Bab 43

1.8K 58 14
                                    

belanje like and komen sikit sayang 😘😘😘. Jom sambung.

"Ana.. okay tak? Ana..?"

Adriana masih merenung wajah Rayyan yang di hadapannya. Dia masih blur .. mata masih rasa sedikit berpinar .Rayyan masih merangkul pinggang Adriana mengelak dari terjatuh. Adriana baru tersedar apabila cahaya flash camera penuh di sekelilingnya dan bunyi bising suara orang.

Apasal semua dok tangkap gambar aku ni. Adriana cuba berdiri. Kepala sedikit pening tapi mukanya rasa tebal. Malu. Semua orang melihatnya. Ada yang bertanya kenapa kenapa kenapa.

"Awak ok tak Ana? kepala sakit ke? Nak balik?"

"Saya ok. mungkin pening dengan flash camera ni"

Emcee majlis pun tiba.

"Tuan Rayyan, kenapa dengan Cik Adriana ? Sakit ke? Nak saya bawa ke bilik berehat?"

"Cik Adriana dah okay. Pening je sikit. Mana meja kami ya?"

"Di sini Tuan"

"Terima kasih"

Tempat duduk VVIP di barisan hadapan.

"Maaf semua tetamu yang hadir. Cik Adriana kita pening sedikit sahaja , tiada apa yang serious. Mari kita mulakan majlis kita pada harini "

Rayyan dan Adriana ke meja VVIP mereka.

"Ana betul ni okay? "

Adriana senyum.

"Ye saya ok  . saya nak tanya kenapa semua orang tangkap gambar kita tadi? saya bukan artis pun. saya pening kepala sebab tu lah tau dan.. emcee tu cakap apa tadi . CEO? "

"Sebab awak cantik sangat malam ni sayang. Abang rasa tak tahan pula tengok"

Mata Adriana membulat dan ingin mencubit Rayyan.

"Eh sayang jangan cubit kat sini  Ramai wartawan ni. Nanti masuk surat khabar taulah"

Adriana melihat sekeliling, Tv tempatan pun ada.

"Jawap soalan saya Rayyan. saya salah dengar ke tadi. Awak CEO Hotel ni?"

Rayyan saja taknak menjawap pertanyaan itu. Dia buat-buat tak dengar. Biar Adriana tahu sendiri nanti.

"Kite menjemput , CEO Avenuel Hotel naik ke pentas untuk memberikan sepatah dua kata, Tuan Syed Syafiq Al Rayyan Bin Dato Syed Shamsul ke pentas, dipersilakan"

"Kejap eh sayang"

Aku tak salah dengar. Memang hotel ni bapak Rayyan yang punya . sekarang Rayyan dah jadi CEO?Patutla dia relax je lepak kat rumah. Gila la aku tak pernah tahu. Aku ingatkan keluarga Rayyan ni bisness biasa macam Megah Holding tu. Papa.. Papa..

Rayyan naik ke pentas dengan penuh bergaya, maskulin, kacak bergaya. Tak seperti yang dia lihat hari-hari yang penuh poyo dan gatal miang keladi. Harini di depan semua orang, Rayyan terlihat seperti orang lain. Rasa seperti dua individu berbeza. Orang ramai menghormatinya. Tapi kalau dengan aku, hari-hari mesti nak bertekak punya. mau tak nya, gatal sangat. Eii

Rayyan sedang memberikan ucapan. Betul ke dia CEO . Macam susah nak percaya je. Adriana masih duduk dan melihat Rayyan memberikan ucapan.

"excuse me Cik Adriana, Awak okay? "

Ada seseorang menegur dan Adriana memusingkan kepalanya. ada orang berdiri di sebelahnya kirinya.

"Eh awak . Encik Danial kan? Macammana awak tahu nama saya?"

Kahwin dengan dia?Where stories live. Discover now