Bab 9

4.2K 115 6
                                    

Datin Qistina memandang keluar tingkap. kelihatan seorang gadis berada di jambatan kecil sekitar kolam perhiasannya. Dia tersenyum. Datin Qistina tidak murung lagi. semuanya telah berubah sejak kehadiran gadis ceria itu. Dia bersyukur kehadrat ilahi.

Adriana duduk di tengah-tengah jambatan itu sambil hujung kakinya mnguis-nguis air kolam tersebut. dia membuka penutup makanan ikan dan memberi ikan-ikan itu makan.

"nah..makan ye semua ikan-ikan. "

Ana lucu melihat ikan-ikan tersebut makan dengan mulut mencungap-cungap seperti tidak cukup oksigen. dah memang macam itu.. Ana..Ana..

"korang makan dedak tu ye..aku nak makan Twisties ni. sedap tau. "

Adriana membuka plastik snek itu dan terus memasukkan isi snek itu ke dalam mulutnya. Adriana makan smpai mulutnya comot. betul-betul menikmati nampaknya.

Dari jauh terlihat kak Timah berlari-lari anak menuju ke pintu pagar. Adriana jadi pelik. siapa pula yang datang, Dato outstation. tak kan lah.......

Memang tepat sangkaannya. Anak tunggal keluarga itu yang datang. kenapa aku tak dengar pulak bunyi kereta BMW 5 series dia mengaum ye. ke sebab aku khusyuk sangat makan snek ni,.

tidak senang duduk dibuatnya. Adriana bangun dan terus berlari masuk ke dalam rumah ikut pintu belakang.

Datin Qistina jadi pelik kenapa si Adriana berlari meninggalkan kolam tersebut secara tiba-tiba. nk buang air besar kot. Datin Qistina membuat tekaan,

tok..tok.. pintu bilik Datin Qistina terbuka.

"mama... mama sihat?"

Rayyan memasuki bilik mamanya dan terus menyalami ibunya itu.

"Alhamdulillah Rayyan., mama sihat. Rayyan terus tidur sini ke hari ni?"

"bukan setakat tidur ma.. Rayyan kan temani Mama sampaila Papa balik nanti. ni amanah papa untuk Rayyan. jadi Rayyan akan pegang amanah papa tu"

"yeke.. Ya Allah Papa sikit pun tak de beritahu Mama pasal ni tau.. tapi Rayyan tak datang teman pun, Mama ada si Ana. dia yang selalu tengok-tengok kan Mama. si kak Timah tu banyak kerja nak buat, tak de masa dia nak temankan Mama borak-borak."

Oh Ana. budak gelabah tak tentu pasal tu. tak nampak pulak aku tadi.

"oh,.. Ana? pekerja yang Papa upah tu ke Ma. Rayyan ingatkan maid baru kita."

"ish Rayyan ni. die bukan maid. Dia ditugaskan untuk merawat Mama. Alhamdulilllah. Mama dah semakin baik. budak tu pun baik. rajin melayan karenah Mama ni.'

"yeke Ma.. patutla Rayyan tengok mama sekang dah tak macam dulu. bagusla macam tu Ma. Mama rehat la ye.. Rayyan nak turun bawah sekejap. terasa lapar pulak ni. "

Rayyan bangun dan mencium dahi ibunya. dia sangat menyayangi Datin Qistina setulus hatinya. hakikaktnya, Rayyan memang seorang anak yang taat dan patuh pada ibu bapa.

Rayyan keluar dari bilik Mamanya dan turus turun menuruni tangga menuju ke dapur. Lapar rasanya perut.

Ana sedang duduk di meja makan di dapur. dia sedang berborak-borak kosong dengan kak Timah. Adriana masih lagi mengunyah sneknya itu tanpa mempelawa kak Timah. kecur liur kak timah melihatnya.

"kak timah.. masak apa harini. Rayyan lapar pulak ni.. "

tersedak Adriana mendengar suara tu. Rayyan terkejut,. dia tidak menyangka Adriana turut berada di situ. dari jauh dia hanya nampak Kak timah seorang sahaja.,

"harini akak masak nasi Tomato. makanlah ye. akak ada kerja nak buat ni. Ana temankan Rayyan makan ke"

Kak Timah sengaja. Dia tau Adriana terkjut dengan kehadiran Rayyan secara tiba-tiba. tu lah. makan snek tak ajak aku . rasakan. dengan mulut comot tu. biarkan Adriana malu dengan Rayyan. Dengki jugak Timah ni.

