Bab 28

2.2K 57 0
                                    

Assalamualaikum.. maaf kerana lama sangat tak update novel ni.. mesti tertunggu-tunggu kan?

Bismillah.. Moga kita semua di lindungi dari wabak penyakit covid19.

-------------------------------------------------------

Adriana merebahkan tubuhnya di atas katil. di capainya alat kawalan jauh TV yang berada di sebelahnya.

Tv dihidupkan. satu persatu Adriana menekan butang tersebut.

" Bosannya lah cerita ulang-ulang Astro ni!"

Hmm..

Telephone bimbitnya bergetar..

"siapa wasap aku malam-malam ni.. "

' sayang dah tidur ke?'

Berderau darah Adriana apabila melihat mesej itu dan pengirimnya. Terasa peluh di dahi.
Terbayang peristiwa siang tadi. Rayyan mencium dahinya tiba-tiba dan meluahkan perasannya kepada Adriana.

kalau nampak kat orang dah tentu jadi fitnah.

"aduh nak balas apa ni.. hmm tak payah balas la.. biarkan dia"

Adriana kembali menonton siaran Astro .

Telepon bergetar lagi..

ada wasap ..

"abang nak jumpa Ana sekarang. Abang datang bilik Ana ye. "

Buntang mata Adriana. cepat dia kearah pintu bilik dan ingin cepat-cepat kunci dari dalam.

sebaik sampai sahaja di pintu biliknya, belum sempat dia menekan butang di tombol pintu biliknya, pintu tersebut di tolak dari luar secara perlahan. Adriana menahan pintu dari dalam. Jangan cuba-cuba lelaki masuk dalam bilik dia. Haram!

" siapa ? jangan la tolak pintu ni"

"Cinta hati awak lah.. bukak pintu ni Ana. Abang ada hal nak cakap dengan awak"

cinta hati? ehhh

"esok siang lah.. dah malam ni.. saya pun dah tidur.."

Adriana pura-pura menguap.

" Ana. Nak abang terajang pintu ni ke? baik keluar sekarang. kang kalau abang masuk dalam, awak tak kasi abang keluar bilik awak pulak"

Kedengaran Rayyan ketawa di luar.

" kejap. saya pakai tudung kejap. awak jangan tolak pintu ni . "

Rayyan hanya diam dan menunggu Adriana keluar dari bilik.

Adriana hanya menyarungkan tudung bawal yang memang dah tergantung di balik pintunya. berseluar tidur serta baju tidur Totoro warna kelabu. Dia menolak pintu biliknya.

" awak nak apa . pukul 12 malam tau tak? orang semua dah tidur ."

" Abang ada wasap awak. awak tak tengok ke?"

" saya dah tidur la mana bukak wasap tu"

" bohong la... dah bluetick kot mesej tu.. hmm jom kita duduk depan Tv kt ruang tamu kejap."

" cakap je la kat sini ...apa halnya?"

"jomla.. awak buatkan air teh o panas eh. bawak biskut lemak sekali . abang tunggu awak kat bawah"

Rayyan terus turun ke bawah tanpa menunggu Adriana berkata-kata.

tengah-tengah malam.. aku jugak kena melayan tuan rumah.. aduhaiii...! waktu kerja dah habis kot..

Adriana turun dah terus ke dapur. menyediakan yang di minta oleh Rayyan.

Rayyan menonton TV sambil ketawa.. cerita tak best pun nak ketawa bagai.. tak lawak la.. apa ntah..

Adriana menbawa dulang berisi teko teh o ais dan biskut lemak yang di minta dan meletakkan di hadapan meja di depan Rayyan.

Adriana melabuhkan punggungnya di kerusi hujung . jauh dari Rayyan.

" apesal jauh sangat duduk tu Ana. Meh la sini duduk sebelah abang.."

" tak mau lah.. cakap je la nak cakap apa.. saya dah mengantuk ni"

Rayyan bangun dan duduk di sebelah Adriana.

Adriana mengesotkan badannya . ingin anda penjarakan sosial di antara mereka.

" Jom kahwin"

Adriana terkejut. betul ke aku dengar. ke drama dalam tv yang tengah terpasang tu punye dialog?

"hah?"

" saya serius ni Ana.. saya tak main-main... "

kejap aku.. kejap saya.. kejap abang..

"Apesal tiba-tiba je eh? awak demam ? saya amikkan ubat tuk awak"

Adriana berkira-kira hendak bangun tapi tangannya di tarik oleh Rayyan dan terjatuh di atas riba Rayyan.

" Rayyan.. tak elok macamni. lepaskan saya.."

Adriana rasa tak selesa di sentuh begitu.. dia ingin melepaskan diri tapi pinggangnya di rangkul kemas oleh Rayyan. aduh ni kalau kena tangkap basah mati aku.

"Ana. saya cintakan awak..saya... saya.. tak tahan tengok awak.. dan saya nak halalkan hubungan kita"

" Rayyan lepaskan saya sekarang.. tolong jangan macamni. Haram . kalau pembantu yang lain tengok macammna? kalau kena tangkap basah macamnana? awak lepaskan sy"

" maid semua balik kampung.. mama dah tidur.. awak dan saya je kat bawah ni sekarang... sayang.."

sambil jari Rayyan menyentuh lembut pipi Adriana. Dia mendekatkan bibirnye ke Adriana. Geram melihat bibir Adriana yang mungil.. tak tahan aku nak cium dia ni. dalam hati Rayyan.

"pang !!!"

Adriana menampar pipi Rayyan. Dia menolak kuat tangan Rayyan .

sambil berdiri Adriana terlihat marah dan juga sedang menangis.

"awak tak boleh buat saya macamni Rayyan. kita ada batas . awak tak boleh sesuka hati sentuh saya . macam yang awak buat siang tadi! awak dengan saya bagai langit dan bumi. dan saya sedar kedudukan saya. tapi awak tak boleh sewenang-wenangnya sentuh saya sesuka hati awak !"

"Ana.. bukan macamtu maksud saya"

Adriana berlari ke bilik meninggalkan Rayyan yang terkulat-kulat sendirian. menyentuh pipinya . pedih! kuat penampar minah ni.. hmm aku pun satu.. apesal la tak boleh kawal nafsu tadi..

Aku susah nak kawal.. sebab aku dah jatuh hati dengan Adriana.. Aku..Aku nak bersama dengan dia..Aku rasa gembira dengan dia.. Aku dah tinggalkan perangai buruk aku sejak aku kenal dia.. Sukar untuk aku tahan getar di hati ni..

Rayyan meletkkan tangan kanannya ke dada kiri.

Dup dap dup dap..

jantungnya berdegup kencang setiap kali bertentangan mata dengan Adriana. apatah lagi menyentuh.. Tidak sabar nak menghalalkan hubungan.. Aura Adriana terlalu kuat, dia pakai minyak pengasih ke?

Mahu kah dia jadi isteri aku? Mahu kah dia bersama dengan aku selamanya? Mahu kah dia memaafkan aku?

Maaf Ana.. aku bukan sengaja.. Aku hanya terlalu ingin memiliki kau Adriana..

Rayyan baring di sofa dan mengambil telepone bimbitnya dan menaip sesuatu.. Telepone bimbit di letakkan di atas dada ..

Terbayang.. Adriana dengan wajah yang polos.. mengenakan baju tidur Totoro yang sangat comel.. Dengan penampilan begitu. menutup aurat menambahkan lagi kegersangan di hati Rayyan..

Mungkin dia jaga aurat dia tuk aku kot.. untung la aku nanti ..

Kahwin dengan dia?Onde histórias criam vida. Descubra agora