Bab 19

2.7K 58 0
                                    

Memikirkan arahan Datin Qistina untuk menemani Rayyan ke Kemaman membuatkan Adriana rasa gelisah.. tak senang duduk.. tak lena tidur.. tidak mahu berduaan dengan anak majikannya itu. Bukan mahram. nak nak pula dengan peristiwa berpelukan haritu, masih terbayang di fikirannya. malu nya aku !

Adriana baring. Tiba-tiba perut nya berbunyi. lapar pula tengah2 malam. tengok jam di telefon bimbitnya.

"Ah pukul 1 pagi lapar lagi. Turun sekejap la tengok apa yang ada. Buat maggie ke. telur mata sebiji. cili api banyak sikit. Biar esok tak dapat ikut si Rayyan tu. Malas la aku. "

Adriana senyum. Gembira ada alasan untuk esok. Alasan dia sakit perut.

Dengan perlahan, Adriana turun ke dapur. Dia tidak mahu mengejutkan orang orang dalam rumah tu yang sedang tidur pikirnya.

Rayyan sedang menonton televisyen di ruang tamu. Dalam gelap . Di ambilnya alat kawalan jauh itu dan tekan satu persatu. Tekan dan terus tekan. Tak tahu cerita apa yang nak di tontonnya. kerap menekan butang alat itu, tak lama lagi jahanamlah.

"Ah bosan betul la harini, kat tv pun takde cerita best. asyik ulang cerita yang sama je . tak habis habis . "

Dia menekan butang off alat kawalan jauhnya itu dan serta merta tv pun gelap. Dia baring di atas sofa sambil mencuba untuk melelapkan mata.

tiba-tiba terdengar derap langkah orang. Rayyan menoleh. Terlihat seperti kelibat manusia ke dapur.  Dengan perlahan dia ke dapur.

" Haaa ada pun maggie sedap.. buat maggie goreng lah.. sebungkus atau 2 eh"

" Buat 2 bungkus.. aku pun lapar ni.. lapar pula tengah2 malam.. aku nak telur goreng sekali. kalau ada sayur sawi letak sekali. telur tu aku tak nak garing sangat.. yang kuning tu aku tak nak mentah.. cili api letak sikit. dah siap nanti bawak ke depan tv. "

Selepas bagi arahan. Rayyan terus ke ruang tamu dan menghidupkan semula tv nya.

Terkejut  Adriana di buatnya.. mamat ni sejak bila ada kat sini pulak.. adoiii.. dah kena teman dia makan la pulak. terus panjang muncung Adriana. spoil la

Adriana cepat2 menyiapkan maggie goreng telur mata .

" Cepat sikit cik adik oiii.. abang kau ni lapar ."

laung Rayyan dari ruang tamu

Adriana dengan berhati2 membawa makanan dan air yang di pesan oleh Rayyan dan di letakkannya kat atas meja di depan Rayyan.

"kenapa satu je ? kau punye makanan mana?"

" saya makan kemudian lah. Tuan makan lah dulu ye. "

" makan sekali. ni arahan! pegi amik pinggan kau tu"

Dengan muka bengang, Adriana ke dapur dan mengambil sepinggan maggie goreng dan bawa ke ruang tamu. 

" kenapa jauh sangat. Duduk sebelah aku ni. Teman aku makan. Kan aku dah kata .. Aku tak suke..."

" Tak suke makan seorang diri. ya saya faham . saya tengah teman lah ni. "

Adriana akur dan duduk di sebelah Rayyan tapi di jarakkan sikit . Biar ada ruang . Adriana tak nak cari pasal, jadi dia ikut sahaja arahan Rayyan.

Dengan ekor mata Adriana, dia melihat orang kat sebelahnya tu makan dengan penuh berselera. sedap sangat ke maggie goreng tu. maggie je pun.

"Tuan kenapa duduk dalam gelap. saya tak perasan tuan ada dekat sini tadi. maaf saya mengganggu malam-malam.. "

Rayyan senyum.

"sedap eh maggi goreng kau ni.. kau letak ape eh? baik kau cakap sekarang.. kau ade letak coli ke dalam ni? penambah perisa. "

Bulat mata Adriana. Geram

" Haah.. saya letak coli.. tapi bukan saya punya.. Coli Kak Timah saya amik .. Coli dia yang tak basuh lagi tu. saya amik, saya rebuskan sekali dengan maggie tu tadi. sedap kan?"