Adriana kaku. Dia hanya mendiam seribu kata.

Rayyan mengambil pinggan dan duduk di depan Adriana. dia menceduk nasi dan lauk ke pinggannya dan makan. suasana sunyi dan Rayyan tidak biasa dengan keadaan seperti itu lalu dia mengangkat wajahnya dan memandang gadis di depannya.

Tersembur nasi Rayyan. tersedak.. Dia terus minum air.

Adriana pun terkejut. pelik dia kenapa Rayyan tiba-tiba sahaja macamtu setelah pandang muka aku, muka aku ada apa-apa ke . dia meraba mukanya. mata ada, hidung ada, mulut ada.. ehhh ape ni. mulut aku macam ada something je ni..

dia ambil tisu dan mengesat tisu ke mulutnya. la... masa bila mulut aku comot dek Twisties ni, tak perasan. Kak Timah pun 1 punya la lama berborak, langsung dia tak nak tegur . aduh malu betul la. no wonder la Rayyan sampai tersedak. serdak-serdak snek jagung tu penuh 1 mulutnya. hampir nak masuk ke hidung.

Adrian menyengih. Malu bukan kepalang.

"eh.. minah.. kau ni selekeh betul la makan. !"

geram Rayyan dengan si Adriana. setiap kali terserempak ada je peel yang dibuat Adriana .

"Maaflah Abang. Saya tak sengaja. saya tak perasan langsung."

"bila aku jadi abang kau. mulai saat ni. aku nak kau panggil aku Tuan Rayyan, Aku majikan kau jadi kau kene hormat aku. Faham!?"

Tuan? what the.. adoii sabar jelah..

"baiklah.. Tu....an... saya naik dulu ya Tuan Rayyan. "

Adriana sudah berkira-kira hendak mengangkat punggungnya. tapi di halang oleh Rayyan.

"siapa bagi kau kebenaran bangun ? duduk. temankan aku makan sampai aku siap, "

Teman? aduh lemah lutut Ana berlama-lama di situ. Adriana hanya diam.

sekali lagi Rayyan bosan dengan keadaan yang senyap sunyi.

"lagi 1. dengan aku. jangan diam, jangan nak jadi bisu,. aku tak suka suasana sunyi yang membosankan"

"tapi.. time makan tak boleh bercakap.. nanti boleh tercekik Tuan.."

"siapa kata tak boleh! aku ok.... je...je.. aduh..aduh.. air,..air..."

kan aku dah cakap. lawan lagi cakap aku. kan dah tercekik. Adriana menuangkan air ke dalam cawan. teruk betul tercekiknya sampaikan minum sampai meleleh air.

selesai minum, Rayyan mengurutkan dadanya, dia mengambil tisu dan lap dagunya yang penuh dek air.

Rayyan pandang ke arah Adriana yang sedang menyengih. Geli hati tengok.

"apa senyum-senyum. suka la kau kenakan aku ya, siap kau nanti."

"mana ada Tuan, saya tak de buat apa-apa pun. Tuan dah abis makan kan. saya naik dulu ya"

"eh..eh.. ni ambik pinggan aku ni, basuh. selama Papa outstation, aku bos dalam rumah ni ya. kau kene dengar semua arahan aku, faham!?"

Rayyan bangun dan meninggalkan Adriana seorang dri tkulat-kulat. padan muka kau. memang aku kan kenakan kau cukup-cukup selama Papa tak de ni. Rayyan tersenyum dan terus duduk di sofa ruang tamunya.

Tuan Rayyan konon. puihhh.. Meluat Adriana dengan mamat tu. ohh buli aku ye.. tak pe,,tak pe.. 1 hari nanti aku kan balas. tak pasal-pasal kena dengar arahan dia pulak. ni pinggan sendiri pun suruh orang basuhkan. panas betul hati Adriana.

Kahwin dengan dia?Место, где живут истории. Откройте их для себя