Bab 66

1.2K 31 17
                                    

Hai semua sorry lambat. Selepas saya menyiapkan novel inggeris " Heaven On You" untuk pencalonan Watty Award 2021, saya bertungkus lumus untuk update novel ni pula. Ye walaupun dah sebulan lebih, saya minta maaf ya lambat. Jangan marah tau 😘😘😘😘

"Ana... Abang rindukan Ana sangat-sangat.."

Rayyan menghelakan nafas berat. Matanya merenung ke luar tingkap. Cuaca mendung seperti hendak hujan. Pandangannya kosong. Sekosong hatinya sekarang. Matanya tertancap pada pasangan suami isteri yang sedang berjalan berpimpin tangan. Mereka tampak bahagia. Rayyan tersenyum,dia merindui seseorang yang sangat bermakna dalam hidupnya. Dia rindu.. Rindu akan kenangan yang sentiasa menjengah mindanya.. Fikirannya mulai melayang jauh..

flashback...

Rayyan duduk di meja kerjanya. Bahunya rasa lenguh asyik merenung laptop dihadapannya itu.. Kertas kerja harus disiapkan secepat yang mungkin.. Kerja dari rumah agak meletihkan kerana banyak duduk sahaja tetapi dia tiada pilihan.

Apa minah tu buat sekarang ya?

Rayyan tersenyum. Bayangan Adriana muncul dihadapannya. Senyuman, gerak tubuh, jelingan mata.. dan suara...Sungguh mengasyikkan... Rasa terbuai..

Eh apa aku fikir ni... Kerja.. Kerja.. siapkan kerja kau dulu Rayyan ... Jangan sampai hilang fokus...


" Mama.. Kita rehat dulu ya.. Sekejap lagi kita sambung.. Ana nak turun minum sekejap.. Mama nak apa-apa?"

" Tak ada apa .. Ana turunlah.. Mesti dahagakan.. Kesian Ana"

" Hehehe Ana dah biasa macamni. Ok Mama rest ya"

Datin Qistina mengangguk . Adriana berlalu meninggalkan wanita tua itu. Mata Adriana beralih pada bilik Rayyan, pintunya tertutup rapat.

Tidur lagi ke? waktu macamni selalunya dia dah turun. Macam perempuan je suka duduk dalam bilik.

Adriana membuat tanggapan sendiri. Jam menunjukkan 11 pagi.

Selesai sesi pertama terapi pada Datin Qistina, Adriana berehat sebentar dan turun ke dapur untuk mencari air bagi membasahkan tekaknya yang kering. Fizikal Datin Qistina sekarang agak gempal, membuatkan Adriana terpaksa menggunakan tenaga yang banyak. Datin Qistina berselera setiap kali makan sejak gadis itu tinggal bersama dengan mereka, mungkin itu salah satu sebab berat majikannya itu naik mendadak.

Adriana mengambil coklat di dalam peti ais dan menarik kerusi meja makan di dapur itu. Punggungnya dilabuhkan. Dia mahu berehat sebentar sebelum menyambung semula terapi. Gadis itu  kelihatan agak termengah-mengah sebab menggunakan banyak tenaga semasa terapi di jalankan.
Sedang Adriana mengunyah coklat , dirinya ditegur seseorang.

" Cik Ana.. Kak Timah nak ke pasar sekejap ya.. Kak Timah dah beritahu Datin.."

Kak Timah yang berbaju kebaya dan sanggul di kepala tidak seperti hendak ke pasar je gayanya. Lebih seperti ibu tunggal yang ingin mencari pasangan hidup.

" Nak Ana temankan ke?"

" Eh tak perlu.. Cik Ana pun ada kerja kan?"

" Ye tengah buat fisio kat Mama. Belum siap lagi. Ana tengah berehat. Kak Timah hati-hati ya. Kain tu nampaknya ketat, kalau terjatuh bangun sendiri tau"

Kahwin dengan dia?Where stories live. Discover now