyan. Tanpa sedar semasa jatuh Rayyan telah memeluk  Adriana rapat ke dadanya. Senak dada  . Adriana Matanya tertutup. Perlahan2 dia membuka matanya.

Wajah Rayyan di hadapannya. Terlalu dekat.

Mata bertemu mata. Nafas bertukar nafas. Jarak wajah mereka hanya beberapa inci sahaja. Kedepan sikit pasti mereka akan bercium mulut.  Adriana cuba melepaskan diri tetapi pelukan Rayyan terlalu kuat. 

Adriana tidak mahu bibirnya yang masih suci belum pernah disentuh itu jatuh ke tangan Rayyan yang memang nampak bukan lelaki yang baik. Dia tidak mahukan itu terjadi.

"Awak buat apa ni Rayyan. Awak dah gila ke?! "

Rayyan masih menatap wajah Adriana. Buat pertama kalinya di berasa ingin melindungi gadis itu. Dari mata   Adriana yg kecil tetapi sangat indah itu, turun ke hidung  Adriana yang kecil dan comel.. paling tidak tahan.. bibir.. yang kecil dan munggil.tetapi ..dalam masa yang sama, nafsu lelakinya membuak-buak. Teringin hendak mengucup bibir itu. Keinginan lelakinya meronta-ronta.

Adriana cuba melepaskan diri. Tangan  Adriana masih memeluk pinggang Rayyan dan terhimpit dek badan Rayyan. Dengan semua kekuatan yang ada. Tangan kananya mencakar pinggang Rayyan. Itu sahaja caranya untu melepaskan diri.

Seraya Rayyan melepaskan pelukannya ke atas Adriana.

"Adoiiii...sakit laaaa... kenapa kau cakar aku ha pempuan?!"

Adriana bangun da membetulkan pakaiannya.

"Awak tipu saya kan?! Awak tak sakit pun tapi buat-buat sakit. Jangan pikir saya akan tertipu lagi. Ni amaran . Jika awak buat lagi saya tak akan teragak-agak tuk melawan. Saya tak peduli awak anak majikan saya ke apa., faham?!"

Adriana terus berlalu pergi meninggalkan Rayyan yang terpinga2.

"Aduh.,,sakitnyala.. tajam betul kuku dia..,aduhhh"

Tangan kiri Rayyan meraba tempat cakaran  Adriana itu. Basah. Dia melihat jarinya ada kesan darah. Kuat cakaran  Adriana sampaikan berdarah di buatnya.

"Jaga kau perempuan. Tengok apa aku akan buat. Kau sakitkan aku?! huh. Tengok. Aku kan sakitkan kau pula lepas ni. Tengokla." Rayyan senyum sinis sendiri.

Dengan perlahan-lahan Rayyan cuba bangun sendiri dengan memegang kerusi roda itu. Sebenarnya. Pinggangnya tidak la terlalu sakit sampaikan perlu kerusi roda. Dia hanya mahu menyakat Adriana   . Tapi tak sangka gadis itu betul2 masuk ke dalam perangkapnya,

Rayyan boleh bangun sendiri. Sakit pinggangnya hanyala sementara. Dia berjalan ke arah tempat peraduannya dan merebahkan dirinya di atas tilam yang empuk.
Dengan masih bertuala. Dia baring memandang ciling biliknya.

Masih terbayang adengan sebentar tadi. Rayyan tersenyum.
Adriana nampak cantik apabila sedang malu. Wajahnya merah. Matanya yang kecil tidak tahan menatap mata Rayyan yang bisa meruntuhkan iman mana-mana gadis.

Rayyan memeluk tubuh. Masih lagi dapat rasakan tubuh  Adriana yang melekat pada tubuhnya. Berbeza dengan suzy , wanita yang selalu bersamanya. Terlalu bebas dan mudah menyerahkan tubuh kepada lelaki tanpa ikatan yang sah. 

Adriana sangat berlainan. Mungkin sebab tubuh  Adriana yang terlalu tertutup. Rayyan jadi ingin tahu..mungkinkah dia masih suci.? Kita tengok...

Rayyan terlelap...

-------------------------------------------------------

"Eh  Adriana ke tu . Kenapa berlari laju macam tu. Sakit perut ke.?!"

Adriana berlari melewati bilik Datin Qistina dan menyebabkan tanda tanya. Baru sahaja dia menyuruh  Adriana memberikan gelang untuk dibaiki kepada Rayyan.

Datin Qistina melakukan sedikit senaman tangan dan kaki untuk mengelakkan lesu kerana lama terbaring.  Adriana akan membawanya ke taman sekali sehari untuk ambil angin luar. Dia sangat menyukai  Adriana kerana melayaninya penuh adab dan mesra.

"Kan bagus   Adriana duduk sini sampai bila-bila. Mahukah dia... "

Datin tersenyum sendiri..

Kahwin dengan dia?Where stories live. Discover now