Tersembur Rayyan . Keluar sekali dengan maggie2 yang tak habis kunyah.

Adriana terus menghulurkan air dan dengan laju Rayyan minum. Rayyan kembali stabil. Nasib tak mati tercekik. Di ambilnya tisu dan lap kotoran di mulutnya.

Adriana ketawa. Ketawa sampai sakit perut dia.

Rayyan pandang Adriana. Tak pernah dia tengok Adriana ketawa sebegitu semasa bersamanya. Coli Kak Timah buatkan Adriana ketawa sebegitu.

" Maaf.. saya tak tahan nak gelak. hahahahahah"

Adriana sambung ketawa. Dia terlupa dia dengan siapa sekarang.

Rayyan mendekatkan dirinya ke tubuh Adriana. Di pandangnya wajah gadis itu yang hanya sejengkal jaraknya..

" Dah habis ketawa?

Adriana angguk perlahan. Rayyan terlalu dekat dengannya. Dah kenapa mamat ni.

Adriana mencuba untuk mejarakkan diri tetapi terhad. Rayyan terlalu hampir dengannya.

Gadis di depannya sangat menjaga aurat. Walapun malam, setiap kali Adriana keluar dari bilik, tudung tak pernah tanggal dari kepalanya. cuma malam ni ada sedikit kelainan, Adriana hanya mengenakan tudung bawal, baju lengan panjang dan kain batik.
Ada sifat gadis melayu di situ. Rayyan jarang melihatnya. Sedikit menggetarkan nalurinya. Rayyan tidak pernah melihat aurat Adriana.

"ke... ke.. kenapa tenung saya macamtu. "

Rayyan senyum nakal.

Meremang bulu roma Adriana serta merta.

"cantik kau pakai macamni. dah macam gadis melayu terakhir.. kalau Mama jodohkan kau dengan aku pun aku sanggup.."

Rayyan menjarakkan tubuhnya dan duduk seperti biasa.

"maggie ni kau nak ke tak ni? kalau tak nak bagi aku je. "

Rayyan ambil maggie goreng yang belum di sentuh Adriana dan terus di suapkan ke mulutnya. Seperti tiada apa-apa yang berlaku. Membuatkan Adriana merah padam dek malu.

" Tuan. saya naik ke bilik dulu ya. Maaf tak dapat teman sampai habis. esok pagi-pagi saya kena bawak Datin kat taman kat bawah. saya naik dulu ya. Assalamualaikum"

Adriana bangun dan berjalan terus ke biliknya tanpa menoleh ke belakang. Malu sangat-sangat !

Dengan aku pun nak malu.. ape la minah tu..

Rayyan selesai makan dan naik ke kamar. Lalu depan kamar Adriana, sunyi. Dah tidur mungkin. dah lewat pagi.

Rayyan terus berlalu dan masuk ke kamarnya.

Baring di atas katilnya. Masih terbayang. Adriana ketawa besar. Tidak pernah sekali pun dia ketawa sebegitu tatkala bersama Rayyan.

Kain batik yang di pakai Adriana buat Rayyan gelisah. Lagi membuatkannya rasa tak tentu hala, ada aura lain macam. seperti ingin menggodanya. Jangan. Adriana gadis yang baik. Jangan sesekali buat perkara tidak elok ke atas gadis itu.

Rayyan bangun dan masuk ke bilik mandinya. membasahkan badan. ingin membuang segala fikiran nakalnya itu. Dia tidak akan sesekali membuat perkara tak baik kepada Adriana.

Adriana dan suzy jauh berbeza. Penampilan. Tingkah Laku. Suzy lebih rela ''memberi'.

Rayyan bersama suzy seperti suami isteri. Haram di halalkan. Sedikit pun tidak diketahui oleh Papa dan Mamanya.

Rayyan ada terfikir untuk berhenti dari membuat dosa tetapi nafsu yang sentiasa bergelora membuatkan dirinya susah hendak berhenti tetapi apabila bersama Adriana, Rayyan dapat menahan semua itu. apa maksud semua itu?

Kahwin dengan dia?Where stories live. Discover now