Bab 34

2K 56 10
                                    

Sudah hari ke tiga. Adriana masih tidak sedarkan diri. Rayyan tetap setia menunggu . Adriana di tempatkan di ward biasa. Syeda menemaninya sebaik sahaja mendapat khabar buruk itu.

Syeda mengelap badan Adriana menggunakan tuala yang di rendam dengan air suam. Tudung Adriana di tukarnya sehari sekali.

"Syeda, awak dah makan ke? kalau belum, awak pergi makan. saya jaga Ana"

" kejap lagi saya keluar makan ye Rayyan"

"Ok, saya tertanya-tanya la.. macammana si Ikram tu boleh tau Ana kat mana. tak mungkin dia ada no phone Ana. "

"Erk, saya pun tak tahu lah Rayyan. Eh Rayyan saya keluar makan dulu tau, saya tak tahu saya balik ke tak. saya pergi dulu tau "

Syeda bergegas keluar secara tiba-tiba.

Apesal perempuan ni. Macam ketakutan je. Hmm mungkin dia terlalu lapar kot. Ah lantak lah.

Rayyan mengambil tempat di kerusi di sebelah katil Adriana. Di tenungnya wajah Adriana yang bersih. Rasa bersalah kerana lambat sampai. Tangan kiri Adriana di sentuh, di usap dan di cium dengan penuh kasih sayang.

"Dah puas cium tangan saya tu Rayyan...?"

Rayyan memandang ke arah Adriana yang sedang tersenyum walaupun agak lemah.

" Eh Ana dah sedar ? saya panggil doktor ya "

Rayyan menekan butang kecemasan di belakang katil Adriana, tidak lama itu datang jururawat bersama doktor. Rayyan di arah keluar dari bilik untuk pemeriksaan ke atas Adriana.

Doktor keluar dari bilik usai sahaja membuat pemeriksaan.

" doktor, macamna keadaan Adriana sekarang?"

" Cik Adriana dah sedar dan boleh pulang harini, dalam 4  minggu lagi datang untuk membuat pemeriksaan pada tangan yang patah tu. buat masa ni, Cik Adriana tidak boleh membuat kerja-kerja berat. Biar kan dia rest . jururawat akan uruskan dokumen discharge Cik Adriana."

"Alhamdulillah.. terima kasih banyak-banyak doktor"

Di dalam bilik, Jururawat sedang membantu Adriana untuk membersihkan badan dan mengenakan pakaian .
-------------------------------------------------------

Adriana cuba hendak mengambil air tetapi disebabkan tangan sebelah kanannya patah jadi pergerakannya terhad.

"Awak nak air ya. sekejap saya bantu"

Rayyan menuangkan air masak ke dalam cawan dan di hulurkan kepada Adriana.

"Terima kasih"

Rayyan senyum.

"Rayyan.. saya..."

"Kita cerita kemudian ya Ana.. Yang penting sekarang awak selamat. Tu yang utama.."

Cawan di hulurkan semula kepada Rayyan.
Adriana baring secara perlahan-lahan. Badan dan kepalanya rasa sakit.

"Betul ke tiga hari saya tak sedarkan diri?"

Rayyan mengangguk.

" Badan saya sakit.. kepala saya pun sakit.. bila saya cuba nak ingatkan ape yang dah jadi, kepala saya sakit berdenyut-denyut"

" Awak rest dulu Ana. Jangan pikir apa-apa ya"

Jururawat masuk dan menyerahkan dokumen discharge . Adriana dah boleh pulang ke rumah dan dia tidak mahu mengunakan kerusi roda kerana dia boleh berjalan sendiri.

" Awak boleh jalan sendiri ke Ana? kalau tak boleh, saya boleh dukung awak sampai ke kereta"

" Eh tak perlu. saya boleh jalan . Tangan je patah. Kaki saya ok lagi"

Kahwin dengan dia?Where stories live. Discover now