Bab 10

4.5K 100 12
                                    

"Aku pula yang kene basuhkan pinggan makan dia.. ingat aku orang gaji ke kat rumah ni. aku hanya ditugaskan untuk merawat Datin je la. aishh.. ".. Adriana membebel sendirian.

selesai sudah tugas yang di arah kan oleh "Tuan " Rayyan, Adriana berkira-kira hendak naik ke bilik tapi di tegah oleh suara Rayyan yang memanggilnya.

" oii minah. kau nak pergi mana tu? ada aku suruh kau pergi mana-mana ke ha? kau mari sini"

Asriana malas nak bertekak.. dia berjalan ke arah ruang tamu di mana Rayyan sedang menonton televisyen dan duduk di salah 1 sofa milik majikannya.

"hey..hey.. siapa suruh kau duduk? ada aku suruh kau duduk? berdiri sekarang depan aku"

Tanpa banyak cakap Ana pun berdiri betul-betul dihadapan Rayyan.

"ye saya ye Tuan..apa yang saya boleh bantu?"

Rayyan hanya memandang Adriana dari atas ke bawah bawah ke atas tanpa bercakap sepatah pun perkataan. Dia meneliti setiap tubuh gadis tersebut. Tiada yang menarik . pakai baju longgar. seluar track. tudung ikan bawal.. eh bawal.

Adriana rasa tidak selesa di tenung begitu. Nasib la anak majikan..kalau tak.... aku da bagi kaki da kat tempat intim dia.. getus Adriana di dalam hati.

" ni aku nak beritahu .. kau kena pasang telinga elok-elok ya. kalau tak.. buang telinga tu.."

"iye Tuan.. saya sedang mendengar ni.. "

"ehem.. kat rumah ni ada beberapa peraturan yang kau kena ikut. kalau kau melanggar peraturan.. kau akan di denda. aku sendiri yang akan bagi hukuman kat kau.. okey. 1. aku nak kau temankan aku makan. tak kisah la sarapan ke , makan tengahari ke, makan malam ke, makan jajan depan tv ke.. kau mesti menemani aku. ada apa-apa soalan berkenaan dengan syarat pertama ni?"

" hmmm... ada.. kenapa mesti saya. saya ada tugas merawat Datin. Kak Timah kan ada. dia boleh temankan Tuan bila-bila saja"

Kak Timah yang kebetulan lalu terus tersengih-sengih menampakkan gigi kuning kak Timah. tak gosok gigi ke dia?

"ha.. melawan..melawan.. kau ni pun..ikut je la arahan aku...bukan susah pun. teman aku makan je la.. aku tak boleh la makan seorang diri. kalau kau tak nak buat, aku potong gaji kau. ingat, im the boss in the house!". Rayyan menempik lagi.

Terkejut  Adriana sampai kebelakang di buatnya. Berdesing telinga di buatnya. Hari-hari macamni boleh pekak.

"baiklah bos. saya menurut perintah.".

" Bagus.. okey peraturan yang kedua.. hmm.."

Rayyan diam.. mungkin sedang berfikir syarat yang kedua. lama dia mendiamkan diri.

Kaki Adriana da naik lenguh berdiri.

"okeylah.. syarat yang kedua nanti kemudian ya. buat yang satu tu dulu ya. okey lah aku nak keluar sekejap. " Rayyan terus bangun dan beredar ke biliknya setelah 5 minit berfikir. mungkin bersiap untuk berjumpa dengan rakan-rakan. Barangkali la.

"what? die suruh aku berdiri lama-lama depan dia pastu die terus bla macam tu je? "

Ana geram dan terus menyepak sofa di depannya tanda protes. Dia terus duduk dia atas sofa. lega.. lenguh-lenguh kakinya berdiri terlalu lama.

"arghhh..leganya la dapat duduk.. lama betul la Ayan ni bersiap. mengalahkan pempuan."

Ayan gelaran Rayyan yang Ana sendiri berikan. kalau Rayyan dengar memang habis dia.

"apa? ayam? ayam nak masak ke? dalam peti kan banyak lagi. "

Rayyan tedengar omelan Ana semasa dia hendak menuruni tangga. dia hanya mendengar perkataan yang seakan-akan tapi tidak tepat. Adriana betul-betul bernasib baik.

"aduh.. sakit perut la pulak.. dah hujung-hujung ni.. "

Rayyan berlari menaiki tangga dan terus masuk ke dalam biliknya melepaskan hajat.

"Alamak dia dengar ke. bila masa aku sebut ayam. aku sebut Ayan. sah-sah tahi telinga da penuh ni. punyalah jauh ayam dan Ayan. hmm..mana pulak dia , bukan ke dah dekat tangga tadi. pelik betul " . Adriana bercakap sendiri.

Adriana berasa letih.Dia terus membaringkan dirinya di atas sofa mewah Dato Shamsul yang baldu dan berbentuk L itu.

"alahai..selesanya la sofa ni.. lembut.. sedapnya kalau da..pat.. ti...ti....duur....... ni..."

Adriana terlelap. Dia betul-betul letih melayan karena Rayyan yang entah apa-apa tu..

tiba-tiba Adriana berada di suatu taman yang indah.. yang tidak pernah dia kunjungi dan juga tidak pernah dilihat di kaca tv ataupun dalam majalah..

Dia berada di taman yang sangat harum, mungkin haruman dari bunga-bungaan yang sangat cantik. Dia memakai gaun putih yang sangat cantik dan nampak mewah. kain yang diperbuat daripada kain satin dan chiffion serta lace. terasa seperti cinderella.

Adriana bangun dan berdiri. dia memandang sekeliling. rupa-rupanya dia di kelilingi bunga-bungan yang menyejukkan pemandangan. tak jauh daripada tempat Adriana berdiri, kelihatan seorang lelaki bersut putih yang sedang duduk dan menundukkan wajahnya memandang tanah. menjadi tanda tanya buat Adriana. siapakah lelaki itu? Jodoh aku kah?

Adriana berjalan dengan penuh sopan dan berhati-hati. perasaan takut menerjah di hati tetapi dia cuba memberanikan dirinya. perlahan dan perlahan dia berjalan.

sekarang Adriana betul-betul dihadapan lelaki itu. lelaki itu masih menundukkan wajahnya ke tanah.

Adakah lelaki itu tidak sedar akan kehadiran ku? tak kan dia pekak dan buta? menjadi tanda tanya buat Adriana.

Adriana cuba untuk menyentuh bahu lelaki itu.. dan...

*will continue soon.. hahaha. suspen kan? tunggu....

Kahwin dengan dia?Where stories live. Discover now